Wednesday, December 30, 2009

2+1........

Bermula Isnin yang lepas (11 Muharram 1431 / 28 Disember 2009) unit aku telah ditambah seorang lagi staf yang berfungsi sebagai Pegawai Audit. Puan Zaidah Sohib(us samahah) telah dipindahkan dari Bahagian Latihan & Khidmat Runding ke Unit Audit Dalam & Kualiti atas dasar untuk mengecilkan kos operasi (kononnya lah!)
Dan pada hari ini, Rabu (13 Muharram 1431 / 30 Disember 2009) beliau telah memulakan tugas beliau setelah beberapa urusan beliau di unit lama selesai kerana perpindahannya diberikan notis yang agak pendek (Khamis bagi surat, Isnin kena pindah! Gila ke hape?).
Aku? Seperti biasa dan buat² macam biasa jek. Buat kerja dengan lebih rajin....(kot). Cuma aku berasa sedikit canggung kerana dah biasa dok sensorang dan beberapa 'aksi' yang sebelum ini bebas aku lakukan tanpa segan silu, terpaksa aku kawal dengan penuh 'sopan santun' dan 'berhemah'. ^_^
Kepada pegawai baru, aku ucapkan selamat bertugas di tempat yang berisiko dan mudah terdedah kepada bahaya umpatan secara amnya dan bahaya santau secara khususnya! Hahahaha!

Tuesday, December 22, 2009

Aku, sorang........

Semalam bos aku datang pakai baju biasa dengan wife dan anaknya. Aku tanya beliau,
"Bos cuti ke?"
Dia jawab pendek, "Haah."
Tapi lupa pulak nak tanya dia cuti sampai bila.
Hari ni pun dia tak datang lagi. Then aku cuba tengok berapa hari dia cuti. Hoh dia cuti pada 21-24 hb Disember (Isnin sampai Khamis), maksudnya sepanjang minggu dia tak de!
Aku tak tau nak jerit suka ke atau nak jerit boring. Nak buat kijer kat opis macam sensorang. Nak merayap (mengular) tak buat pulak kijer.
Nampaknya aku tinggal sensorang je la kat pejabat minggu ni! Huwaaaaaaaa....!!! T_T

Monday, December 14, 2009

Ustaz kata.......

Satu hari seorang murid (tua) bertanya kepada cikgunya.
"Ustaz, ustaaaz....kenapa jiran saya tu tak sembahyang, tak puasa, pergi clubbing...macam² lagi la benda salah dan maksiat dia buat. tapi hidup dia senang lenang, rezeki melimpah ruah, ada je mende yang senang datang pada dia. Sedangkan saya ni, ikut apa yang Islam suruh dan tinggalkan apa yang dilarang, tapi hidup cukup² makan jek. Tak dapat pun nak senang lenang dan kaya raya macam diorang!"
Maka di jawab oleh ustaz itu dengan memandang tepat ke mata anak murid tadi:
"Itu adalah istidraj. Dan ingat lah firman Allah yang bermaksud bahawa dunia ini adalah syurga untuk orang² kafir!"
Maka tenang lah hati anak murid tadi kerana dia tahu yang dunia ini bukan untuknya.
Nota kaki;
Istidraj : Nikmat Allah yang diberi dengan rasa benci dan menyampah. Diberikan oleh Allah semata² untuk menambah kesesatan kepada penerimanya.

Monday, December 7, 2009

Aku dah 55 rupenya..........

Hoh, 55 tahun???
Haah. Kalau ikut analisa saya, metabolisme u ni berada pada umur 55 tahun!
Aku tak tau nak cakap ape. Cuma mampu sengih. Senyum pun tawar, setawar biskut mayat.
Well...no wonder la aku ni kerap letih, selalu ngantuk, semakin tak produktif. Metabolisme aku serendah lelaki tua yang berumur 55 tahun rupanya. Hmm...inilah akibat kalau hidup disia²kan.
Aku memang dah jangka kadar metabolisme aku rendah. Tapi tidak disangka serendah itu! T_T
Beberapa nasihat diberikan oleh pakar...pakar...pakar ape ntah, tentang gaya hidup sihat, tentang pemakanan dan senaman² yang aku perlukan bagi meningkatkan kadar metabolisme tubuh aku. Kena ubah nampaknya gaya hidup nih.
Sekali lagi aku cuba gantungkan impian di langit kosong tidak berbintang agar ia menjadi pengganti purnama yang kerap gerhana. Huhuhuhu!

Tuesday, November 24, 2009

Mitosnya..........

Tetingkap Blog pantas di'kecilkan' (minimize) apabila kedengaran sepatu berdetak dari bilik bos aku. Tindakan pantas bercampur gabra yang lakukan agak tepat kerana bos aku terus bergerak ke arah meja aku. Tanpa memandang ke arahnya, aku perasan terdapat bungkusan plastik tergantung di tangan kanannya. Nama aku lantas di panggil.
"Kamu tak keluar makan ke?"
"Awal pagi tadi dah sarap bos."
Aku toleh ke mukanya dan kelihatan beliau tersenyum² 'eksen' pada aku sambil menghayun² beg plastik kecil berwarna putih. Dengan langkah yang agak terjengkit² beliau terus ke meja aku dan mengeluarkan sesuatu dari beg plastik.
"Suka makan ni kan?"
Sekeping coklat dihulurkan kepada aku. Mata aku bersinar memandang coklat yang berada di tangannya.
"Hehehehe....sedap gak kalau dapat tu."
"Nah, amik la!"
Beliau lantas meletakkan kepingan coklat tersebut di atas meja aku.
"Terima kasih bosss!"
"Makan ni tak gemuk kan?"
"Eh, tak de lah!" Aku pantas menafikannya.
"Hah...tu lah. Dulu orang tua cakap. Jangan makan coklat nanti gemuk."
"Tak la bos, tu mitos orang² tua jek."
"Hmm...tu la. saya pun suka gak makan coklat. Tak gemuk² pun."
Aku hanya mengangguk tanda setuju apa yang diperkatakan oleh beliau dan memang ter'bukti' pun. Hahahaha!
Untuk menyokong kata² aku ni, aku carik sedikit fakta dari internet tentang mitos coklat nih yang aku petik dari satu laman web berkenaan mitos tentang coklat (maaf kerana malas nak translate >_<);

7 Myths and Facts about Chocolate
Myth: Chocolate is loaded with saturated fat and is bad for your cholesterol.
Fact: Stearic acid, the main saturated fat found in milk chocolate, is unique. Research has shown that it doesn’t raise cholesterol levels the same way that other types of saturated fats do. In fact, eating a 1.4 ounce chocolate bar instead of a carbohydrate-rich snack has been shown to increase HDL (good) cholesterol levels

Myth: Chocolate causes headaches.
Fact: While sited as a common cause of migraines, a study by the University of Pittsburgh has shown no link between chocolate and headaches. The results of that double-blind study of 63 participants known to suffer chronic headaches were published in the neurology journal Cephalalgia. Chronic headaches were once thought to be caused by amines in foods (including histamine and beta-phenylethylamine) such as cheddar cheese, peanuts, cured meats, chocolate and alcohol, but this study eliminated chocolate as a possible headache cause.
Myth: Chocolate causes weight gain.
Fact: Any food can be part of a healthy diet if consumed in moderation. An average chocolate bar contains 220 calories, which is low enough to be a part of a weight control diet if other high-calorie foods are eliminated. Enjoying the occasional piece of chocolate may reduce the risk of severe bingeing, which can occur when you feel deprived of your favorite foods.

Chocolate’s bad reputation is slowly changing and research now shows that chocolate can be a part of an overall healthy lifestyle, when consumed in moderation. If you keep your portion sizes small and select dark chocolate whenever possible, the occasional treat can be a guilt-free part of your diet.
________________________
Artikel ni ada 7 mitos semuanya. tapi aku bagi 3 je la. Lagi 4 boleh la carik kat laman nih:
Selamat 'bercoklat'! ^_^

Wednesday, November 18, 2009

Ngeri sioooot.........

