Sudah hampir 2 minggu blog ini tidak berisi entri baru. Bukan kerana terlalu sibuk dengan kijer² pejabat. Tetapi lebih kepada terlibat dengan program² luar yang memang tidak melibatkan kijer² seharian aku.
Kali terakhir aksara² ini terukir di kotak posting, aku masih berada di Kuantan. Itupun mengharap kepada ehsan aris a.k.a mr. reds yang membawa lap top dan jalur lebarnya ke Pesta Sukan Antara Yayasan PESAYA selama seminggu. Jika tidak, jarak blog ini tidak berposting meningkat dari 2 minggu ke 3 minggu dan sekaligus memecahkan rekod paling lama blog ini tidak disentuh oleh sebarang entri baru.
Tidak banyak yang dapat aku ceritakan tentang PESAYA kerana citer yang lebih mantap dan menarik boleh diperolehi dari mr reds, tokeh gula² dan budak selambe. Cuma aku rasa agak gembira kerana dapat menyumbangkan sedikit mata dalam kejayaan pasukan ping pong meraih tempat kedua dalam kategorinya. Seterusnya menyumbang mata yang agak besar untuk kejayaan kontinjen dari Johor. Caya lah korang!
Ruang terus dijarakkan apabila aku dilantik untuk menjadi salah seorang AJK untuk Program KPYPJ bersama Media yang diadakan di OBS, Sekakap, Mersing selama 2 hari, Rabu dan Khamis pada minggu berikutnya. Sebagai AJK yang ditugaskan untuk memastikan penginapan dan tempat dalam keadaan yang memuaskan, aku bergerak sehari lebih awal ke sana. Hasrat hati untuk mengisi entri baru berkaitan PESAYA sehari sebelumnya pula gagal, kerana talian internet di pejabat aku gagal berfungsi apabila aku naik ke pejabat pada hari Isnin.
Sekembalinya aku ke JB pada hari Khamis, masih tidak memberi ruang untuk mengutus entri. Ini kerana cuti yang aku pohon untuk pulang ke kampung pada hari Jumaatnya pula telah lulus. Dan kepulangan aku ke kampung pada tgh hari Jumaat itu, terus membuka jurang jarak blog tidak berposting baru.
Dan awal minggu ini, Isnin bersamaan 21 Jamadil Akhir 1430 / 15 Jun 2009, aku tanamkan tekad untuk mengisi entri baru. Setidak-tidaknya pada hari terakhir pada minggu bekerja. Kerana setelah diselak jadual 'kerja luar' (outstation), kelihatan beberapa kotak yang mewakili hari untuk minggu ini, agak rapat dengan lorekan - tanda ada tugas luar. Hehehe.....macam bz benor je aku nih!
Dan....akhirnya kesepian blog ini dipecahkan dengan entri ini. Entri yang berjaya aku taip pada petang Jumaat (25 Jamadil Akhir 1429 / 19 Jun 2009) hanya dapat menyatakan yang aku masih di sini, tanpa sebarang larikan² foto yang biasanya menghiasi blog rakan² se'blog'an. Dan insya Allah.....selagi aku masih diberikan kekuatan oleh yang Maha Pengasihani, aku akan terus mengetuk papan kekunci ini untuk menyatakan yang aku masih diberi peluang untuk menghiasi alam ini, merencah babak hidup rakan² dan dimanfaatkan oleh insan² di sekeliling yang memerlukan. So...i'm yours!
5 comments:
cayalah artakus! terubat skit rindu
Lim , bila ko bagitahu yang ko balik kampung ..Aku terus teringat kampung aku jugak tau. Of course Pekan panchor ... Walaupun pekai koboi tapi pekan tu memberi aku seribu satu kenangan yang aku tak kan boleh lupakan . Waktu ko balik hari tu Pekan Panchor macam mana ek . Hujan ke panas ke ...
-Mohd Sabar-
nasib baik tak sempat bersawang blog ni..huhu
pergh... Lim ko gi mana blog tak update2 nih... camne nak aku follow up nih kehkehkeh
jgn lupa hon aku bila selisih jalan .. siot jer hari tu aku hon ko buat dek .. nak jer aku buat2 jatuh dlm parit dgn beskal buruk aku , supaya ko notice aku .. kehkehkeh
apa2 pun bro.. panchor rulez!!!
reds: hahahaha...saje je ko ye!
iman: waktu aku balik hari tu, cuaca panas dan lembab sepanjang tahun! hehehehe
kaff: aku sempat bubuh insect repllent la beb! hehehehe
toyota: hahahaha.....sape je la ko ni toyota! panchor pun panchor la walaupun aku pagoh! ^_^
Post a Comment