Monday, October 26, 2009

Terima kasih.......

Jumaat, 27 Syawal 1430 bersamaan 16 Oktober 2009 aku telah menerima panggilan dari seseorang yang aku agak tidak jangka. Suara yang agak aku kenali itu cuba mengusik² dengan pertanyaan "kenal tak siapa nih" terus ku kenali apabila beliau ketawa. Sebaik sahaja aku pasti akan pemilik suara tersebut, hati aku terus berdebar², cuak, seram dan takut bersilih ganti menduduki carta pertama di kerusi 'perasaan-paling-dirasai' waktu itu.
Dengan perlahan, beliau terus berkata, "Halim, saya baru dapat surat yang ada menyatakan nama awak di sini....." dan dia terus membacakan isi surat berkenaan.
Dan pada ketika itu, perasaan² 'hempeh' yang aku rasekan tadi bertukar menjadi satu perasaan gembira yang teramat. Rase seperti kaki tidak jejak ke bumi. Begitu gembira sehingga aku lupa bagaimana bacaan sujud syukur yang pernah aku pahat di hati ini.
Hanya kalimah 'Alhamdulillah' dan 'Terima kasih' berjaya aku ucapkan dengan lancar tanpa sebarang sekatan. Selain dari perkataan itu...ntah ke mana menghilangnya kalimah² manis lain yang biasa menjadi siulan harian. Dua orang rakan aku bertanyakan ape yang begitu seronok sekali akan panggilan tersebut. Namun aku tidak begitu mengendahkannya kerana berniat hendak berkongsi dengan orang yang telah aku kongsikan usaha aku untuk memperolehi khabar gembira tersebut.
Tetapi sehingga saat ini, aku tidak dapat berkongsikan dengan rakan tersebut akibat hal² yang tidak dapat dielakkan. Setelah aku menyedari yang ianya agak mustahil merealisasikan niatku itu, lalu aku coretkan di sini bahawa aku telah menerima satu berita gumbira, tanpa dapat merangkapkan butiran berita gembira tersebut. Mungkin ianya hanya berita biasa² sahaja pada orang lain. Tetapi ianya begitu bernilai, berharga dan bermakna untuk aku!
Terima kasih kepada rakan², kawan² dan sahabat² yang membantu dan terima kasih tuhan kerana memperkenankan hajat hambaMu yang jahat ini, dan terma kasih juga kerana memberkatikan usaha rakan² aku yang tidak jemu membantu aku! TERIMA KASIH semua!!!
p/s: entri ini adalah berkaitan dengan entri yang bertajuk "Truuut....truuuut......."

12 comments:

Cikgu Zam said...

semoga gembira dan bahagia selalu ye, AMIN, AMIN, AMIN (",)

Anipah Ahmad said...

cik lim...bagitahu la sy. berdebar2gak sy nak tahu berita gembira ittew. dapat respons dari aweks yg cik lim usha tu ker?
sms ea..bagitahu. jgn tak bagitahu tau.

Mohd Sabar & Rafieah said...

Lim kalau dah suka jangan tungu lama-lama. Ko tahu kan burung merpati nie walaupun jinak kalau nak di pegang dia lari ha ha ha jadinya kena ada jarinh wah wah wah

-MSabar-

artakus said...

Cikgu zam: terima kasih! 88x

che pah: hehehe....mana ada citer pasal aweks che pah oooiii...! adalah, nanti sampai masa akan ketahuan jua. :)

iman: hahaha....mana ada incik sabar oooii...! citer ni tak de kaitan dengan aweks² ^_^

cinta said...

jgn lupe belanja kengkawan en.halim :p

Nanie Harris said...

Apa ni Halim?

Aku x sabar nk tahu ni?

Huih!

The Sleeping Sheep said...

saya tumpang gembira juga untuk en.halim

little lady in red shoes said...

apa niiiiiiiiiiiii?????
kongslah ngan adik halim...adik good listener and best secret keeper tau!!!!

little lady in red shoes said...

share lahhhhh....x dapat berkongsi ngan saudara/i tu...kongsilah ngan saudari niiiiii ye...hehehe

artakus said...

cinta: belanja? hehehehe...

reds: hahaha...ada masa nanti, tau la!

toyota: thanks

lil lady: haah, memang percaya kat adik! ada masa cek bagi tau naaa! ^_^

asuhara sue said...

lim, apa pun, omedetou...
weh, jgn lupa open table bila kengkawan balik jb yek!

Miss jane said...
This comment has been removed by a blog administrator.