Kecut di perut tak hilang lagi. Walaupun telah hampir 24 jam , masih lagi terasa ngerinya bila terkenangkan kembali video yang ditonton di PC rakan aku. Perut hanya kelihatan kembang pada zahirnya (sebab aku boroi), namun di bahagian dalamnya masih tidak pulih seperti sediakala (kiasan secara bahasa untuk 'kecut perut' ^_^).
Ia terjadi akibat aku tertarik dengan satu video di atas desktop monitor rakan aku di pejabatnya yang bertajuk SULA. Akibat rasa ingin tahu, lantas 'pointer' tetikus diluncur ke ikon tersebut dan dengan pantasnya jari menekan butang double klik untuk membuka video tersebut.
Dan seperti tajuk video tersebut, ianya memaparkan tentang hukuman sula dijalankan secara 'LIVE' (maksudnya bukan lakonan.....agaknya lah) yang dirakamkan untuk tujuan dokumentari.
Dimulakan dengan keadaan seorang lelaki berkulit gelap yang meronta² ketakutan, disusuli dengan seorang lagi lelaki berbadan besar yang berada di belakangnya memegang sebatan kayu runcing sebesar ibu jari kaki aku. Kemudian kamera difokuskan kepada punggung lelaki tadi yang tidak berseluar, lalu dimasukkan perlahan² ke dalam......aaaa....tak yah sebut kot. Rakaman diteruskan dengan kamera difokuskan kepada muka lelaki yang dijatuhkan hukuman tadi yang semakin meronta² kesakitan. Kemudian beberapa orang yang berada disisinya yang memegang lelaki tadi, membangunkan untuk 'mencangcangkannya' di atas kayu yang telah ditusuk di ehem² nya tadi. Setelah didirikan, dengan perlahan² lelaki tadi 'melurut' ke bawah dan hujung kayu runcing tadi dilihat menembusi bahu kiri lelaki tersebut. Kemudian lensa difokus kepada kayu yang berada di bahagian bawah lelaki tadi dengan darah yang banyak mengalir.
Rakaman ditamatkan dengan tepukan penonton yang berada di sekeliling tempat hukuman.
Amacam? Ngeri tak?
Sekiranya ianya berlaku di hadapan mata kita sendiri, pasti lebih ngeri dan menakutkan. Betul tak? Dan sekiranya kita berperasaan begitu, adakah kita berani untuk berbuat kesalahan (dosa)? Dan apabila ramai yang takut untuk berbuat kesalahan akibat takut dihukum sedemikian, insya Allah.....masyarakat akan menjadi lebih baik dan negara menjadi lebih aman. Dan sebagaimana yang kita tahu, setiap apa yang disuruh di dalam Islam, ada hikmahnya. Dan tujuan di jalankan hukuman di khalayak ramai adalah untuk memberi peringatan dan keinsafan kepada yang lain dan bukan untuk mengaibkan.
Tetapi apa yang berlaku zaman ini, segala kesalahan dan hukuman begitu 'disembunyikan'. Sehingga merotan pelajar di khalayak ramai (untuk tujuan iktibar kepada pelajar lain) juga mendapat tentangan dari sesetengah pihak. Menjadikan 'bakal' masyarakat begitu 'manja' dan tidak takut untuk melakukan kesalahan bahkan dosa dianggap sebagai perkara yang ringan yang boleh dibilas dengan ungkapan "dah tua esok, aku taubat lah".
Kepada sesiapa yang ingin melihat sendiri video tersebut, cari la sendiri. Nak letak kat sini....heee...ngeri lagi rasenya. Ape pun, tonton lah untuk peringatan diri sendiri. Yang rase diri lemah semangat tu, mintak kawan citer je la. ^_^

Monday, November 16, 2009

Sudut 'Keras' Tangan.......

Proses membuat bendera Uruk Khai (askar jahat dalam Lord of the ring: The two towers)

1. Letak tangan di atas kaca mesin fotokopi (lazimnya orang panggil fotastate)

2. Tekan butang menyalin untuk saiz A4

3. Gunting bahagian yang tidak diingini (bahagian gelap yang berada ditepi bentuk tangan)

4. Lapik bentuk tangan tadi dengan kertas A4 lain.

5. Salin-besar kannya kepada saiz A3 (lebih kurang 141% saiz dibesarkan)

6. Ukur di atas kain bendera (kalau tak puas hati, boleh besarkan lagi)

7. Memang tak puas hati dan dibesarkan lagi. Oleh kerana mesin fotokopi tak boleh masuk saiz A2, maka alternatif yang agak kreatif dilakukan.

8. Apabila telah pasti yang saiz tak boleh (malas) untuk dibesarkan lagi, gunting gambar tangan yang telah menjadi semakin hitam mengikut bentuk yang diingini.

9. Letak di atas kain bendera, dan lakar menggunakan pensil

10. Step yang paling mencabar untuk orang paling pemalas: menampal reben (ribbon) sedikit demi sedikit mengikut lakaran yang telah disurih menggunakan gam silikon yang dipinjam dari orang lain. Masa yang dianggarkan adalah 3 jam (bergantung kepada kepakaran)

11. Bentuk bendera siap seperti di bawah:

Tujuan : Lambang bendera untuk pasukan Hijau bersempena Hari Keluarga KPYPJ.

Maksud Tangan : Kerjasama (Padahal tak de idea nak taruk gambor ape kat bendera tuh! Hahahaha)

Monday, October 26, 2009

Terima kasih.......

Jumaat, 27 Syawal 1430 bersamaan 16 Oktober 2009 aku telah menerima panggilan dari seseorang yang aku agak tidak jangka. Suara yang agak aku kenali itu cuba mengusik² dengan pertanyaan "kenal tak siapa nih" terus ku kenali apabila beliau ketawa. Sebaik sahaja aku pasti akan pemilik suara tersebut, hati aku terus berdebar², cuak, seram dan takut bersilih ganti menduduki carta pertama di kerusi 'perasaan-paling-dirasai' waktu itu.
Dengan perlahan, beliau terus berkata, "Halim, saya baru dapat surat yang ada menyatakan nama awak di sini....." dan dia terus membacakan isi surat berkenaan.
Dan pada ketika itu, perasaan² 'hempeh' yang aku rasekan tadi bertukar menjadi satu perasaan gembira yang teramat. Rase seperti kaki tidak jejak ke bumi. Begitu gembira sehingga aku lupa bagaimana bacaan sujud syukur yang pernah aku pahat di hati ini.
Hanya kalimah 'Alhamdulillah' dan 'Terima kasih' berjaya aku ucapkan dengan lancar tanpa sebarang sekatan. Selain dari perkataan itu...ntah ke mana menghilangnya kalimah² manis lain yang biasa menjadi siulan harian. Dua orang rakan aku bertanyakan ape yang begitu seronok sekali akan panggilan tersebut. Namun aku tidak begitu mengendahkannya kerana berniat hendak berkongsi dengan orang yang telah aku kongsikan usaha aku untuk memperolehi khabar gembira tersebut.
Tetapi sehingga saat ini, aku tidak dapat berkongsikan dengan rakan tersebut akibat hal² yang tidak dapat dielakkan. Setelah aku menyedari yang ianya agak mustahil merealisasikan niatku itu, lalu aku coretkan di sini bahawa aku telah menerima satu berita gumbira, tanpa dapat merangkapkan butiran berita gembira tersebut. Mungkin ianya hanya berita biasa² sahaja pada orang lain. Tetapi ianya begitu bernilai, berharga dan bermakna untuk aku!
Terima kasih kepada rakan², kawan² dan sahabat² yang membantu dan terima kasih tuhan kerana memperkenankan hajat hambaMu yang jahat ini, dan terma kasih juga kerana memberkatikan usaha rakan² aku yang tidak jemu membantu aku! TERIMA KASIH semua!!!
p/s: entri ini adalah berkaitan dengan entri yang bertajuk "Truuut....truuuut......."

Tuesday, October 20, 2009

'Pra' yang bahaya.......

"Amboi halim, pagi² dah leser akak. ada yang tak puas hati ke?"
"Hoh, bila pulak saya leser akak, dari pagi sampai la ni la baru saya jumpa akak!"
"Bukan kat sini, dalam YM tadi, pagi² dah sound akak kay-poh dan macam² lagi! panas jugak akak baca!"
"Astaghfirullah.....pejabat saya tu, dari semalam internetnya problem kak. mcm mana saya nak YM akak?"
"Abis tu, siapa yang ym akak pagi tadi? ko punya ID artakus kan?"
"Memang pun. cuba saya tengok jap"
Niat untuk berjumpa dengan orang lain ditangguhkan seketika untuk me'nyetel'kan konflik tersebut. Kalau tak diselesaikan segera, kes bermasam muka pasti akan terjadi.
YM akak tadi lantas dibuka dan bahagian arkib disemak untuk pastikan siapa penghantarnya.
"Ini memang ID saya kak, tapi bukan dari komputer saya."
"Macam mane boleh jadik macam tuh?"
Dan aku terus menerangkan bagaimana aku boleh cam yang ianya bukan dari aku. Dan akak tu pun seperti bersetuju dengan penerangan aku.
"Hmm....saya rase saya tau macam mana boleh jadik macam ni. Semalam petang memang saya ada bukak YM kat bilik depan sana tu. Mungkin masa nak balik saya lupa untuk sign out. Jadik...pagi tadi, mungkin ada la mana² 'makhluk' yang guna ID saya untuk 'sound' akak."
"Oooo.....macam tu. Memang bukan ko la ni? Akak pelik jugak. Kenapa tiba² halim keluarkan kata² biadap macam tu pada akak!"
"Hehehe...tu la. Ape pun nasib baik akak ni jenis yang telus dan tak suka simpan². Kalau jenis yang berprasangka, tak pasal² kita bermasam muka. Kira setel la ni yek?"
"Hmm...macam tu la nampaknya. Maaf la ye, sebab tuduh ko tadi."
"Tak pe la kak, kalau saya pun mungkin akan rase macam tu. Yang penting sekarang, perkara ni dah jelas. Ok la kak, saya nak jumpa orang lain ni. Kalau ada lagi yang rase musykil, terus je jumpa saya ek."
Dan aku pun terus meninggalkannya dalam keadaan tercari² siapa penghantar sebenar mesej tersebut. Dalam pada itu. sekali lagi aku terdetik dalam hati, naib baik la akak tadi bukan jenis 'makan dalam'. Kalau tak, pastinya 'perang dingin', bermasam muka dan tuduh menuduh akan berlaku.
Hmmm....PRAsangka, satu perkara yang paling bahaya dalam setiap hubungan!

