Friday, October 16, 2009

Mulut......

"Ish.....kuih ape ni? Mcm syedap jek!"
"Mok teh kau kasik tadi, dia baru belajar buat. Makan ler"
Kuih dipotong lalu di masukkan dalam mulut berpipi tembam dengan rakusnya
"Ish....tak sedap lah kuih nih. Ntah apa² la mok teh ni buat kuih. Rase mcm lori Majlis pun ada!"
"Ish....kamu ni, tak baik ngate mcm tuh. Kan orang kasik tuh......"
"Memang tak sedap!" (Sambil diludah² dengan rase hina)
Aku pernah melontar kata² di atas tanpa memikirkan implikasinya. Tak pernah sedikit pun aku terdetik aku menarik balik kata² tersebut. Menghina dengan sesungguh-sungguhnya. Dan aku rase sekiranya sikap itu aku bawa hingga sekarang, tidak mustahil aku sanggup untuk melempar hinaan tersebut terus depan² ke muka yang dihina. Astaghfirullaaaaaah!
Alhamdulillah aku mempunyai ibu yang acap kali menegur aku bila aku merungut akan pemberian orang lain yang tidak dipinta.
Berterima kasih juga aku dihantar oleh ayahku ke sekolah yang mengajar aku untuk bersyukur kepada setiap sumbangan orang lain yang diberi secara percuma.
Kalau tidak, hmmm.....aku akan jadik seperti orang yang pernah aku lihat bergitu² dengan pemberian dan berini² dengan sumbangan. Cukup lah kau tidak mengambil lagi apa yang telah diletakkan di hadapan kau. Jangan sampai tempias celupar mulut kau masuk ke dalam pemberian ikhlas sang pemberi kerana mungkin orang lain suka pemberian yang bentuk sebegitu atau rasenya sebegini.
Cuma terkadang kata² itu terkeluar dari mulut walaupun tidak sezalim ayat di atas akibat hanyut di lautan akibat lupa daratan.
Mungkin ada yang akan mengungkap
"aku tak mahu jadik hipokrit!"
Maaf, tolong buka kamus dan pelajari dengan lebih baik tentang perkataan hipokrit! Kemudian datang semula berjumpa dengan aku dan kita boleh bermuzakarah dengan lebih baik dan telus tanpa dibias dengan kaca emosi untuk melindungi cela sendiri.
Entri ini tiada tersentuh oleh mana² situasi. Hanya untuk ingatan sesama kita untuk direnungi. Dan ianya lebih cenderung ke arah pemberian, bukan perkara² yang melibatkan pembelian.

5 comments:

Ahmad said...

hipokrit tuh sama dengan munafik ke bro? XD

alamat blog sudah bertukar tau.. ^_^

Cikgu Zam said...

tinggi nya pengorbanan orang tua kita kan, tak ternilai

Anipah Ahmad said...

Tak sangka la...dulu2...cik lim ada melontarkan kata2 tak syedap pada makanan. Tp rasanya skrg semua makanan syedap kan cik lim. Hehe.

Selalunya bl ada entry camni...mcm ada sesuatu mksd yg cik lim nak sampaikan. Sebab...sepengalaman sy...cik lim akan membuat peneguran secara berkias n berlapik. Sape la yg mulut laser mengata2 makanan yg tak sedap tu agaknya la ek?

artakus said...

gunblade: kalau ikut kamus dewan, macam same. ^_^

cikgu zam: betul tu cikgu!

che pah: ish....mana ada. untuk peringatan bersama jek. kalau iye sekali pun, takkan la saya nak bgtau! hehehehe

Ahmad said...

memang sama kot...

hehehhe... jadi berjaga-jagalah kita terhadap golongan sebegini, jaga2 kot2 kita teraniaya tuh satu hal....

... kene jaga2 jugak kot2...

..... kita pon tergolong dalam golongan tuh jugak.. T_T (na'uzubillah)