Monday, March 30, 2009

Jawab, jangan tak jawab!

Bila membelek blog The reds, kelihatan beliau telah menjawab tag dari The kaff. Maka dengan ini kelihatan seperti aku wajib jugak menjawab tag The kaff ni! Huwaaaaaaa...! Nape la ko tag aku kaff oooooi!
Apo pun chek jawab la nooo!
1. Copy kan badge yang dianugerahkan dan letak di dalam blog.
Segan pulak nak copy badge tuh, bukan kiut mana pun blog aku nih! Tapi dah kena buat, chek buat la noooo.....
2. Link atau ceritakan tentang pemberi anugerah yang murah hatinya itu.
The kaff atau nama saintifiknya Kafiuddin Iniusis at Tarinante adalah seorang insan yang baik hati, suka membantu, skillful dalam design, penyabar, tak mudah dipengaruhi emosi, sangat boleh diharap, rajin giler gaban....aaaa...apa lagi aku nak bodek dia ni ek? hehehehe....tapi memang betul pun! Semua yang aku sebut tadi bukan lah satu bodekan....tapi kenyataan, ini bukan chobaaaaan! Tak ketinggalan dia seorang jejaka yang dikategorikan dalam jejaka yang tampan dan kacak! feeewiiiiit! Ada lagi ni.....tapi lupa la. Banyak sangat yang baik! ^_^
3. Nyatakan 10 hobi/fakta tentang diri sendiri.
Huhuhuhu.....aku lebih rela orang menceritakan tentang diri aku berbanding diri aku sendiri, walaupun mende tu buruk! Ni kalau aku yang citer nanti, nampak sangat pulak masuk bakul, angkat sendiri! Hahahahaha....ape pun aku story mory gak la ek!
i. Manusia yang memiliki saiz badan yang agak besar dan mudah mengembang bila makan walaupun sedikit. Kaff kata kadar metabolisma aku rendah! ye kot!
ii. Memiliki hati yang setia (waaah...dah mula puji diri sendiri nampaknya). Ini berdasarkan trek rekod aku yang tidak mencari aweks lain walaupun setelah lebih 5 tahun putus cinta! Huhuhuhu....sedihnya! T_T
iii. Seorang yang amat kuat perasaan cemburunya! Bukti? Ceh, aku tau lah aku kuat cemburu! ^_^
iv. Seorang yang fanatik giler pada permainan video. Tak kisah la apa mediumnya, yang penting ianya boleh dimainkan secara elektronik. Kalau boleh aku nak kumpul semua jenis konsol kat dunia ni. Kemudian main mcm hidup ni hanya untuk berpoya². Hahahaha!
v. Anime adalah perkara kedua yang paling aku minati selepas permainan video. Dan aku macam tak berapa kisah kalau orang nak kata aku macam budak², minat kartun! Tapi tu la, tak semua kartun aku minat. Anime yang tuan² dan puan²........anime!
Hoh....nape sampai sepuluh? 5 je tak boleh ke? Aduuuuuuuh!
vi. Aku suka tido! Dan aku tak tau aku nak letak ranking yang ke berapa 'minat' aku ni pulak! Sebab kadang² ianya bukan datang sebagai 'minat'. Tapi sebagai satu perkara yang jadik macam wajib pulak pada aku. Tu yang mungkin menjadikan body aku semakin mengembang dan antara tanda metabolisma aku rendah. Eh, ye ke? Aku main balun je ni! Hehehehehe.
vii. Mempunyai 'tuah' yang rendah. Terutamanya dalam arena cabutan bertuah dan sebarang acara yang amat bergantung pada 'tuah'. Kalau ada acara cabutan bertuah, memang aku tak berharap langsung. Kalau cabutan bertuah yang memang semua orang dapat hadiah pun, aku hanya mampu memenangi tupperware dan paling best pun pencetak kuih raya! Hahahahaha!
viii. Suka menyanyi tak kira lagu ape pun. Dan ianya tak terhad pada satu² genre dan bahasa. As long ianya sedap pada telinga aku, aku akan cuba menghafal dan menyanyikannya dengan bersungguh². Ada orang cakap kalau hafal lagu ni, susah hafal Quran. Tu yang agaknya beberapa surah yang pernah aku hafal masa sekolah tu banyak yang hilang! T_T
Sikit lagi.....sikit lagi......! (babak orang merangkak)
ix. Rasa sangat bertuah kerana mempunyai seorang ibu yang pandai memasak dan seorang abah yang pandai menghabiskan masakan. Hahahaha......jadik mungkin perangai kuat makan, aku dapat dari abah aku kot! Hehehehe. Kalau sape² pernah jumpa abah aku, nampak je macam sporting. Tapi beliau pernah campak aku keluar dari tingkap tuuuh! Jahat tak jahat la aku masa kecik dulu!
x. Mempunyai parut di sebelah kiri dahi merupakan tanda kenakalan aku masa kecik² dulu. Ianya hasil dari aku jatuh dari pokok jambu secara menjunam dan straight terus ke arah seketul batu yang besar dan tajam kat bawah pokok tu. Sampai kat rumah, adik aku menjerit² yang abang dia dah jadik hantu! Mana taknya, separuh muka dan berlumuran darah!
4. Macam biasa, tagged orang lain pulak
Aku sebenarnya tak nak tag orang ni. Sebab sian pulak orang tu nak menanggung 'siksa' sebagaimana yang aku tanggung ni! Tapi dah memang kena, maka aku namakan je la ek! Kalau satu jer boleh tak?
Fuh, abis jugak aku menaip akhirnya! Kepada yang lain² tuh, turut sama di jemput dalam acara ni ye!