Friday, October 16, 2009

Mulut......

"Ish.....kuih ape ni? Mcm syedap jek!"
"Mok teh kau kasik tadi, dia baru belajar buat. Makan ler"
Kuih dipotong lalu di masukkan dalam mulut berpipi tembam dengan rakusnya
"Ish....tak sedap lah kuih nih. Ntah apa² la mok teh ni buat kuih. Rase mcm lori Majlis pun ada!"
"Ish....kamu ni, tak baik ngate mcm tuh. Kan orang kasik tuh......"
"Memang tak sedap!" (Sambil diludah² dengan rase hina)
Aku pernah melontar kata² di atas tanpa memikirkan implikasinya. Tak pernah sedikit pun aku terdetik aku menarik balik kata² tersebut. Menghina dengan sesungguh-sungguhnya. Dan aku rase sekiranya sikap itu aku bawa hingga sekarang, tidak mustahil aku sanggup untuk melempar hinaan tersebut terus depan² ke muka yang dihina. Astaghfirullaaaaaah!
Alhamdulillah aku mempunyai ibu yang acap kali menegur aku bila aku merungut akan pemberian orang lain yang tidak dipinta.
Berterima kasih juga aku dihantar oleh ayahku ke sekolah yang mengajar aku untuk bersyukur kepada setiap sumbangan orang lain yang diberi secara percuma.
Kalau tidak, hmmm.....aku akan jadik seperti orang yang pernah aku lihat bergitu² dengan pemberian dan berini² dengan sumbangan. Cukup lah kau tidak mengambil lagi apa yang telah diletakkan di hadapan kau. Jangan sampai tempias celupar mulut kau masuk ke dalam pemberian ikhlas sang pemberi kerana mungkin orang lain suka pemberian yang bentuk sebegitu atau rasenya sebegini.
Cuma terkadang kata² itu terkeluar dari mulut walaupun tidak sezalim ayat di atas akibat hanyut di lautan akibat lupa daratan.
Mungkin ada yang akan mengungkap
"aku tak mahu jadik hipokrit!"
Maaf, tolong buka kamus dan pelajari dengan lebih baik tentang perkataan hipokrit! Kemudian datang semula berjumpa dengan aku dan kita boleh bermuzakarah dengan lebih baik dan telus tanpa dibias dengan kaca emosi untuk melindungi cela sendiri.
Entri ini tiada tersentuh oleh mana² situasi. Hanya untuk ingatan sesama kita untuk direnungi. Dan ianya lebih cenderung ke arah pemberian, bukan perkara² yang melibatkan pembelian.

Monday, October 12, 2009

Masih.........

Hari ini merupakan hari terakhir aku berumur 29 tahun mengikut kalendar masihi.
Aku cuba menoleh ke belakang, dan hanya melihat hanya tapak kaki. Bukan bangunan tinggi.

Aku paling kan semula ke hadapan, dan apa yang ada di depan aku hanyalah kabus tebal dan bayang yang kelam.

Tanpa menghiraukan sebarang petanda, aku teruskan langkah...menuju ke hadapan tanpa sebarang tujuan.

Apa yang menjadi pegangan, hanya lah angan²

Dan aku akan terus berjalan tanpa haluan!

Hahahaha.....apa yang aku merepek nih?

Monday, October 5, 2009

Yang sedap dan berkhasiat........

Pagi tadi secara tiba² bos aku menyarankan aku untuk minum madu dan menjadikan ia sebagai amalan harian. Mungkin kerana dilihatnya keadaan akau yang kerap keletihan dan tidak bermaya. Memang benar, sejak akhir² ini badan begitu lesu sekali. Jangkamasa aku tidur setiap hari meningkat dari waktu normal lelaki biasa kepada hampir menyamai waktu tidur bayi! Cis, tak senonoh sungguh.
Apa yang diperkatakan oleh bos aku itu ada benarnya. Maksud aku menjadikan madu sebagai satu kelaziman yang perlu diambil setiap pagi. Ditambah lagi ianya merupakan diet yang diamalkan oleh Rasulullah, aku rase memang perlu aku melakukannya. Disamping meningkatkan mutu kesihatan tubuh ini, ia juga sebagai mengikut sunnah baginda yang mengamalkannya.
Sempat juga mencari² beberapa perkara yang berkaitan dengan madu ni. Di sini aku nak kongsikan apa yang telah aku baca yang sering dikaitkan dengan madu, yang mungkin kita salah mendapat info tentang madu nih. Cekik Daud! (check it out!)
1. Madu boleh disimpan bertahun-tahun lamanya, malah akan menjadi lebih baik. Mengikut sejarah, madu yang tertua ditemui berumur 10,000 tahun yang tersimpan di dalam sebuah piramid di Mesir.
2. Madu asli tidak semestinya terhindar daripada semut. Hanya madu yang 'panas' sahaja yang tidak didatangi semut. Madu 'panas' atau tempatan ini tidak dihinggapi oleh semut kerana kandungan sulfur dan kuprumnya adalah tinggi. Berbanding dengan madu yang diimport, seperti dari Iran kandungan kedua² bahan ini tidak tinggi.
3. Kedua² bahan ini jugalah yang menyebabkan kuning telur masak ketika dicampurkan madu. Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu lebah tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman!
4. Madu tidak boleh terlalu terdedah kepada matahari ataupun berada dalam keadaan suhu yang terlalu rendah seperti di dalam peti sejuk. Ini kerana enzim yang berada di dalam madu akan terjejas dan mati menyebabkan madu tidak lagi mempunyai khasiat.
5. Dari segala bentuk gula yang ada, madu merupakan yang paling mudah ditangani oleh ginjal. Selain itu ia memiliki nilai sedatif yang menenangkan tubuh.

6. Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:

- Asma - Haid - Resdung
- Alahan - Jerawat - Rambut gugur
- Barah - Letih - Sakit kepala
- Buasir - Lendir kahak - Sakit pinggang
- Batuk kering - Lemah jantung - Sakit sendi
- Batuk - Mata - Sukar tidur
- Darah Tinggi - Pening
- Gastrik - Penyeri muka

(Sumber dari khasiat-madu-lebah.com dan maduiran.tripod.com)

Wednesday, September 30, 2009

Sedikit cerita raye.......

