Thursday, July 2, 2009

Durian.........?

Hujung jari terus diurut² di bahagian belakang kepala, terutamanya di bahagian medula oblonggata. (betul ke aku eja tuh?) Sakit mula dirasai apabila aku mula memegang stereng kereta untuk pulang semula ke JB. Sakit terus menjadi² apabila mula meluncur laju di lebuh raya melepasi pondok tol Pagoh. Aku amat berharap sangat agar sakit ini tak terus melarat sehingga mengganggu pemanduan berhemah aku. Hehehehe!
Rabu, 8 Rejab 1430 / 1 Julai 2009 merupakan hari yang dijadualkan untuk aku melakukan tugas luar, di daerah Muar. Setelah selesai melakukan tugas, pengurus di situ mengajak aku bersama dengan bos aku untuk makan tengah hari dan durian adalah hidangan yang disajikan sebagai pencuci mulut.
Masya Allah....banyaknya durian. Ni kalau kaffi nampak ni, boleh makan sampai tertido kat sini! aku berbisik sendiri.
Sambil itu Pak Lah selaku 'pengerusi majlis' pada petang tersebut, rancak bercerita. Dan beliau mempelawa aku untuk makan durian yang telah dihidangkan. Dengan niat hanya menjamah, aku terus mengambil ulas yang paling comel pada pangsa yang telah dibelah.
Sedang asyik mendengar Pak Lah bercerita dan dengan durian yang masih berada di tangan, tiba² aku mula terasa badan aku meningkat paras kehangantannya. Aku toleh ke arah pinggan yang mengumpul biji durian, sisa aku makan. Waaaah......dah 10 ulas aku makan durian hari ni. Patut la terasa macam panas. Campur yang aku dah buang dalam plastik hitam, ada la belas² ulas agaknya. Macam tak percaya je aku boleh makan banyak tuh! O_o
Dan akibatnya, keadaan badan agak tidak selesa pada hari tersebut dan membawa ke hari yang berikutnya. Pening, perut rasa tak selesa dan yang paling best asal sendawa jek bau durian. Rasa nak cover je bau tersebut dengan sendawa dalam plastik! Hahahahaha!

Gambar ulas durian yang menjadi mangsa terakhir 'kelupaan daratan' haku.

4 comments:

Unknown said...

perghh..bestnya...awat hang tak bawak balik na??

The Sleeping Sheep said...

apalah awak ni.. lain kali bawak la sikit bagi kawan kawan kat opis... ini makan sorang sorang lepas tu post gambar jer...

asuhara sue said...

tu ler, makan x hengat akuh!

artakus said...

kaff: bawak balik, tapi orang lain dah amik. sori!

toyota: hehehehe....manaa ada makan sorang. makan dengan bos tuh!

asuhara: ish...nak ingat mcm mane, syok dengar citer! ^_^