Monday, March 23, 2009

Kelebihan......

Individu A :
Pengurusan diri = Cemerlang, Komunikasi = Sederhana, Kemahiran = Lemah
Individu B :
Pengurusan diri = Lemah, Komunikasi = Lemah, Kemahiran = Power giler!
Individu C :
Pengurusan diri = Sederhana, Komunikasi = Cemerlang, Kemahiran = Sederhana
Senarai di atas adalah analogi perbandingan antara 3 individu yang berbeza. Kita dapat lihat setiap individu walaupun hanya 3 orang diperbandingkan mempunyai perbezaan dan variasi.
Jadi wajarkah Individu A memandang rendah pada Individu B hanya kerana si B lemah dari segi pengurusan diri? Atau wajarkah Individu B rase best giler dan memandang negatif kepada dua individu lain hanya kerana dia memiliki kelebihan yang memang betul² melebihi dari dua individu lain?
Dan perlukah juga individu C juga bersikap seperti individu A dan B?
Kesimpulan kat sini yang boleh kita buat adalah : Nobody perfect! Tapi bila dah power, jangan pulak berlagak!

Thursday, March 19, 2009

Latihan yang 'Meriah'........

Selasa, 20 Rabiul Awwal 1430/17 Mac 2009, malam. Hari kedua latihan dalam minggu ini yang dijangkakan akan berlaku dan diharapkan tidak kesampaian apabila lokasi latihan di Kampung Seri Serdang keterputusan bekalan elektrik akibat kehadiran bintang² ping pong di persada KPYPJ. Hahahahaha.....perasan sendiri je tuh! Tak bintang mana pun. Cuma mungkin che pah je la yang boleh dianggap bintang di kalangan perserta wanita untuk kategori 'lightweight'. ^_^
Acara yang aku nanti² kan sepanjang minggu ini untuk membakar lemak² tepi di bahagian 'spare tyre' ini menjadi acara untuk aku manambah kadar kepadatan lemak tepu di bahagian² yang boleh dimuatkan lagi dengan bendasing tersebut.
Acara dimulakan dengan perbualan oleh ahli² ping pong dan badminton (kaff, reds, che pah dan gue) yang mana acara terbut diadakan bagi memastikan kebosanan berada di tahap yang sederhana bagi memangkin tahap kesabaran dalam menunggu jurulatih kami men'transform' kan dirinya kepada juruelektrik kurang bertauliah di samping dipantau oleh juruelektrik bertauliah yang kami tak pasti ada ke tidak pada masa tersebut.
Semasa perbualan ringan tersebut berlangsung, beberapa lagi individu yang berminat untuk berkecimpung dalam acara ini turut serta bersama kami. Antaranya haji peramah (quote dari kaff) dari surau Taman Tampoi Utama dan rakan se'pingpong'annya yang dikenali sebagai brader razak. (ye ke?) Namun kehadiran mereka hanya dilayan oleh kaff kerana kami bertiga (gue, reds n che pah) seperti tidak sealiran dengan cerita yang beliau bawa.
