Wednesday, July 30, 2008

Zoela...oh, zoela!

Tertarik dengan posting kaff kat blog dia, citer pasal episod akhir citer sindarella mlm tadi. Waktu tu aku sedang melayan beberapa student UiTM cawangan bandaraya JB membayar makanan mereka. Sempat jugak lah menjeling pada citer tu. Ramai penonton² citer tu yang dikalangan student di situ keciwa dengan keputusan puteri Zoela kerana tidak menerima cinta putera Hussien a.k.a bos dia! Ye ke nama dia mcm tu? aku pun bukan ikut sgt. Lebih kurang mcm kaff gak la. Ramai jugak yang mengatakan tindakan zoela tu bodoh! Berkali² juga that 'B' word tu ditujahkan ke peti tv tuh! Aku hanya mampu senyum je dengan telatah diorang.
Pada aku keputusan Zoela dalam citer betul. Dan dia tidak bodoh! Aku setuju dengan alasan yang zoela tu kasi. Plus.....pada aku tindakan dia tepat disebabkan putera Hussein pernah melemparkan ayat yang lebih kurang bunyiknya:
"Walaupun dah tak de pompuan kat dunia ni pun, aku takkan pilih kau!"

Pada aku, ayat tersebut cukup pedih dan hanya dikeluarkan oleh lelaki yang berotak singkat jek! Kalau aku yang kena mcm tu, sampai mati aku dendam! I mean....kalau ada perempuan ckp mcm tu kat aku la! Pada aku perkataan seperti "tak akan", "sampai bila²" atau mana² perkataan yang merujuk kepada sesuatu perkara yang harus tetapi dimustahilkan oleh manusia ni memang tak sepatutnya dikeluarkan. Contoh lain :

"Sampai bila² pun kita tak kan jadi couple"

"Sampai mati pun aku tak kan suka kat kau"
Kerana pada aku juga, segala sesuatu dalam dunia ni berkemungkinan berlaku kecuali perkara² yang dah jelas mustahil. Rase²nya orang² Johor tau kot, sebab masa sekolah agama dulu ketika darjah 4 kalau tak silap, memang diajarkan perkara tersebut. Contoh paling mudah ialah sifat² yang mustahil bagi Allah! Antara yang lain aku ingat, perbuatan duduk dan berdiri dalam satu masa. Perkara² tu memang dah ditetapkan mustahil dan perkara² selain daripada tu adalah harus untuk berlaku! Hehehe....bukak kelas agama pulak aku. Tapi isu ni pada aku perlu diberi perhatian supaya kita² ni boleh beringat bila nak bercakap. Tak la main ikut sedap mulut dan sesedap rase je bila nak melemparkan sesuatu! Dan akibatnya ada hati dan perasaan yang teruk terluka dan yang mengucapkannya pun akan mendapat balasan yang boleh tahan teruk, natijah dari perbuatannya sendiri!
Jadik.....lain kali berfikir la ye sebelum berkata²!