Hari ini merupakan hari ke 11 kita berada di dalam bulan Syawal. Bulan yang kita dakwa sebagai bulan 'kemenangan', 'kejayaan' dan mcm² lagi yang berkaitan dengan istilah bahawa kita mencapai apa yang kita sasarkan ketika 1 Ramadhan lepas. Tetapi jika kita muhasabah kembali apa yang kita telah lakukan pada Ramadhan yang lepas, kemungkinan besar kita malu untuk menyambut Syawal. Tidak mahu merujuk pada sesiapa, tetapi lebih kepada siri sendiri. And im not the one that felt that way. Hmmm.....payah sungguh nak sambut Syawal yang dalam erti kata sebenar nih! T_T
Anyway.....awal Syawal aku kali ini agak memenatkan. Bukan kerana ramai tetamu yang hadir. Bukan kerana sibuk membancuh air. Tetapi kerana anak saudara aku yang 3 orang tu, dah mula kenal bapak saudaranya nih! (nasib baik 3 orang jek). Dan pada raya kali ini, tempoh mereka berada di kampung juga agak panjang, 4 hari tuuuh! Dan selama tempoh itu juga lah aku menjadi tempat rasmi mereka bertiga ni bergayut seakan beruang koala. Hehehehe....kesian pun ada, geram pun ada, rase nak sekeh pun ada. Pantang celik mata, "pak ngah...nak dokong!" Dan selagi tak tutup mata, dokong, dokong, dokong je perkataan yang kerap lahir dari mulut diorang.
"Nape tak mintak pak cu dokong?" tanya aku pada Adam, abang yang sulong,
"Pak cu tak de/pak cu ada kawan."
"Mintak la ayah pulak?" tanya aku pula pada Sarah, kakak yang tengah,
"Ayah garaaaang!"
"Pi la main dengan bonda." Arah ku pada Sofea, adik yang bongsu,
"Aaa? aaaaa? aaaaa?"
Tu je lah yang keluar mulut dia bila aku cuba nak bercakap dengannya. Lebih² pun dia keluarkan bahasa² dari planet lain yang aku sukar fahami kecuali mendapat khidmat terjemahan dari bondanya.
Ceh, nasib baik la korang bertiga ni comel. Kalau tak......aku lari dari rumah. Hehehehe! Biar mak aku pulak layan. Tapi kesian plak kat mak aku tuh. Balik kali ni, nampak macam makin sukar pulak dia nak bergerak. Beliau kelihatan begitu uzur. Huhuhuhu.....mak jangan pergi dulu yek, tunggu tengok muka menantu mak nanti. (walaupun belum ada lagi) ^_^
Pada hari raya ke4 mereka bertiga pulang semula ke kota (KL) kerana abang aku telah mula kerja pada raye ke5. Pada mulanya aku berasa lega kerana badan aku dapat rehat...kononnya. Namun, keadaan agak berubah apabila tiba waktu petang. Aku terasa seperti hendak 'memeluk' sesuatu, terasa seperti hendak 'mengangkat' sesuatu dan seperti badan aku ditarik dan disentap oleh tangan² kecil yang lazimnya menarik aku sepanjang 4 hari yang lepas. Di luar kesedaran aku 'tubuh' ini telah mula merindui mereka!
Huhuhuhu...tu pasal la kalau boleh aku tak nak rapat sangat dengan bebudak nih! T_T

Monday, September 28, 2009

Ucapan.........

Alhamdulillah, janji yang aku ukir di awal Ramadhan dah aku laksanakan dengan baik. Gatal jugak tangan ini untuk menekan butang papan kekunci menaip entri baru. Namun berjaya jugak aku tahan nafsu serakah nih. hehehehehe!
Walaupun telah seminggu kita berada di dalam Syawal aku tetap ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang membaca blog aku atau pun tidak. Hajat untuk memasukkan entri baru pada malam menjelang Syawal tidak kesampaian kerana tugas² 'anak dara' pada tahun ini agak banyak sedikit berbanding tahun² sudah.
Sekali lagi aku ucapkan Selamat Hari Raya dan kemaafan ku pohonkan kepada semua! Siriusly kengkawan, aku mohon kemaafan kepada kamu semua, maafkan lah aku!

Friday, August 21, 2009

Selamat berpuasa.........

Hari ini merupakan hari terakhir dalam bulan Sya'aban. Dan esok merupakan hari pertama dalam bulan yang penuh keberkatan. Dan Maghrib ini kita bersama² akan memulakan langkah pertama menghadapi bulan yang amat dimuliakan. Buruk atau cantiknya Ramadhan kita nanti boleh kita anggarkan dengan langkah pertama kita. Jika tegap langkahnya, insya Allah lurus lah perjalanannya. Tetapi jika 'terdengkut' kakinya maka hiruk pikuklah juga laluannya. Namun semuanya hanyalah andaian dan persepsi pertama kita. Tidak mustahil juga, permulaan kelihatan membimbangkan tetapi berakhir dengan cemerlang malah sebaliknya.
Sebagai persediaan memulakan langkah dalam bulan yang dihiasai dengan maghrifah ini, aku Mohd Halim Bin Hamid a.k.a artakus5143 memohon maaf kepada semua yang pernah membaca blog aku yang sering berbaur emosi ini. Segala penulisan yang menyinggung dan secara tidak sengaja tersentuh kehalusan hati, aku pohonkan keampunan. Memang juga ada kata² kesat dan sinis yang disengajakan, diharap agar fahamilah ia. Namun kemaafan turut jua aku sisipkan agar ibadah aku diterima olehNya.
Niat aku untuk berehat ketika Ramadhan ini, ku pohon dimakbulkan. Bukan kerana 'mengada²', cuma berharap dosa ketika menulis dapat dikurangkan sebagai menghormati bulan yang penuh kerahmatan ini. Semoga Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun² yang sudah. Dan insya Allah, berjumpa lagi di arena penulisan selepas 1 Syawal 1430H nanti. Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan selamat menjalani ibadah puasa!

Monday, August 17, 2009

Entri lanjutan..........

situasi 1
Tiba² kau diajak oleh kawan kau berdebat pasal perkara yang dikategorikan dalam sia² (i.e. mana yang ada dulu, ayam atau telur?). Kau sedar perkara tersebut hanya sia² dan memang tujuan kawan kau untuk melakukan perkara tersebut dengan sia². DIAM adalah lebih baik.
situasi 2
Kawan/'lawan' kau tiba² datang dan mengeluarkan kata² yang menyakitkan hati dan memang berniat untuk sakitkan hati. Setelah di'layan' agar dia berhenti untuk menyakitkan hati gagal adalah lebih baik kau DIAM dari terus melayan kerenahnya.
Situasi 3

Kau diarahkan untuk berada dalam satu mesyuarat yang memang kau tidak diberi taklimat awal oleh bos kau. Dan mesyuarat itu pula telah berjalan hampir 1 jam. Apabila kau melangkah ke dalam bilik mesyuarat tersebut, kau terasa aura tegang menyelubungi suasana mesyuarat tersebut. Adalah lebih baik kau masuk ke dalam, cari kerusi yang kosong dan DIAM.
Entri pada kali ini merupakan lanjutan dari entri yang lepas. Di mana pada hari entri lepas diposting emosi agak terganggu dan sekiranya entri panjang dikarang, risau terlalu beremosi dan perkataan² yang tidak diingini turut sama singgah di entri tersebut.

Memang pada entri yang lepas aku beremosi kerana di'hadiahkan' kata² yang menyakitkan hati dan sinis. Oleh kerana tidak mahu melayan kerenah si 'pelontar kata' yang memang suka menyakitkan hati, maka aku DIAM dari pada terus disakiti. Kerana bak kata pepatah, 'makin dilayan makin menjadi'. DIAM bukan kerana aku 'setuju'. DIAM bukan kerana aku salah. Tetapi DIAM kerana pernah terbaca pada satu hadis Baginda S.A.W yang berbunyi
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya" (riwayat At-Tirmizi).
Dan aku rasa hadis tersebut lebih menjurus untuk situasi di mana situasi aku berada ketika itu.

Antara lain hadis berkenaan DIAM adalah seperti


"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (riwayat Abu Naim)
Jadi kepada yang menyakitkan hati aku, adalah lebih baik kau DIAM. Dan sekiranya kau memang sakit hati pada aku, adalah lebih baik kau tidak perlu berjumpa dengan aku atau membuat sebarang tindakan yang berkaitan yang boleh menyebabkan kita berhubung. Aku tidak mengharapkan kau meminta maaf pada aku, cuma adalah lebih jika kau tidak terus menyakitkan hati aku!

Friday, August 14, 2009

................

Salah seorang daripada bos aku cakap:

Silence is the BEST weapon!

Tak gituh?

Wednesday, August 12, 2009

Hari ini hari Rabu.......