Selepas beberapa ketika, timbul idea untuk minum (walau telah beberapa kali di sebut). Kami berempat (tanpa mempelawa Haji peramah dan rakannya) lantas keluar dari kawasan dengan kereta kaff. Terus menuju ke restoran berdekatan (Habib) dan lantas memesan tosey sebagai pembuka selera kerana ura² untuk ke taman U di sarankan untuk menikmati nasi ayam penyet pula jika bekalan elektrik masih lagi terputus sejurus tosey di'setel'kan.
Setelah hampir setangah jam mengomel dan berceloteh, kaff lantas menghubungi En. Us untuk bertanyakan perihal elektrik. Harapan terus berbunga apabila kaff memaklumkan yang bekalan elektrik masih tiada selepas dia menghubungi En. Us, selaku pengurus kami. Dan tanpa berlengah, kami ber4 menuju ke lokasi latihan untuk mengambil kereta reds dan terus ke lokasi seterusnya iaitu Taman U.
Dipendekkan cerita, aku begitu kekenyangan malam tu kerana sepinggan nasik ayam penyet sedangkan mereka bertiga telah berkongsi makan sepinggan jek. Dan ianya merupkan hidangan nasik yang ketiga aku pada hari tersebut! Hahahaha.....bertambah gendut la perut ku ini! T_T
ps: Foto² mangsa (ayam penyet) dan suspek (kami) pada malam kejadian boleh didapati di kedai gula² yang berhampiran. ^_^

Friday, March 13, 2009

Ke Pangkuan Ku..........

PC aku telah kembali ke pangkuan. Dan 'beliau' dah pulih. Cuma.....beberapa 'gejet' yang pernah di'install' di dalamnya telah tiada. Walaubagaimanapun, aku harus bersyukur kerana:
1. Tempoh pemulihan'nya' tidak lama
2. 'Barang' yang perlu ada di storannya masih ada
3. Aku masih mempunyai pc yang berinternet.......hehehehehe
Mungkin hari ini, aku perlu mencari laman² web yang sering dilawati dan menyimpan semula beberapa 'cookies' (ye ke tuh?). Kerja² meng'install' beberapa software juga perlu dilakukan hari ini agar pagi Isnin depan aku tidak terlalu terganggu dengan beberapa perkara yang aku anggap remeh dan 'rencam' nih.
Adussss......satu hal lagi nak ingat balik semua² tuh! huhuhuhuhu!

Wednesday, March 4, 2009

PC ku lagi.......

Hahahaha....cuba tengok, dah berapa hari/minggu aku tak buat posting!
Sibuk? Tak sangat!
Boring? Pun tak berapa!
Tak de idea? Adalah sikit² kerak idea ni!
Line hancus? Hmm....mungkin!
Sebenornya......
Pc aku ni hah, buat pasal! Ntah apa pe'elnya. Boleh prob plak windows nya! Juruteknik plak 'sibuk'! Huhuhuhuhu! Bila nak ok balik pc aku ni! T_T

Friday, February 20, 2009

Oh, henpon.......!

