Wednesday, June 24, 2009

Aku yang tak tabah......

Entah kenapa tiba² diri aku macam nak rajin. Aku bongkar fail yang berada dalam kabinet dan membuat percubaan untuk mengemas barang² yang bercampur dengan fail² jugak yang berada di belakang meja aku. Bila diselak barang² tersebut, wah....ni dah boleh buat zoo! punye lah bersepah dan berselerak. Mujur tak terfikir nak amik gambar. Kalau tak, boleh aku letak kat blog ni untuk tatapan semua. Hahahahaha!
Alternatif tersebut terdetik apabila aku mula mengimbas pc aku yang kelihatanya dijangkiti virus. Ditambah pula antivirus yang di'install' di dalam pc aku ini telah obselete. Maka berpesta pora la virus² tersebut dalam pc aku nih hingga menyebabkan YMnya menghantar mesej² berbahasa siam seperti dirasuk jin dari kepulauan Phuket.
Dan hari ni, bila perasaan rajin tersebut telah mula pudar akibat terendam dalam laut santai semalaman menjadikan pemandangan opis yang dipenuhi dengan barang² semalam begitu menyerabutkan kepala. Tanpa menghiraukan barang² tersebut, aku terus duduk di meja melihat hasil imbasan antivirus yang dibiarkan tidak bertutup dari petang semalam.
10 minit yang pertama di hadapan monitor menyebabkan aku langsung lupa dengan keadaan sekeliling. Minit yang ke 11, barang² tersebut mula merimaskan bucu mata. 15 Minit seterusnya, punggung aku mula terasa panas apabila bos aku dah masuk ke pejabat. Walaupun beliau tidak bertanyakan barang² tersebut, namun sebagai staf aku wajib berasa malu kerana membiarkan ruang pejabat dia biar seperti tempat pembuangan sampah MBJB.
Arrrrgh.....kenapa la aku tak setelkannya semalam???

5 comments:

malkomal said...

oooo patutlah aku slalu dpt YM dari ko yang berunsur menjual2 barang2 dan segala promosi pelik2..

ko kena 5S kan ruang keje ko.. bior kemas mcm aku.. hahahaha..

asuhara sue said...

ye aku ponnn!

Unknown said...

aku ponn!..tak kemas..hehe

Anipah Ahmad said...

Ayatt...punyer la sasterawan. Tu simbolik kepada pencatatnya. Bl dah tenggelam dalam kata2...lupa dunia sekeliling...tak peduli keadaan...wl situasinya spt stor barang2terpakai SWM. Hik3..sila la marah...

The Sleeping Sheep said...

pergh.. camne keje nak siap .. siap marketing lagi nih...

meja tu kemas sikit , nanti tikus duduk buat sarang nanti lagi bahaya, habis paperwork buat alas baby tikus

hahahahaha

apa apa pun pagoh rulez! (ko org panchor lah , jgn lupa dan slalu balik kg, nanti boleh layan kuda longkang)