Hari ini hari Rabu
Semalam hari Selasa
Kelmarin hari Isnin
Lepas kelmarin.....hape ek? Semalam kepada kelmarin ke?
Tak pe lah. Sebelum tu, hari Ahad
Sebelum tu lagi hari Sabtu. Ada majlis Konvo KPYPJ ke 12, Majlis perkahwinan adik Azura, Majlis perkahwinan adik ipar En. Jamal dan Majlis Perbandaran saman kereta aku. Hehehehe!
Esok pulak hari Khamis
Lusa hari Jumaat
Tulat hari Sabtu
Lepas tulat.....hape ek? Yang pernah aku dengar, lepas tulat langkat. Tapi betul ke? Lepas langkat? Mangkat ke?
Tak pe lah, aku anggap minggu depan je lah.
Hujung minggu depan iaitu pada hari Sabtu, diramalkan akan masuk 1 Ramadhan. Dah start pose dah. Rasenya hutang dah setel.
Entah kenapa mata seakan berkabus.
Entah kenapa dada terasa sebak.
Entah kenapa hati terasa sayup.
Entah kenapa jari sejuk. Eh, pendingin hawa aku bukak sampai maksimum. Patut lah sejuk banget.
Tapi.....mata yang berkabus itu benar,
Dada yang terasa sebak itu benar,
Hati yang terasa sayup itu juga benar.
Semakin meningkat angka yang berada di dahi aku ini, semakin berdebar aku menanti bulan suci ini. Namun, perasaan itu hanya sebagai perasaan. Mungkin naluri aku sahaja yang bertindak balas secara rohaninya terhadap Ramadhan. Tetapi tidak diri aku sendiri. Jasad aku seakan menafikan apa yang cuba dinikmati oleh rohani. Seperti orang kelaparan yang melihat hidangan lazat tetapi terkurung di dalam sangkar yang menegahnya dari menggapai juadah tersebut.
Hmmm.....rekod dua bulan sebelumnya begitu teruk. Adakah ia merupakan petanda bahawa Ramadhan aku juga semakin dipinggir? T_T

Thursday, July 30, 2009

Entri untuk yang makan gaji........

Dialog 1:
"Buat apa aku buat kijer, diorang bukan kisah pun pasal penat lelah aku. Hujung bulan sama gak dapat gaji sebagaimana aku ngulor."
Dialog 2:
"Aku rase macam malas la nak kijer hari ni bila dengar tak de bonus tahun ni, hilang mood aku! Jom ngulor!"
Dialog 3:
"Aaaahhh......aku nak tido je la kat pejabat minggu ni. Lagi pun minggu ni aku last kat sini. Minggu depan kat dah kerja kat company lain. Datang.....punch in, kunci pintu. Main game ke, tido ke, chating ke."
Dialog² di atas biasa kita dengar. Sama ada kawan kita, 'lawan' kita, orang 'sipi'², hatta kita sendiri juga ada menyebutnya. Aku sendiri juga ada menyebutnya beberapa kali. Kebiasaanya kita akan berkelakuan sedemikian apabila kita fed-up dengan kerja yang berlambak macam dah tak de staf lain kat pejabat tuh, frust pada pengurusan yang macam kucing tua (statement umum), tak puas hati pada bos kita yang kerap buat 'part-time' kat bank dan pejabat pos, sakit hati dengan rakan sepejabat yang tak habis² bercerita pasal kehebatan pasangannya dan betapa tak terampilnya pasangan hidup individu lain dan apa² sahaja yang membabitkan persekitaran kerja malahan masalah peribadi sendiri dengan tikus² kat rumah yang menjadikan almari baju kita sebagai rumah pangsa mereka.
Apa yang aku cuba perkatakan di sini adalah adakah yang kita tuai di setiap hujung bulan setimpal dengan apa yang kita lakukan sepanjang bulan sekiranya dialog di atas menjadi nyanyian harian. Adakah apa yang kita cucuk di kotak elektronik yang banyak disediakan di kios petrol itu terjamin keberkatannya jika perlakuan di atas menjadi tarian kita di pejabat? Kerana kita dibayar oleh syarikat setiap bulan, setiap hari, setiap jam malah setiap minit untuk bekerja dengannya. Dan bukan untuk berpiket, menunjukkan rasa tak puas hati, buat kerja lain (bisnes sendiri, MLM) atau melayan mood yang kerap berubah arah hembusannya.
Tolong jangan nak berdalih dalam perkara ini.
Tidak dinafikan, adakalanya mood kita seakan kuda tua yang baru mendengar tuannya berbisik bahawa ia akan ditembak esok kerana prestasi yang semakin menurun. Begitu lesu sekali dan tidak bermaya. Sekiranya hadir ke pejabat sekali pun, kita tidak dapat menyumbangkan ape². Setelah usaha untuk menchanting mood juga gagal walaupun digula² kan dengan kelibat cik minah janda muda yang akan kita lihat di pajabat nanti, atau menanamkan rasa curious memikirkan apakah menu yang akan kengkawan bawak pada hari ini ke pajabat juga kecundang. Adalah lebih baik sekiranya cuti diambil agar ia tidak menyakiti mana² hati lain yang sedang bersungguh memacu tenaganya bagi memastikan rezekinya berkat pada hari tersebut. Cuma pastikan nama kita tiada di dalam senarai staf yang perlu membuat kerja berlabel 'mustahak'. Jika tidak, MC adalah pilihan terakhir yang boleh dikatakan so-so (boleh laaa....).
Tetapi sekiranya pula kita memang tidak mahu menabur benih positif di atas tanah prejudis terhadap kerja yang akan kita hadapi, ungkapan "Kalau dah tak suka, berenti je!" adalah lebih sesuai diaplikasikan. Mungkin ayat tersebut begitu kasar dibaca apatah lagi untuk diucapkan pada manusia walapun dengan intonasi selembut mana sekalipun. Tapi itu lah hakikatnya. Cari lah kerja lain yang tidak menyakitkan hati sendiri dan orang lain dan yang boleh membuatkan diri sentiasa tersenyum seperti baru sahaja memenangi nombor 4D bernilai RM 1 juta.
Mungkin setiap yang membaca entri aku pada kali ini akan mencebik dan mengomel dalam hati. "Hek eleeeeh....macam lah bagus sangat mamat nih!"
Memang aku akui bahawa aku bukan lah orang yang terbaik untuk memperkatakan tentang keberkatan di dalam rezeki yang diperolehi. Dan aku juga bukan orang yang lurus ketika mengemudi hari di pejabat. Cuma, minda tiba² dicetus idea untuk menyebutnya untuk peringatan bersama agar sekiranya aku dilihat berbuat yang merosakkan berkatnya rezeki aku, tegur lah aku. Begitu juga dengan yang lain. Cuma...jangan lah berdalih menafikan apa yang betul dan mentasdiqkan apa yang jelasnya salah. Kerana kita akan dinilai setiap apa yang kita kerjakan. Bukan oleh manusia, tetapi oleh Yang Maha Menilai. Maka bertanggungjawablah atas perlakuan sendiri!

Tuesday, July 28, 2009

Sedap siot........

Masuk hari ni dah dua kali bos aku belanja aku dalam masa tak sampai sebulan. Aku pun pelik. Kerap pulak dia belanja aku. Mungkin dia tengok staf dia perlukan sedikit motivasi bagi menjana produktiviti yang semakin meredum! Hahahahaha! Tempat pulak bukan cokia². Kat Secret Recipe tuuuuh! Tak nak citer banyak, tgk je lah makanan yang telah singgah ke dalam perut aku nih!
Brownies



Main Dish

Yang ni kawan aku punye


Yang ni baru aku punye!

Dan akibatnya....aku kekenyangan sampai lambat solat Zohor. Lain kali kalau ada lagi, aku amik sikit je la! Hahahahaha....boleh percaya ke? ^_^

Friday, July 17, 2009

Mr 'Bogus'

Bagus + Rasa bagus = OK
Bagus + Rasa tak bagus = OK x 8 (kalau terus berusaha jadik lagi bagus)
Tak bagus + Rasa tak bagus = Sedar diri n....still ok
Tak bagus + Rasa bagus = Perasan bagus
Tak bagus + Rasa bagus + Kutuk orang sebab perasan bagus = Macam c****a!!!
Ni formula aku sendiri, dan pada kaca mata aku sendiri. Tak de amik kat mana² buku motivasi, buku kaunseling, kitab² lama hatta Tajul Muluq sekali pun. Memang dari diri sendiri dan penilaian aku pada orang. Jadik.....renung² kan dan nilai la sendiri. Aku tak cakap yang aku bagus sangat sampai boleh keluar formula macam nih. Tapi ini lah persepsi aku.
Aku?
Terpulang la pada orang nak nilai. Sebab jurunilai bukan diri sendiri. Tapi orang yang berada di sekeliling samada kawan atau lawan. Kalau aku yang nilai sendiri, nanti orang kata syok sendiri.
Ada kaitan dengan 'isu² semasa'?
Bak kata Nabil......"Lu pikir la sendiri!"
p/s: Mafhum hadis, hari ini lebih baik dari semalam = orang yang untung, hari ini sama dengan semalam = orang yang rugi dan hari ini lebih teruk dari semalam = orang yang celaka!

Thursday, July 9, 2009

Mana dia..........?