Objek merah hitam yang dibalut dengan sarung kulit gelap yang aku pasti menggenggamnya dengan erat, tiba² berada di udara beberapa ketika di dalam hujan sebelum ianya jatuh di dalam lopak air sedikit jauh dari tempat aku berada. Objek itu terus tenggelam di dalam takungan air itu tanpa meninggalkan sedikitpun bahagian yang ada mencungap ke permukaan!
"Aaaaaaa.......henfon aku!"
Beberapa ketika kemudian ayat itu la termuntah dari mulut. Dan dengan segera aku berlari mengambilnya dari dalam lopak air berkenaan dan terus masuk ke dalam kereta kawan aku. Di dalam kereta, aku cuba membelek Nokia 5630-Xpress Music itu yang baru setahun aku miliki. Alhamdulillah....skrinnya masih menyala seperti biasa, cuma aku tak pasti bahagian dalamnya sahaja. Aku cuba mematikannya sebagai langkah keselamatan.
"Jangan buat ape² beb, biar je sampai air dalam tu tus."
Nasihat rafee apabila dia nampak aku cuba mematikan henfon aku yang agak malang tu. Aku yang kebingungan, menuruti sahaja nasihatnya. Dan dalam kereta, beberapa nasihat diberikan dan aku hanya mengangguk dan memikirkan, macam mana la boleh terlepas dari tangan? Terus masuk dalam lopak air pulak tu, tenggelam!
Setelah sampai di terminal larkin, aku terus menuju ke kaunter tiket untuk ke muar dan perjalanan jam 5 petang aku pilih untuk dijadikan waktu yang sesuai untuk aku bergerak. Kaki terus di hayun ke masjid di terminal tersebut untuk solat asar. Ketika aku berada di rakaat terakhir, aku terdengar deringan datang dari henfon yang ku letakkan di dalam bag galas aku. Berkali² ianya berbunyi dan aku seakan berasa lega kerana seperti yakin yang henfon aku masih berfungsi dengan baik. Setelah salam kedua, aku terus mencapai bag dan mengeluarkan henfon dengan niat untuk menjawab panggilan yang datang dari bos aku.
Cuak lantas melekat di hati apabila butang henfon yang aku tekan tidak memberikan sebarang respon terhadap sebarang tindakan yang aku buat! Terasa pasti yang litar henfon di dalamnya telah mengalami litar pintas! Huhuhuhu.....waaaaaa! Aku simpan semula henfon di dalam bag walau ianya masih berdering. Terus melangkah ke luar, pakai kasut dan mencari tempat yang sesuai untuk aku usahakan apa yang boleh terhadap henfon tersebut. Tanpa membuang masa, aku terus membuka bahagian belakang henfon tersebut dan mencabut baterinya. Kembali aku masuk kan di dalam bag. Termenung seketika sambil berkira bajet untuk membeli henfon baru. Duit lagi........huhuhuhuhuhu!
Ape pun keputusan akan aku buat setelah aku pulang dari KL, melawat anak bongsu abang aku yang dikhabarkan berada di dalam ICU. T_T

Wednesday, February 11, 2009

Pak cik........

Sedang aku melayan kisah Karpal Singh cuba menyaman Sultan Perak di Bulietin Utama TV3, datang seorang student UiTM ke meja aku (meja cashier).
"Saya nak amik pesanan atas nama nadia."
"Jap ek"
(sambil membelek beberapa bungkusan polestrin kat atas meja)
"Wokeh, nadia punya dah siap!"
"Berapa semua pak cik?"
Hoh, pak cik? Aku merentan dalam hati. Namun aku gagahi jua panggilan tersebut disarungkan pada aku.
"Sembilan hinggit lima puluh sen jek."
Setelah transkasi di buat...."terima kasih pak cik!"
Dan sekali lagi aku menahan ketidak puashatian dalam hati aku ni. Pak cik? Tua sangat ke aku pada pandangan budak ni! Huhuhuhuhu.....T_T
Esoknya aku bercerita pada kawan dengan hajat meraih simpati. Rasional aku menyatakan yang aku tak kisah kalau orang panggil 'pak cik' sekiranya aku dah berkahwin. Tapi situasi sekarang ni, aku belum kahwin, dah kena panggil pak cik.
Habis sahaja aku bercerita, kelihatan muka kengkawan aku yang berkulit cerah bertukar merah, menahan gelak. Dengan bermodalkan sedikit sengih dari aku, terlepas lah gelak besar dari diorang!
"Kah, kah, kah.....Hahahahahaha......pak cik!!!!!"
Aku hanya mampu senyum, tersengih dan akhirnya turut sama melepas gelak. Dan tak dinafikan cerita tu kelakar pada aku dan kengkawan aku! Namun, hakikat tetap aku kena terima, 'aku dah semakin tua!'