Monday, July 28, 2008

My weekend...huhuhu

Hujung minggu cuba dihabiskan dengan berehat. Hajatnya nak berhibernisasi dengan penuh kemalasan setelah 4 hari berkursus di Tanjung Balau. Tetapi nyata tidak berjaya kerana hari Jumaatnya (22 Rejab 1429 / 25 Julai 2008) kepala di serang migrain. Sakitnya tak terkata! Sepanjang dua hari tersebut, Jumaat dan Sabtu kepala dirasakan dicengkam dengan apit G. Tak mampu digerak bebas. Cukup dengan bersin sahaja, menyebabkan keseluruhan komposisi kepala bergegar dan rasa nak berguling je kat lantai menahan kesakitan. Jadik, setiap kali bersin atau batuk je, bahagian kepala pantas dipegang, seakan jika tidak dipegang kepala ini boleh jatuh berguling². Alhamdulillah...sakit beransur hilang bila kepingan koyok ditampal dipelipis setelah sebiji panadol yang ditelan tidak menghasilkan sebarang perubahan. Panadol ni bukan boleh makan banyak². Pernah terbaca artikel, sebiji panadol yang ditelan akan kekal didalam tubuh badan selama 5 tahun! Tu yang kita nampak sesiapa yang biasa makan panadol, setakat sepapan dua tu, dah tak de kesan pun pada diorang.
Pada hari Ahad juga hajat yang ditanam gagal, kerana memenuhi permintaan dari rakan untuk menggantikan tempatnya sebagai urusetia untuk program ibu tunggal kerana beliau ada urusan lain yang lebih penting. Tak susah mana pun, cuma kena bangun awal jek kerana program tersebut bermula seawal jam 8 pagi dan beberapa perkara perlu disediakan sebelum program tersebut bermula. Alhamdulillah.....segalanya berjalan lancar. Dan program berakhir sebelum waktu zohor.
Sedang leka mengemas tempat program, masuk seorang peserta program tersebut, meminta bantuan kerana kereta yang dipandunya mengalami masalah. Bateri habis!
"Akak terlupa matikan lampu tadi".
"Kena cari jumper nih", getus ku. Beberapa orang kawan cuba dihubungi untuk bertanyakan tentang jumper tersebut. Akak tu pun turut berusaha dan nasib menyebelahinya apabila adiknya menyatakan yang dia memiliki jumper dan akan ke tempat akaknya. Alhamdulillah....kalau tak jenuh jugak nak mencari bende tuh.
Sementara menunggu adiknya sampai, sempat juga bercerita serba sedikit tentang hidupnya sebagai ibu tunggal. Dia pun bersyukur kerana dia mempunyai perkerjaan sebagai pelukis pelan di salah sebuah syarikat seramik. Tidak lah terlalu 'tersepit'. Cuma masa yang sahaja yang tidak mencukupi padanya. Sebab sebelum ni, segala²nya diuruskan berdua dan sekarang hanya tinggal seorang. Dengan kerja hariannya, dengan menghantar anak²nya ke sekolah, dengan tiusyen dan macam² lagi lah. Kesian pulak aku mendengarnya. Dulu masa umur tengah muda, dengar jugak orang cakap yang ibu tunggal ni atau panggilan popularnya 'janda' ni mudah dipandang serong oleh masyarakat. Sampai sekarang aku masih kurang faham dan mengerti kenapa janda ni mudah dipandang serong! Sedangkan mereka lah antara yang perlu diberi perhatian kerana kesusahan yang mereka hadapi. Lagilah ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dah la hidup susah, kena caci dan hina pulak tu. Hmm...masyarakat....masyarakat! Lumrah manusia, mudah mencari kecacatan dari kesempurnaan! Moga kita yang sedar ni tak dijangkiti penyakit² yang sebegitu. Amiiiin....!!!

Friday, July 25, 2008

Kenapa kan?

Kenapa kan manusia suka mengambil kesempatan terhadap setiap peluang yang diberikan? Tidak kah mereka rasa bersalah apabila kesemapatan yang diambil menyebabkan ada hati dilukai, emosi yang tercalar dan jiwa yang merana? Mungkin mereka lupa menyakiti hati sesama manusia termasuk dalam dosa besar. Ataupun telah menjadi hobi makhluk² ini untuk menyakiti hati manusia lain secara serius?
Peluang yang aku maksudkan di sini adalah peluang untuk mereka berkata sesuka hati dan membenarkan gurauan² kasar dilemparkan. Membiarkan diri dikutuk agar tidak dilabel sebagai 'tidak sporting'. Tetapi memang dah menjadi lumrah manusia terutamanya mereka² yang diistilah sebagai keji (pinjam wording eves) tidak cukup dengan sedikit dan menginginkan lebih dalam setiap yang mereka miliki. Aku rasa emosi setiap manusia ni umpama spring yang ada hadnya ia ditekan dan apabila ia telah habis ditekan, ia akan menganjal kembali kepada yang menolak apabila terlepas.
Hmm...itu lah apa yang berlaku pada aku beberapa hari yang lepas. Kalau tak, takkan sebut, ye tak? Mereka menggunakan apa yang mereka 'miliki' untuk bergurau kasar (istilah yang paling sesuai adalah mengutuk) apa yang belum aku 'miliki' sehingga aku sukar tidur pada hari tersebut akibat emosi yang teruk dicalari. Hampir saja aku sumbatkan mulut mereka² itu apa saja yang tercapai dek tangan agar mereka tahu yang kata² mereka itu menyakitkan. Aku juga hampir² berdoa supaya apa yang mereka 'miliki' tu ditarik balik kerana mereka seperti terlalu berbangga dengan apa yang telah mereka 'miliki' itu. Alhamdulillah, kerana 'spring' itu berjaya di kawal dan tidak menganjal ke lonjakan maksima. Kalau tak, ada kemungkinan muka aku adalah antara muka yang terpapar di muka hadapan Metro semlm. Semoga Allah terus memberikan aku ketabahan dan kesabaran menghadapai makhluk² tuhan seperti ini!