"Mana pulak perginya fail kulit keras aku nih? Sape pinjam yek?" Gerutuku sendirian.
Dalam minggu ni, aku baru sedar yang fail paling penting di bawah jagaan aku tak ada dalam simpanan. Kali terakhir ianya aku ingat, aku meminjamkannya pada seseorang. Tapi tak jelas individunya. Segalanya terlalu kabur. Pada hal peminjam yang sebelumnya aku boleh ingat sampai sekarang. Tetapi tidak yang ini.
Telah beberapa orang aku tanyakan fail tersebut. Semunya memberikan jawapan yang negetif. Kalau ada unsur sabotaj, mati lah aku!
Sedang aku membongkar memori berkenaan fail tersebut, telefon aku pulak berdering.
"Lim, dah ada lom buku yang kau nak kasik aku tuh?"
"Aaaa....aaa.......lom lagi la. Jap lagi aku carik. Ke ko nak tunggu aku carik?"
"Aku tunggu ko carik la. Sambil teman²kan ko carik, boleh kau bercakap dengan aku."
"Eh, ye ke? tak abis ke kredit ko nih? Kalau kredit kau abis nanti.........." Dan aku terus mengomel untuk beberapa saat, cuba mengalihkan perhatian.
Setelah beberapa ketika, aku menyerah.
"Tak pe la beb, aku carik dulu. Dah ada nanti aku call ko balik."
Telefon aku letak. Aku terdiam seketika. Tambah lagi satu beban untuk memori aku yang dah bersawang nih. Nampaknya aku semakin pelupa! Adakah kerana umur yang meningkat? Atau sumpahan orang? Hahahahaha......bunyik mcm kelakar! Tapi....mungkin juga. Aduuuuuh....mana lah perginya korang nih? (Fail dan buku)

Thursday, July 2, 2009

Durian.........?

Hujung jari terus diurut² di bahagian belakang kepala, terutamanya di bahagian medula oblonggata. (betul ke aku eja tuh?) Sakit mula dirasai apabila aku mula memegang stereng kereta untuk pulang semula ke JB. Sakit terus menjadi² apabila mula meluncur laju di lebuh raya melepasi pondok tol Pagoh. Aku amat berharap sangat agar sakit ini tak terus melarat sehingga mengganggu pemanduan berhemah aku. Hehehehe!
Rabu, 8 Rejab 1430 / 1 Julai 2009 merupakan hari yang dijadualkan untuk aku melakukan tugas luar, di daerah Muar. Setelah selesai melakukan tugas, pengurus di situ mengajak aku bersama dengan bos aku untuk makan tengah hari dan durian adalah hidangan yang disajikan sebagai pencuci mulut.
Masya Allah....banyaknya durian. Ni kalau kaffi nampak ni, boleh makan sampai tertido kat sini! aku berbisik sendiri.
Sambil itu Pak Lah selaku 'pengerusi majlis' pada petang tersebut, rancak bercerita. Dan beliau mempelawa aku untuk makan durian yang telah dihidangkan. Dengan niat hanya menjamah, aku terus mengambil ulas yang paling comel pada pangsa yang telah dibelah.
Sedang asyik mendengar Pak Lah bercerita dan dengan durian yang masih berada di tangan, tiba² aku mula terasa badan aku meningkat paras kehangantannya. Aku toleh ke arah pinggan yang mengumpul biji durian, sisa aku makan. Waaaah......dah 10 ulas aku makan durian hari ni. Patut la terasa macam panas. Campur yang aku dah buang dalam plastik hitam, ada la belas² ulas agaknya. Macam tak percaya je aku boleh makan banyak tuh! O_o
Dan akibatnya, keadaan badan agak tidak selesa pada hari tersebut dan membawa ke hari yang berikutnya. Pening, perut rasa tak selesa dan yang paling best asal sendawa jek bau durian. Rasa nak cover je bau tersebut dengan sendawa dalam plastik! Hahahahaha!

Gambar ulas durian yang menjadi mangsa terakhir 'kelupaan daratan' haku.

Wednesday, June 24, 2009

Truuut....truuuut.......

truuut.....truuuut
"hello!"
"abang halim, kak nora mintak call dia"
"kak nora? ada ape?"
"entah, dia sms saya tadi, mintak abang call dia balik. no dia abang ada kan?"
"aaaa.....ada kot, thanks"
Sempat juga aku melirik jam di bahagian bucu bawah pada paparan monitor. Dah 11 suku rupanya.
"Hoh, ada apa pulak la pompuan ni suruh call, Menyibuk jek! Tak de orang lain ke dia nak kacau? Rilekss.......jangan prejudis!"
Emosi aku meledak namun dapat dimendak dengan 'kepercayaan' dan rasional.
Butang telefon terus ditekan. "012 758........"
"Hello, puan nora ke? Saya halim. Puan ada mintak saya call puan ke?"
"Hah halim, maaf la kredit akak tak banyak ni. halim ada buat permohonan pinjaman kan? Akak ada kat bank ni. Nak cuba 'push'kan permohonan halim. Pegawai kat sini kata halim punya permohonan macam ada masalah. Alang² akak dah kat sini, akak tolong pushkan yang halim punya sekali. Sebab akak kenal pegawai yang meluluskan permohonan nih."
"Waaaah....terima kasih banyak² la puan, saya memang harap sangat permohonan pinjaman tu berjaya. Hari tu ada kawan cakap yang permohonan saya macam ditolak."
"Haah, memang pun. Tapi.....boleh diusahakan. Mcm ni, akak perlukan beberapa dokumen sokongan lagi. Boleh tolong fakskan tak dokumen tu ke nombor ni, 07 223......."
"Boleh, boleh! Puan sebut je apa dokumen yang diperlukan. Saya akan usahakannya!"
Dan aku terus mencatat segala dokumen yang diperlukan. Dan aku tak kisah pun sekiranya aku perlu balik ke rumah sewa untuk mendapatkannya.
.....................
Helaian terakhir dokumen berjaya difakskan pada jam 2.47 petang waktu Malaysia selatan. Kelegaan menerpa hati yang dihurungi kecemasan sebab risau urusan lambat diselesaikan. Setelah selesai menghantar segala dokumen yang diperlukan, aku terus meng'sms' akak tadi.
Sms aku: [Puan, saya dah fakskan semua dokumen yang puan perlukan. Terima kasih banyak² ye.]
Sms balas: [Akak cuma usaha je. Dah kebetulan akak ada kat sini tadi. Doa je la ye banyak² semoga permohonan tu lulus.]
Sms aku: [Insya Allah puan. Ape pun, terima kasih sekali lagi kerana membantu. Saya memang amat² memerlukannya, terima kasih banyak²!]
Setelah itu, aku duduk bersandar di kerusi. Seketika itu, adrenelin yang telah dirembeskan ketika aku menguruskan dokumen² tadi mula lenyap. Dan letih mula mencakar batang tubuh ini dari bawah kaki mengunjur hingga ke tenggorok. Di saat itu juga tekak mula berasa kontang. Tubuh diangkat dan kaki terus dihayun. Ke bahagian pantry arah dikemudi. Secawan air punca motivasi. Setelah cawan penuh berisi, kerusi terdekat aku hempaskan punggung. Walaupun hanya air kosong, ianya begitu nikmat. Terasa seperti minum jus tembikai. Hehehehe.
Dalam pada itu, minda mula menyorot ape yang telah berlaku tadi. Dimulakan dengan ngomelan berbaur kebencian ketika di suruh menelefon kembali sehingga terucapnya rasa terima kasih yang paling tulus kepada insan yang aku paling tidak berminat untuk berkomunikasi. Betapa tuhan menyampaikan sesuatu melalui cara yang paling kita tak suka sedangkan ada hikmah yang pastinya ramai dari kita tidak tahu, tak nak ambil tahu dan buat² tak tau.
Di situ juga aku membuat kesimpulan sendiri yang tuhan memang memberi aku ruang untuk tidak terus membenci sesama manusia. Kerana setiap manusia ada kelebihannya untuk diambil dan keburukannya yang boleh direnungkan. Haaaaai......aku masih lagi 'common' muslim! T_T
p/s: Cerita di atas telah diolah dari segi watak dan kesnya. Namun situasinya tidak diubah dan 97% peratus penceritaannya adalah benar.

Aku yang tak tabah......

