Aku suka kucing. Adik aku pun suka kucing. Abang aku pulak sayang dia lain macam sikit. Ermmm...rase tak yah citer la kot. Cuma kadang² kesian pulak aku tengok kucing tu bila abang aku pegang. Mungkin kami dapat sifat 'penyayang' ni dari mak kami yang memang saaayang sangat pada kucing! Dari aku mula 'kenal' mak aku, sampai la dia tak berapa sihat sekarang ni. Tak jemu² beliau membela kucing. Tak pernah rasenya keluarga kami tak 'berkucing'. Walaupun aku sebut yang aku dapat sifat sayang kucing ni dari mak aku, tak bermakna pulak bapak aku tak sayang kucing. Dia sayang gak, tapi tunjuk sangat. Maklum la...lelaki kan tak suka tunjuk sangat kalau dia sayang sesuatu. Hehehehe!
Panjang plak intro aku. Hehehehe!
Sebenornya aku nak citer pasal kucing yang sekarang menjadi penghuni tetap kat rumah parent aku kat kampung nuuu! Nak citer asal-usul macam panjang. So, aku singkatkan kepada rumah parent aku ada sepasang kucing jantan yang boleh aku kategorikan kembar hampir seiras. Dua² kaler kuning. Yang abang (aku agak la) mak aku panggil Kontot dan yang adik (pun aku agak jugak) mak aku panggil Panjang. Dua² nama diorang ni dapat dari keadaan fizikal diorang sendirik. Yang sekor tu ekor panjang dan yang sekor ekor pendek. Dah mak aku bagi nama. Dia bagi la ikut senang dia panggil dan dia cam. Kalau kucing tu kaler hitam, dia panggil la Hitam. Kalau putih dia panggil la Putih. Agak bulu dia kembang macam putik kekabu, dia panggil la Kembang. Dulu masa muda² dan masa kitorang kecik² nama kucing ni agak komersil sikit. Alice(pengaruh kartun) la, Simba(pun pengaruh kartun) la. Tapi tu semua adik aku yang bagi nama. Aku tak de masa nak pikir² ni. Ikut je la apa yang mak aku panggil. Huh, makin jauh pulak aku merepek.
Ok balik pada citer si Panjang dan si Kontot.
Mak aku cakap, sepanjang dia bela kucing, ni la 1st time dia tengok kucing jantan yang dah 'dewasa' baik macam orang (walaupun ramai adik beradik manusia yang bergadoh, hahaha). Maksudnya diorang boleh makan satu pinggan, dapat ape² boleh kongsi, main tikus pun boleh passing² macam batton malah tido pun boleh peluk². Aku pun terperasan gak. Biasanya kucing yang mak aku bela, tak sampai umur diorang setahun dah nak bercakar². Kalau takat cakar² masa gurau tu lain la. Dapat ekor cicak pun dah bising macam adik beradik diorang nak rampas. Pada hal jauh sebatu lagi siblings diorang tuh. Haih...biasa la kucing nak besar dan mula nak start dominate diorang punyer terratories.
Aku amat tertarik dengan sifat diorang ni, so aku snap la beberapa aksi diorang yang menarik perhatian aku sepanjang aku bercuti seminggu pada CNY yang lepas.
"Aduh...aduh...sakit telinga aku!"
"Mak aih, tergeliat urat belikat aku ni nanti" Aaa....yang kat atas ni aku dah posisikan balik untuk tujuan komersil. Hehehehe....posisi asal diorang seperti di bawah nih.
"Seronotnyaaa....mcm peluk bantal"
Diorang ni memang suka tido himpit² nih. Pantang ada alatan yang diorang boleh masuk. Tak kira la bakul ke, besen ke, kotak ke, tudung saji ke. Yang penting boleh muat badan diorang yang semakin gedabak tuh. Tak pe...gedabak² pun tetap comel. Kucing la kata kan. Silap pandang dah macam nasik himpit pun ada. Tinggal curah kuah lodeh je! Hahaha! Namun bagitu aku risau akan keharmonian diorang ni. Ini kerana antara diorang ni, hadir sekor kucing betina yang amat manja dengan salah seekor daripada adik-beradik nih. Aku berharap antara salah sekor ni, ada la yang 'beralah' supaya kehoramonian diorang ni kekal terjalin. Hehehe.....ajjer giller ah!
Comot, kucing betina yang mungkin mengganggu gugat hubungan adik beradik ini. Kita tungguuuuu!
5 comments:
wahhh intim sungguh hubungan itu.. :D
ajjer giller kucin2 ko ni lim...
hahahahaha
Serius nak bagitau...ni antara entry terbaik catatan cik lim. rasa cam dekat jer dgn kehidupan cik lim. masa baca entry ni sy rasa begitu terhibur, selain bahasa2 yg mudah (tak berbunga2...hehe), dah gitu si kontot n si panjang tu begitu menarik utk memahami karekter mereka berdua. tahniah cik lim!
sy setuju ngan cim pah...
best lah lim citer kau kali ni...
dan paling x thn aku nk ckp...
KUCING KAU COMELNYA!!!!! GERAM SEYY!!
teringin nk jumpa & bermain dgn mereka....
malkomal: tu lah, aku pun kagum
sue: memang ajjer giler sungguh. hehehe
che pah: ape² ajjer la che pah nih
reds: mai la datang rumah. tapi diorang ni pemalu yang teramat. hehehe
Post a Comment