Thursday, July 17, 2008

Implikasi

Dah dua malam aku tido pukul 2.30 a.m. Malam semlm (12 Rejab 1429/15 Julai 2008 - Selasa) sengaja tido lambat sebab secara tak sengaja terbukak ntv7 dan nampak pulak citer yang agak menarik sedang ditayangkan, 'Kate n Leopold'. Lakonan Hugh Jackman dengan Meg Ryan. Citer tu tak de la best sgt, tapi minat tgk Hugh Jackman berlakon sebagai seorang 'Gentleman'. Entah kenapa mcm ada satu tarikan dalam citer tuh. Tu yang aku tido hampir jam 3 tuh. Dan akhirnya, aku lambat ke pejabat. Huhuhuhu.
Dan malam tadi, dalam 2.30 a.m. jugak aku tido. Balik dari kijer, badan agak berpeluh dan melengas menyebabkan mata sukar untuk dipejamkan. Hasilnya, akibat bosan bergolek ke kiri dan ke kanan, butang 'on' pada pc ditekan. Ikon Heroes 5: Hammer of Fate pantas diklik, dan bermula lah 'journey' aku dalam game tu. Layan punya layan...terasa mata mula kelat, jam loceng disebelah digapai.....nah kau, pukul 2.15 a.m. Tanpa membuang masa, butang menu ditekan, save, dan terus quit. Game ni agak berhantu jugak, kalau di tangguh² memang boleh terbabas sampai pagi. Tapi aku rase, pada aku....semua game berhantu! Kui kui kui. Cuma pagi ni (14 Rejab 1429/17 Julai 2008 - Khamis), berjaya bangun awal dengan bantuan rakan serumah. Terima kasih Shah.....hehehehe.
Implikasi tidur yang tak cukup semalam, menjadikan koordinasi tubuh badan agak kurang stabil. Kelopak mata seakan digantung dengan beberapa ekor kambing. Berat tuuuh....! Akibat keadaan kantuk yang kritikal, beberapa kali juga mata terpejam ketika menaip. Mujur pejabat aku ni tak ramai orang. Kalau tak, sure dah jadik bahan ketawa satu pejabat. Tak boleh jadik ni, lantas tubuh badan dialih ke kerusi malas dan tak sampai berapa saat, mimpi terus bertandang ke dalam benak fikiran.
Dan hari ini secara rasminya aku memperoleh 1 jam++ pendapatan yang tak berkat....huhuhuhu

Monday, July 14, 2008

Sakitnya.....

Entah kenapa mimpi 'itu' kerap bertandang! Menjadikan minda berkecamuk pabila hadirnya mentari, lantas tubuh serasa longlai bagai tak bertulang. Segaris emosi tercoret di kalbu, terasa ingin diulangi mimpi itu. Alangkah indahnya jika mimpi 'itu' realiti, tidak lah terasa peritnya hati, tidak lah terasa pedihnya diri. Mimpi 'itu' semakin kerap hadir kebelakangan ini. Bukan sekadar kala malam, bahkan walaupun hanya terlelap di kerusi pejabat, ia tetap hadir berbalam.
Sampai bilakah kau akan pergi wahai mimpi 'ini'? Adakah kau akan terus menjadi tetamu lelap ku lagi? Kala malam memayungi langit, kala siang ditenggelami bingit. Kau terus hadir sambil menggamit. Berbagai perasaan bergelut sengit. Ku harap ada penghujungnya, ku harap sangat akan 'penggantinya'........

Thursday, July 10, 2008

PS2 n Me...

Keadaan tengkuk semakin pulih. Makan masa gak nak baik. Apa pun, alhamdulillah kerana sakitnya beransur² kurang. Dibuatnya tak baik langsung, terus putus sebarang urat kat tengkuk ni, dah tak sempat nak taubat! Huhuhuhu, terima kasih Ya Allah, kerana memberi aku peluang untuk mencari keredhaanmu (Ceewaaaah!).

Semalam merupakan hari rehat seJohor. Jadik dapat la aku melelapkan mata sampai susah nak bangun. Actually istilah yang lebih sesuai adalah 'membadak'. Memang bajet nak tido je pun. Balik dari cafe (kijer part time aku), buat ape yang patut, terus layan FFXII. Dah lama rasenya aku tinggalkan my princess Ashe, rindu plak. Hehehehe (there's goes my pervert-like feeling again, hehehehe). Tak de la lama mana pun, baru 3-4 hari lepas layan game tu, kat kampung. Layan pun tak berapa lama, dalam pukul 3 pagi baru masuk tido. Tu pun dah berapa kali tersengguk² kat depan tv. Hmm.....badan dah semakin tua. Kalau dulu, sampai subuh pun aku boleh tahan.

My lovely princess Ashelia B'Nargin Dalmasca.