Entah kenapa tiba² diri aku macam nak rajin. Aku bongkar fail yang berada dalam kabinet dan membuat percubaan untuk mengemas barang² yang bercampur dengan fail² jugak yang berada di belakang meja aku. Bila diselak barang² tersebut, wah....ni dah boleh buat zoo! punye lah bersepah dan berselerak. Mujur tak terfikir nak amik gambar. Kalau tak, boleh aku letak kat blog ni untuk tatapan semua. Hahahahaha!
Alternatif tersebut terdetik apabila aku mula mengimbas pc aku yang kelihatanya dijangkiti virus. Ditambah pula antivirus yang di'install' di dalam pc aku ini telah obselete. Maka berpesta pora la virus² tersebut dalam pc aku nih hingga menyebabkan YMnya menghantar mesej² berbahasa siam seperti dirasuk jin dari kepulauan Phuket.
Dan hari ni, bila perasaan rajin tersebut telah mula pudar akibat terendam dalam laut santai semalaman menjadikan pemandangan opis yang dipenuhi dengan barang² semalam begitu menyerabutkan kepala. Tanpa menghiraukan barang² tersebut, aku terus duduk di meja melihat hasil imbasan antivirus yang dibiarkan tidak bertutup dari petang semalam.
10 minit yang pertama di hadapan monitor menyebabkan aku langsung lupa dengan keadaan sekeliling. Minit yang ke 11, barang² tersebut mula merimaskan bucu mata. 15 Minit seterusnya, punggung aku mula terasa panas apabila bos aku dah masuk ke pejabat. Walaupun beliau tidak bertanyakan barang² tersebut, namun sebagai staf aku wajib berasa malu kerana membiarkan ruang pejabat dia biar seperti tempat pembuangan sampah MBJB.
Arrrrgh.....kenapa la aku tak setelkannya semalam???

Thursday, June 18, 2009

Entri Pemecah Sepi

Sudah hampir 2 minggu blog ini tidak berisi entri baru. Bukan kerana terlalu sibuk dengan kijer² pejabat. Tetapi lebih kepada terlibat dengan program² luar yang memang tidak melibatkan kijer² seharian aku.
Kali terakhir aksara² ini terukir di kotak posting, aku masih berada di Kuantan. Itupun mengharap kepada ehsan aris a.k.a mr. reds yang membawa lap top dan jalur lebarnya ke Pesta Sukan Antara Yayasan PESAYA selama seminggu. Jika tidak, jarak blog ini tidak berposting meningkat dari 2 minggu ke 3 minggu dan sekaligus memecahkan rekod paling lama blog ini tidak disentuh oleh sebarang entri baru.
Tidak banyak yang dapat aku ceritakan tentang PESAYA kerana citer yang lebih mantap dan menarik boleh diperolehi dari
mr reds, tokeh gula² dan budak selambe. Cuma aku rasa agak gembira kerana dapat menyumbangkan sedikit mata dalam kejayaan pasukan ping pong meraih tempat kedua dalam kategorinya. Seterusnya menyumbang mata yang agak besar untuk kejayaan kontinjen dari Johor. Caya lah korang!
Ruang terus dijarakkan apabila aku dilantik untuk menjadi salah seorang AJK untuk
Program KPYPJ bersama Media yang diadakan di OBS, Sekakap, Mersing selama 2 hari, Rabu dan Khamis pada minggu berikutnya. Sebagai AJK yang ditugaskan untuk memastikan penginapan dan tempat dalam keadaan yang memuaskan, aku bergerak sehari lebih awal ke sana. Hasrat hati untuk mengisi entri baru berkaitan PESAYA sehari sebelumnya pula gagal, kerana talian internet di pejabat aku gagal berfungsi apabila aku naik ke pejabat pada hari Isnin.
Sekembalinya aku ke JB pada hari Khamis, masih tidak memberi ruang untuk mengutus entri. Ini kerana cuti yang aku pohon untuk pulang ke kampung pada hari Jumaatnya pula telah lulus. Dan kepulangan aku ke kampung pada tgh hari Jumaat itu, terus membuka jurang jarak blog tidak berposting baru.
Dan awal minggu ini, Isnin bersamaan 21 Jamadil Akhir 1430 / 15 Jun 2009, aku tanamkan tekad untuk mengisi entri baru. Setidak-tidaknya pada hari terakhir pada minggu bekerja. Kerana setelah diselak jadual 'kerja luar' (outstation), kelihatan beberapa kotak yang mewakili hari untuk minggu ini, agak rapat dengan lorekan - tanda ada tugas luar. Hehehe.....macam bz benor je aku nih!
Dan....akhirnya kesepian blog ini dipecahkan dengan entri ini. Entri yang berjaya aku taip pada petang Jumaat (25 Jamadil Akhir 1429 / 19 Jun 2009) hanya dapat menyatakan yang aku masih di sini, tanpa sebarang larikan² foto yang biasanya menghiasi blog rakan² se'blog'an. Dan insya Allah.....selagi aku masih diberikan kekuatan oleh yang Maha Pengasihani, aku akan terus mengetuk papan kekunci ini untuk menyatakan yang aku masih diberi peluang untuk menghiasi alam ini, merencah babak hidup rakan² dan dimanfaatkan oleh insan² di sekeliling yang memerlukan. So...i'm yours!

Friday, June 5, 2009

Sedikit Catatan dari Pahang.........

Hari ini (Jumaat , 11 Jamadil Akhir / 5 Jun 2009) merupakan hari ke 6 aku berkampung di Pahang. PESAYA (Pesta Sukan Antara Yayasan) yang mula berlangsung pada hari Ahad yang lepas telah hampir ke penghujungnya. Acara yang dipertandingkan juga telah banyak yang hampir tamat. Sesetengahnya pula telah pun selesai dan ramai diantara atlet-atlet dari Johor telah pun pulang semula ke Johor tanpa menunggu rakan-rakan yang lain.
Oleh kerana aku berada di dalam senarai yang pergi dan pulang bersama dengan bas rasmi yang membawa atlet-atlet dari Johor, maka aku juga tidak dapat pulang awal. Tambahan pula acara yang aku sertai iaitu ping pong berjaya masuk ke peringkat akhir dan akan dipertandingkan pada petang ini jam 3.30 petang. Ye ke? aku pun tak pasti. Yang penting petang la lawannya. Dan aku secara khususnya dan semua atlet dari Johor secara umumnya amat mengharapkan agar kemenangan menjadi milik Johor agar dapat menambah mata bagi membuka peluang merebut gelaran johan keseluruhan.

Dalam kemeriahan pesta sukan ini, wujud berbagai kontrovosi yang ditimbulkan oleh pasukan ehem ehem (sesiapa yang terlibat dengan PESAYA, amat lah tau negeri mana). Apa yang dipamerkan oleh pasukan dari negeri ehem ehem tersebut amat lah memalukan dan menjatuhkan imej mereka sendiri sebagai salah satu dari anggota yayasan Malaysia. Seperti yang diperbincangkan oleh aku dan rakan-rakan, PESAYA ini bertujuan untuk merapatkan hubungan dan berkenal-kenalan sesama yayasan. Namun apa yang ditonjolkan oleh pasukan yang membuat onar tersebut, hanya akan menimbulkan permusuhan dan ketidak harmonian di dalam keluarga yayasan sekaligus gagal menepati semangat kesukanan yang sentiasa dilaung-laungkan.

Wah, apasal aku menaip macam pengulas sukan kat surat khabar nih? ^_^

Dalam pada itu, aku amat berharap agar atlet-atlet dari negeri lain, dan dari Johor sendiri dapat mengawal emosi mereka agar tiada rusuhan dan pertumpahan darah berlaku. Dan kepada pegawai-pegawai dari pasukan ehem ehem, udah udah la tuh! Kita main nak hepi-hepi, bukan nak carik gaduh beb! Akhir kata, maju lah sukan untuk YPJ. Hehehehehe.

*Keputusan rasmi semasa dan beberapa foto boleh di rujuk di sini.


Wednesday, May 27, 2009

And it happen again.........

Dan sekali lagi apa yang aku rasakan dalam entri yang sebelum ini terjadi lagi. Rasa geram, kecewa dan tak puas hati itu kembali lagi menghimpit hati. Kegeraman, kekecewaan dan rasa tak puas hati ini timbul bukan semata-mata disebabkan oleh kekalahan dan prestasi diri yang tiada peningkatan, tetapi oleh kerana sikap individu di dalam pasukan yang aku sertai.
Malam tadi (Selasa, 1 Jamadil Akhir 1430 / 26 Mei 2009), aku sampai ke gelanggang hampir pukul 9 malam dan ianya masih lengang, kosong. Sesaing dengan aku dua orang pemain luar yang mungkin dijemput oleh pengurus pasukan aku (yang juga masih belum sampai). Aku terus mencemuh di dalam hati. Sesuatu mula mencucuk² ammarah diri. Ikut kan pedih hati ni, nak je balik terus. Namun ku pakukan punggung ini dikerusi agar niat tadi tidak dituruti. Cuba menjirus air rasional ke api radang. Namun kepulan asap prejudis begitu tebal untuk ku harungi sendiri.
Butang telefon bimbit lalu ku tekan, menghantar sms ke tokeh kedai gula². Isi yang penuh emosi aku taipkan pada beliau, dengan harapan agar berkurangan rasa beban. Nak jerit, ramai pulak pemain badminton yang keluar nanti. Tak memasal kena tidor wad, suspek masalah mental! Dan alhamdulillah, tindakan tersebut sedikit sebanyak meredakan bara di dalam dada ini.
Setelah beberapa ketika duduk seperti menunggu giliran di bank ehem², baru lah kelihatan kelibat salah seorang pemain dari team aku. Dan ketika itu jam telah menunjukkan 'kelibat' tersebut hadir lewat lebih 15 minit daripada waktu yang dijanjikan. Dan ketika itu juga coach kami, Mr. Tan juga telah datang menjenguk ke tempat kami berlatih.
"Mana pergi semua orang?"
Aku hanya mampu tersengih.
Setelah beliau duduk berdekatan dengan aku, aku cuba memulakan bicara untuk menyejukkan lagi kebengangan ini. Sekali lagi, tindakan itu berhasil. Kerana Mr. Tan berjaya membuatkan aku tersengih. Hahahaha.....bila fikirkan balik, kelakar sungguh Mr. Tan nih. Nasib baik la malam tadi last training. Kalau tak agak hilang mood je, boleh aku bawak berborak dengan Mr. Tan! ^_^
Kepada diva² sekalian, tahniah kerana korang semua berjaya lagi menyakitkan hati aku ni!

