Monday, November 16, 2009

Sudut 'Keras' Tangan.......

Proses membuat bendera Uruk Khai (askar jahat dalam Lord of the ring: The two towers)

1. Letak tangan di atas kaca mesin fotokopi (lazimnya orang panggil fotastate)

2. Tekan butang menyalin untuk saiz A4

3. Gunting bahagian yang tidak diingini (bahagian gelap yang berada ditepi bentuk tangan)

4. Lapik bentuk tangan tadi dengan kertas A4 lain.

5. Salin-besar kannya kepada saiz A3 (lebih kurang 141% saiz dibesarkan)

6. Ukur di atas kain bendera (kalau tak puas hati, boleh besarkan lagi)

7. Memang tak puas hati dan dibesarkan lagi. Oleh kerana mesin fotokopi tak boleh masuk saiz A2, maka alternatif yang agak kreatif dilakukan.

8. Apabila telah pasti yang saiz tak boleh (malas) untuk dibesarkan lagi, gunting gambar tangan yang telah menjadi semakin hitam mengikut bentuk yang diingini.

9. Letak di atas kain bendera, dan lakar menggunakan pensil

10. Step yang paling mencabar untuk orang paling pemalas: menampal reben (ribbon) sedikit demi sedikit mengikut lakaran yang telah disurih menggunakan gam silikon yang dipinjam dari orang lain. Masa yang dianggarkan adalah 3 jam (bergantung kepada kepakaran)

11. Bentuk bendera siap seperti di bawah:

Tujuan : Lambang bendera untuk pasukan Hijau bersempena Hari Keluarga KPYPJ.

Maksud Tangan : Kerjasama (Padahal tak de idea nak taruk gambor ape kat bendera tuh! Hahahaha)

3 comments:

Cikgu Zam said...

wahhh, belajar jat mane buat tu?? sebelum ni saya tak pernah pun tahu

little lady in red shoes said...

hahaha!! tahniah utk halim yg berusaha keras memastikan bendera uruk khai paskan kita tercipta dgn sempurna...sorry...masa pembikinan adik x dapat bersama2...tahniah n trima kasih yg tidak terhingga utk halim!!!! CAYALAH!!!!!!!!!!!!!

artakus said...

cikgu zam: hmm...tak ingat la belajar kat mane! :p

lil lady: tak pe la adik, gue pahem! yang eden tak paham nih, dengan mereka² yang hidup 'tak campur orang' nih!

thank anyway kerana meluluskan cadangan 'tangan' tuh! ^_^