Sedar² jam 10.30 pagi. Tu pun sebab ada sms masuk. Kalau tak, boleh sampai zohor. Looor.....terlepas pulak subuh. Hmmm....ape nak jadik la dengan aku nih. Dah tua² pun susah nak bangun subuh. Bertambah lagi la hutang yang ada.
Solat ni bukan boleh tinggal² main terus lupa jek. Sebagai lelaki, tak de istilah 'cuti' dalam solat ni. Mana yang tertinggal samada sengaja atau tidak, wajib kena bayar. Samada secara ansuran atau 'cash'. Kalau tak silap, solat adalah antara perkara pertama yang akan disoal nanti. Dalam rukun Islam pun, solat merupakan perkara yang wajib ditunaikan sebaik sahaja seseorang tu memeluk Islam. Untuk yang memang lahir sebagai muslim pulak, umur 7 tahun dah digesa untuk mula solat, bukan baru nak mula belajar! Bila dah 10 tahun, terus kena rotan kalau tak solat. Kalau aku ni, bukan tahap rotan, memang tahap kena pukul pakai besi panas. baru la beringat. Hutang yang lepas² banyak pulak tu. Hutang masa zaman² 'gelap' (dark ages) n masa lupa daratan dulu. Huhuhuhuhu! Adalah dalam berbelas tahun jugak. Ajer giler betul! Hmm....ntah bila la nak mula bayar tuh! Ya Allah....beri lah aku kekuatan!
"Hardly forcing mysel,
I had to accept it all,
And that is really me,
who still not close to Allah...."
Allah is calling : The Zikr

Monday, July 7, 2008

Pain Again.....

Aduuuuhhh....sakit lagi tengkuk nih. Harapan bangun pagi dengan badan yang selesa ternyata meleset. Ntah kenapa tengkuk ini rasa begitu tegang dan pedih. Seakan tekanan darah berada pada tahap bahaya. Mula dirasai petang semlm, sewaktu menunggu Hanapi datang untuk menjemput pulang ke Johor Bahru. Sedang seronok berbual dengan emak, tetiba tengkuk terasa tegang dan.....tu la, sebagaimana yang dinyatakan tadi. Seakan diserang darah tinggi, terus keras dan seagak kaku. Terasa seperti urat ini bersimpul dan gagal di lentur. Adakah ini penangan tok busu? Sebelum ini pernah juga pergi berurut padanya, tapi tak sebegini kesannya. Bila dah sakit mcm ni, nak bertugas dengan baik pun kurang selesa. Terbayang² juga papan tanda Klinik Penawar waktu hendak bangun pagi tadi.
"Kalau MC pun, ok jugak nih, bos aku pun bukan ada."
Tak tau la, hati yang berbisik atau nafsu yang menghasut. Nak disalahkan setan, rasanya tak perlu, sebab diri ini pun dah jahat, tak payah la nak dipersalahkan makhluk la'natullah tu lagi. Terus badan ini digagahkan jua untuk bangun. Tak sanggup rasanya nak mengumpul sijil sakit. Sesekali badan ini perlu dipaksa. Kalau tak, makin manja la ia.
Alhamdulillah.....sempat 'thumb in'. Rekod berjaya dijaga. Surat janji pernah disuakan kepada bos, agar tidak mengulangi rekod buruk pada tahun lepas. Dan selagi mampu, janji tersebut cuba untuk tidak dimungkiri.
Kala jari pantas menekan butang papan kekunci ini, teringat pula pada cerita 'Janji' tadi lantas ingatan terimbau kembali kepada pesanan ustaz masa sekolah dulu,
"Orang yang suka mungkir janji adalah antara sifat orang munafiq."
Fuh, munafiq tuh! Kalau masuk neraka, duduk kat neraka paling bawah kalau tak silap. Firaun pun tak duduk kat level tuh. Maksudnya lagi teruk dari firaun la orang munafiq nih. Orang yang 'pure' munafiq ni memiliki 3 sifat di bawah nih,
1. Apabila dia berjanji, dia mungkir,
2. Apabila dia berkata, dia dusta,
3. Apabila diberi amanah, dia khianat.
Ada pula yang mengatakan 4. Yang ke4 tu : Apabila dia bergaduh, dia menunjukkan sifat² yang keji.
Kalau ingatan ini memberi fakta yang tepat, khianat ni luas skopnya. Bukan sekadar tidak menjaga barang dengan baik, tidak memanfaatkan masa yang diperuntukkan pun dikira khianat. Otak terus menangkap babak² kepada kisah² lama. Dulu selalu mungkir bila berjanji(nak jaga hati), berbohong(nak selamatkan diri bila buat salah) dan khianat(tido dalam kelas). Jgn kata dulu sekarang ni pun terkadang alpa, dan ada jugak buat mcm tu! Hmm......munafiq kah aku? Astaghfirullaaaah......