Tuesday, May 26, 2009

Tewas........

"Din tu main pin pong setahun jek, dulu teruk kena belasah. Abang pun tak ingat masa belasah dia dulu. Lepas setahun, abang pulak kena belasah dengan dia!"
"Setahun je bang? Macam mana dia train ek? Setahun je tuh!!!"
"Dia main sungguh², fokus, selalu turun....main dengan yang pro."
"Oooowwhhhh........"
Setahun je dia latih diri dia untuk sampai ke tahap pro. Hampir hari² dia latih diri dia. Selalu ajak pakar² main sama. Dan tak malu kalau kalah bila main dan terus mencuba.
Aku?
Rase dah nak dekat sepuluh tahun aku main ping pong nih. Main pun kadang². Rasa nak majukan diri macam tak de. Main hanya untuk menang jek. Tu yang malam tadi kena belasah dengan pemain dari UTM yang mengaku dah lama tak main ping pong. Dah lama tak pegang bat ping pong pun boleh kalahkan aku tanpa bersusah payah! Kalau dia latih hari², silap².....belum main dah kalah!
Memang malam tadi agak meriah, kerana ramai pemain ping pong YPJ yang turun. Campur pulak dengan pemain² import power². Di tambah lagi dengan pemain² pihak lawan dari UTM yang 'dah-lama-tak-main' tapi power. Cuma dalam kemeriahan tu, aku rase agak kecewa, geram, tak puas hati dan beberapa lagi perasaan yang tak best bercampur².
Apa yang aku rase itu, telah ku ceritakan kepada beberapa rakan se'ping pong'an agar ringan sedikit bebannya berbanding bila ia tidak diluahkan. Namun ianya tidak dapat menghakis sepenuhnya perasaan tersebut.
Tidak dinafikan pemain luar menambahkan lagi pengetahuan, kemahiran, teknik serta taktik permainan. Namun ianya menjadi sia² sekiranya ape yang mereka ada tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain² paling amatur macam aku nih!
Hmmm.....bila la aku agaknya aku nak mahir skill spin? T_T

Friday, May 22, 2009

Kije....kijer....kijer....!!!

Esok (28 Jamadil Awwal 1430 / 23 Mei 2009) adalah hari cuti. Boleh rehat dan membongkang dari pagi sampai ke petang. Petang bawak pulak ke malam. Dari malam bawak balik ke siang. Bagitulah seterusnya sehingga hari Isnin menjelang kembali. Mana yang rumah besar sikit dan bertingkat², boleh la guling dari depan ke belakang, ke depan balik. Dah abis guling G floor, naik ataih pulak. Guling tingkat satu dari depan ke belakang, membawak ke G floor balik. Begitulah seterusnya sampai tingkat² seterusnya. Hahahahaha....ape yang aku merepek nih?
Mungkin dulu aku akan buat mcm tu! Tapi untuk masa sekarang nih, aku kena kijerrrrr! Huhuhuhu! Cuti² pun kena kijer! T_T
Tak pe la........pertamanya bukan aku sorang je yang buat macam tuh. Kedua...ni lah dunia zaman sekarang. Kalau kita baik dan jujur (mcm puji diri sendiri pulak........hahahahaha!) macam ni la kijer kita. Cuma berharap la apa yang kita buat sebagai sumber rezeki ini halal dan diberkati oleh Yang Maha Mengasihani!
Kepada semua rakan² aku yang kijer lebih kurang macam aku, malah lebih teruk lagi, bekerjalah untuk dunia dan akhirat! Amiiiiiinn....!!!
"Selagi belum tutup mata, kijer....kijer.....kijer!"

Monday, May 18, 2009

Langit dan Bumi.......

Kulit badan terasa pijar. Gigi mentari seakan masih melekat di bahagian yang banyak terdedah kepada gigitannya. Muka dan lengan paling dirasai akan keperitannya. Keseronokan bercanda dengan sang ombak baru malam tadi dihambat lelahnya. Ketika matahari masih mahu mambakar bumi, aku dengan relanya menyalai diri untuk bermain air laut dengan kaff. Mahu atau tidak, terpaksa lah diterima akibatnya.
Program membina 'motivasi' pada Sabtu dan Ahad yang lepas mengisi program hujung minggu aku. Menjadikan badan terasa longlai untuk hadir ke pajabat. Kepala pula terasa berat. Mungkin terlalu lama terdedah di bawah terik mentari. Aku berharap agar tiada lelehan pekat berwarna merah keluar dari hidung ini. Seperti yang lepas², aku agak alah dengan suhu panas yang tinggi. Pasti pada malam atau keesokan harinya, terpaksa di'stand by' tisu barang sekeping dua untuk menahan lelehan darah dari terus keluar dari corong hidung ini. Masa kecik² dulu, tak pernah pulak kena. Bila dah semakin pasif ni, macam mudah pulak berlaku. Ok la jugak keluar darah. Dibuatnya keluar gajah, mau tak kembang hidung aku nih!
Program 'motivasi' (motivasi ke?) tersebut diadakan di PKPI, Mersing. (nota: Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan). Dan seperti yang sebelum²nya, PKPI menjanjikan suasana yang selesa dan mesra alam malah mesra pengguna. ^_^ Di samping persekitaran dan pemandangannya yang cantik, staf² di bawah pimpinan Tuan Nordin Salleh a.k.a Jason Bourne yang bertugas di situ juga amat ramah, tidak sombong, rajin tahap dewa dan suka bergurau. Jauh sekali jika dibandingkan dengan sebilangan peserta yang hadir untuk program tersebut yang amat kontra karakternya. Berlagak mcm 'dewa', sombong, penting diri, bongkak, perangai macam hang suang.......dan macam² lagi la label yang boleh disinonimkan dengan 'diorang' tuh! Kalau tidak kerana rakan² yang hadir, rasa tak hingin pergi program tuh! HUH! Kalau diingat kembali kejadian yang berlaku depan mata, rase hendak ditenyeh² hujung jari kaki ini ke hidung mereka! Hoh, emosi sunguh aku nih!
Sesuatu terdetik dalam hati, "Diorang ni tak pikir pasal mati ke?"

Monday, May 11, 2009

Sekadar Promosi.......

Tuan² dan puan² (ala² promoter pasar raya yang pelat). Sekalian rakyat blogger dijemput untuk melawat ke Bloggertiam di mana² sahaja laman yang mempamerkan logo seperti di bawah ini!

Sekian, untuk makluman sekian jiwa² yang pernah membaca blog yang sepi ini. Terima kasih!

Thursday, April 30, 2009

Tak yah pikir laa......

Macam mane kita nak tau yang tindakan kita bodoh dan terburu²?
Pernah terbaca dalam satu buku. Dalam buku tersebut menyatakan jika implikasi dari tindakan kita itu lebih banyak risiko dan keburukannya, jelas tindakan tersebut adalah terburu² + bodoh!
Macam mane pula bila kita membeli sesuatu barang yang kita suka sangat dan memang dalam senarai mesti-beli tapi mahal tahap gaban? Adakah kita akan menyesal lepas membelinya kerana duit abis? Terburu² ke tindakan kita beli barang tu?

Yang ni, kawan aku pulak ckp.....dah ada, just enjoy it while it last! Nak cakap ape pun, memang dah beli! Well......aku akan gunakan ungkapan beliau tu kot! Nikmati je la ke'best'annya!!! ^_^

p/s: Jangan ditanya kaitan antara entri ni dengan hidup aku! Aku takkan jawab!