Berapa kerapkah dalam hidup seharian, kita berasa hampa dan kecewa?
Kemudian cuba tengok pulak apakah yang menyebabkan kita berasa hampa dan kecewa.
Aku rase tak perlu aku perjelaskan maksud hampa dan kecewa kat sini, kerana ramai daripada kita dah tahu sangat akan 'rase' kedua² perasaan yang aku sebutkan.
Cuma, disini aku cuba nak menyatakan yang ada masanya kita boleh berasa hampa dan kecewa dan ada masa pulak aku rase kita tak boleh berasa sedemikian.
Pendapat aku:
Kita boleh rase kecewa dengan sikap kawan kita yang kerap menyogok alasan berjela² apabila lambat datang bila berjanji
tetapi;
Kita tidak boleh kecewa bila tiket wayang citer Avatar 3D yang kita nak sangat tengok dah habis pada hari terakhir ianya ditayangkan.
So...boleh nampak tak bezanya?
Aku cuba bagi lagi satu contoh:
Kita boleh kecewa dan hampa bila kawan kita kerap memutar belitkan fakta yang memang kita dah tahu cerita lurusnya
tetapi;
Kita tidak boleh kecewa dan hampa apabila perut kita/isteri masih lagi tidak 'berisi' walaupun setelah kaedah ke 88 kita praktik kan sejak beberapa bulan yang lepas.
Kalau tak jelas lagi, aku akan terus simpulkan:
Kita boleh kecewa dan hampa dengan sikap makhluk (manusia) tetapi kita tak boleh kecewa dan hampa dengan ketentuan Allah!
Jadik ungkapan seperti
"Aku keciwa nombor yang aku beli semalam tak ada yang sangkut langsung"
atau;
"Aku hampa tak menang peraduan gores dan menang tuh"
atau;
"Kecewanya tak dapat makan tongkeng hari nih" memang tak boleh diungkapkan (apatah lagi yang ungkapan pertama tadi, dah la memang haram! hahaha).
Kita perlu selalu ingat (dan kena paksa ingat) bahawa selain tangan kita masih ada lagi 'jari²' Kholiq yang menarikan tali takdir dan segala apa yang di luar kawalan kita adalah apa yang ditetapkan olehNya dan hanya Dia sahaja tahu apa yang baik untuk kita. Jadik adalah lebih baik sekiranya hampa dan kecewa tersebut dicampak ke lautan redha. Jadik, setiap kali kita nak berasa hampa dan keciwa, lihat lah dulu niat kita. Adakah ianya untuk makhluk (manusia) atau direct hit pada apa yang dah tertulis di 'atas' sana. Kerana natijah perbuatan kita itu akan menghasilkan impak yang besar kepada benang iman yang menyulam peribadi diri.
8 comments:
betul betul betul.
kita patut bersabar dengan semua tu.
sebab semua tu ujian.sobarrr...
kalau seseorang tu menulis berkaitan rasa kecewa...biasanya la...dia kan...mungkin dalam atau sedang merasai kekecewaan. takat mana rasa kecewa tu tak dapat dipastikan. tp jangkaan sy yg dia rasa kecewa tu...tak blh dinafikan begitu saja. tak begitu cik lim?
Point yang hebat.
Kecewa dan hampa merupakan sebahagian dari kepelbagaian perasaan yang hadir ke dalam diri manusia daripada manusia lain.
Kalau kita kecewa dengan takdir Allah bermakna kita tergolong dalam orang yang tak bersyukur.
pandai tul huraian tuan..betul latu,..say sependapat tentangnya..muga kita bersyurku dengan apa yang ada..redha dengan ketentuan.dan bersabar pula dengan musibah..
Manusia hidup untuk diuji...Sabar banyak ya ncik alim...
sue: choba'aaan...!!!
che pah: tu boleh di perbincangkan lagi, hehehe
kaff: waaah...makin tinggi kamu! ^_^
syahbandar87: sabar, that's the key!
iman: terima kasiihhh!!! :)
termasuk dalam pelajaran Tauhid...
good job in explaining to us with the most simplest explanation.. simple tapi padat!
jut thing to ponder bro
Post a Comment