Wednesday, November 18, 2009

Ngeri sioooot.........

Kecut di perut tak hilang lagi. Walaupun telah hampir 24 jam , masih lagi terasa ngerinya bila terkenangkan kembali video yang ditonton di PC rakan aku. Perut hanya kelihatan kembang pada zahirnya (sebab aku boroi), namun di bahagian dalamnya masih tidak pulih seperti sediakala (kiasan secara bahasa untuk 'kecut perut' ^_^).
Ia terjadi akibat aku tertarik dengan satu video di atas desktop monitor rakan aku di pejabatnya yang bertajuk SULA. Akibat rasa ingin tahu, lantas 'pointer' tetikus diluncur ke ikon tersebut dan dengan pantasnya jari menekan butang double klik untuk membuka video tersebut.
Dan seperti tajuk video tersebut, ianya memaparkan tentang hukuman sula dijalankan secara 'LIVE' (maksudnya bukan lakonan.....agaknya lah) yang dirakamkan untuk tujuan dokumentari.
Dimulakan dengan keadaan seorang lelaki berkulit gelap yang meronta² ketakutan, disusuli dengan seorang lagi lelaki berbadan besar yang berada di belakangnya memegang sebatan kayu runcing sebesar ibu jari kaki aku. Kemudian kamera difokuskan kepada punggung lelaki tadi yang tidak berseluar, lalu dimasukkan perlahan² ke dalam......aaaa....tak yah sebut kot. Rakaman diteruskan dengan kamera difokuskan kepada muka lelaki yang dijatuhkan hukuman tadi yang semakin meronta² kesakitan. Kemudian beberapa orang yang berada disisinya yang memegang lelaki tadi, membangunkan untuk 'mencangcangkannya' di atas kayu yang telah ditusuk di ehem² nya tadi. Setelah didirikan, dengan perlahan² lelaki tadi 'melurut' ke bawah dan hujung kayu runcing tadi dilihat menembusi bahu kiri lelaki tersebut. Kemudian lensa difokus kepada kayu yang berada di bahagian bawah lelaki tadi dengan darah yang banyak mengalir.
Rakaman ditamatkan dengan tepukan penonton yang berada di sekeliling tempat hukuman.
Amacam? Ngeri tak?
Sekiranya ianya berlaku di hadapan mata kita sendiri, pasti lebih ngeri dan menakutkan. Betul tak? Dan sekiranya kita berperasaan begitu, adakah kita berani untuk berbuat kesalahan (dosa)? Dan apabila ramai yang takut untuk berbuat kesalahan akibat takut dihukum sedemikian, insya Allah.....masyarakat akan menjadi lebih baik dan negara menjadi lebih aman. Dan sebagaimana yang kita tahu, setiap apa yang disuruh di dalam Islam, ada hikmahnya. Dan tujuan di jalankan hukuman di khalayak ramai adalah untuk memberi peringatan dan keinsafan kepada yang lain dan bukan untuk mengaibkan.
Tetapi apa yang berlaku zaman ini, segala kesalahan dan hukuman begitu 'disembunyikan'. Sehingga merotan pelajar di khalayak ramai (untuk tujuan iktibar kepada pelajar lain) juga mendapat tentangan dari sesetengah pihak. Menjadikan 'bakal' masyarakat begitu 'manja' dan tidak takut untuk melakukan kesalahan bahkan dosa dianggap sebagai perkara yang ringan yang boleh dibilas dengan ungkapan "dah tua esok, aku taubat lah".
Kepada sesiapa yang ingin melihat sendiri video tersebut, cari la sendiri. Nak letak kat sini....heee...ngeri lagi rasenya. Ape pun, tonton lah untuk peringatan diri sendiri. Yang rase diri lemah semangat tu, mintak kawan citer je la. ^_^

5 comments:

Cikgu Zam said...

ya ya ngeriiiiiiii, saya yang baca dan tak pernah tengok lagi pun ngeriiiiiiii, aduhhhhhhh sungguh mengerunkan. Bersama kita menginsafi diri kita

Cikgu Zam said...

bagus juga saya baca sekali lagi cerita ini sebab dapat kuatkan lagi menginsafi diri, takut dan gerun kan,. Kisah yang tuan kongsikan ini wajar diketahi oleh ramai orang terutamanya masyarakat islam dunia. Jom pakat2 share...

Ahmad said...

ngeri.. sangat ngeri..

rasanya dalam hukum hudud takde kot hukuman sula.. sbb basically hudud adalah menghukum pesalah tanpa mengaibkan mereka...

plus, sula nih macam terlalu kejam, death in syariah is suppose to be swift, cepat mati untuk pesalah tetapi cukup ngeri untuk yang melihat..

i'm no scholar, but yeah, i agree with the fact that we should punish the criminals in public, but I am against "sula" until a person can bring forward proof that it is endorsed in the syariah.. XD

nice posting bro, terkemut aku bila baca har har har har...

asuhara sue said...

fuhhh...

artakus said...

cikgu zam: hehehe...dah tgk ke?

gunblade: hmm...tu la, kena carik betul² tuh. apa yang penting keinsafan.

asuhara: 'fuh' je ke? ^_^