Bermula Isnin yang lepas (11 Muharram 1431 / 28 Disember 2009) unit aku telah ditambah seorang lagi staf yang berfungsi sebagai Pegawai Audit. Puan Zaidah Sohib(us samahah) telah dipindahkan dari Bahagian Latihan & Khidmat Runding ke Unit Audit Dalam & Kualiti atas dasar untuk mengecilkan kos operasi (kononnya lah!)
Dan pada hari ini, Rabu (13 Muharram 1431 / 30 Disember 2009) beliau telah memulakan tugas beliau setelah beberapa urusan beliau di unit lama selesai kerana perpindahannya diberikan notis yang agak pendek (Khamis bagi surat, Isnin kena pindah! Gila ke hape?).
Aku? Seperti biasa dan buat² macam biasa jek. Buat kerja dengan lebih rajin....(kot). Cuma aku berasa sedikit canggung kerana dah biasa dok sensorang dan beberapa 'aksi' yang sebelum ini bebas aku lakukan tanpa segan silu, terpaksa aku kawal dengan penuh 'sopan santun' dan 'berhemah'. ^_^
Kepada pegawai baru, aku ucapkan selamat bertugas di tempat yang berisiko dan mudah terdedah kepada bahaya umpatan secara amnya dan bahaya santau secara khususnya! Hahahaha!
10 comments:
huahah.. sori ar no more gaya bebas.. somebody is watching you!!
jgn lupa jg k.zai elok2...aku amanahkan kat ko tau..
wakakaka...kelakonya. dulu sorang2 bl bos tiada. blh la buat apakebenda tanpa segan silu. skrg kena lebih sopan santun ea. apa pn zai ok per. blh la sekali bersekongkol. hikhikhik..
eh lim, bukan selama ni aku nampak le apa yg ko dok buat tu... ha len kali pandang2 sikiq nak buat apa pun kuikuikui....
skrg ni aku tgh tunjuk sign peace kat mata aku lepas tu tunjuk kat kau sambil mulut aku buat gerakan- somebody is watching u.huahuahua!
err..ko buleh cuba lakonkan sendiri!
tima kacih alim...akak datang audit alim plak kena control malu...hehehe...buat ajelah aksi alim mcm selalu tapi jangan menghairahkan sudah...hehehehe
skarang sudah takleh korek idung sambil main PSP, eh bro? har har har har
yeay..halim dapat akak baru! ada tempat nak bermanja manja pasni ek
Alhamdulillah, akhirnya senang skit ati aku ada gak org yg blh tgk2kan halim ni...klu x risau keras sorg2 kat situ....hehehe
Yg penting ko dh x sunyi dh lim...
malkomal: tu lah, nak buek mcm mano!
mem: eh, jangan la amanahkan kat aku, kat laki dia je cukup le. hehehe
che pah: tgk le nanti. jangan dia bersekongkol dengan che pah ngumpat saye plak nanti! ^_^
iman: shhhh.....jangan bgtau orang ape yang ko nampak! ^_^
sue: huhuhuhu....takootnye! kes kes kes! (pinjam ketawa ko)
zaidah: ghairah??? yang tu saya tak pernah buat kat opis! O_o
gunblade: korek idung tu aku kena p tandas, PSP...mcm tak dapat main lagi jek! T_T
kaff: manja? hoh, tak pe la. aku manja dengan diri sendiri jek! hehehe
reds: hahaha...giler ah! rase mcm budak sekolah plak. sunyi tetap bessssttt!!! ^_^
Post a Comment