Tuesday, May 26, 2009

Tewas........

"Din tu main pin pong setahun jek, dulu teruk kena belasah. Abang pun tak ingat masa belasah dia dulu. Lepas setahun, abang pulak kena belasah dengan dia!"
"Setahun je bang? Macam mana dia train ek? Setahun je tuh!!!"
"Dia main sungguh², fokus, selalu turun....main dengan yang pro."
"Oooowwhhhh........"
Setahun je dia latih diri dia untuk sampai ke tahap pro. Hampir hari² dia latih diri dia. Selalu ajak pakar² main sama. Dan tak malu kalau kalah bila main dan terus mencuba.
Aku?
Rase dah nak dekat sepuluh tahun aku main ping pong nih. Main pun kadang². Rasa nak majukan diri macam tak de. Main hanya untuk menang jek. Tu yang malam tadi kena belasah dengan pemain dari UTM yang mengaku dah lama tak main ping pong. Dah lama tak pegang bat ping pong pun boleh kalahkan aku tanpa bersusah payah! Kalau dia latih hari², silap².....belum main dah kalah!
Memang malam tadi agak meriah, kerana ramai pemain ping pong YPJ yang turun. Campur pulak dengan pemain² import power². Di tambah lagi dengan pemain² pihak lawan dari UTM yang 'dah-lama-tak-main' tapi power. Cuma dalam kemeriahan tu, aku rase agak kecewa, geram, tak puas hati dan beberapa lagi perasaan yang tak best bercampur².
Apa yang aku rase itu, telah ku ceritakan kepada beberapa rakan se'ping pong'an agar ringan sedikit bebannya berbanding bila ia tidak diluahkan. Namun ianya tidak dapat menghakis sepenuhnya perasaan tersebut.
Tidak dinafikan pemain luar menambahkan lagi pengetahuan, kemahiran, teknik serta taktik permainan. Namun ianya menjadi sia² sekiranya ape yang mereka ada tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain² paling amatur macam aku nih!
Hmmm.....bila la aku agaknya aku nak mahir skill spin? T_T

5 comments:

fadh said...

ala halim.. emo benda kecik laa lim...

jangan tewas as a khalifah Allah tu lagi penting tau!

ni semua duniawi beb!!!

diulangi... DUNIAWI!!

:D (kalah ustaz akil baligh kan)

Anipah Ahmad said...

Cik lim...jgn la frust sgt. Kt kena buat post mortem nape takat camni jer kemahiran n kehebatan kt. Katakan kt berlatih 2 bulan ea; 1kali x seminggu x 2bulan, mksdnya utk mengharapkan menjadi hebat kt cuma berlatih 8x jer? Logik ker tu?
Lain la kalau kt dah sememangnya berbakat di tambah pula dgn berlatih 2jam sehari x 5hari seminggu x 20bulan. Kalau kalah memang patut frust tertonggeng. Dah ea..jgn sedih ea..nanti kt makan aiskrim calong. Cik lim punyer yg 3calong tu. Hehe. Nanti kt kena gosip berterusan ni...

Nanie Harris said...

Apa yg frust tu? citer lah skit....

malkomal said...

xpe lim.. yakin boleh rakan muda..
jangan putus asa.. sambil tengah keje pun tangan praktis pukul bola ping pong.. orang2 tengok2 sengih2 bisik2 pun buat bodo je tau.. ganbatte..

artakus said...

fadh: baheeek lah ustazah akil baligh!

che pah: ni tgh frust, saya nak 13 calong! hahahaha

reds: hehehehe....aku dah citer kot.

malkomal@eves: kweh kweh kweh! tq bebeh!