Monday, March 22, 2010

Hari yang manis.......

Sakit² di beberapa bahagian di badan ini telah hilang. Lesu yang ditanggung sehari sebelum ini juga beransur surut. Sakit akibat aktiviti tarik tali dan beberapa lagi aktiviti serta lesu akibat bertugas sebagai AJK pada Hari Jalinan Korporat agak memeritkan.
Aku tidak sempat untuk merakam detik² yang aku anggap manis ketika program itu berlangsung. Cuma beberapa kesan parut dan calar menjadi bukti seketika bahawa program itu pernah berlangsung. Namun begitu, kenangan yang terukir selama 2-3 hari ketika di Sekakap, Mersing itu akan terus menjadi antara kenangan yang menjadi sebutan di masa akan datang.
Hmmm...seronok betul masa tu. Kan best kalau semua staf bersatu hati sepanjang masa sama seperti ketika program jalinan korporat itu berlangsung. Memang tidak dinafikan terdapat beberapa individu yang meminggirkan program tersebut dan menganggapnya sebagai satu program yang low-class dan ntah ape². Namun pada aku, ia berjaya sebagai satu program yang menghiburkan dan mampu menjadikan tempat untuk mengenali sesama staf yang berlainan jabatan, institusi malah dari daerah yang berbeza. Malahan ia juga boleh dijadikan kesempatan untuk mereka yang mencarik jodoh! Hehehehe!
Aku amat berharap agar program seperti ini diwujudkan lagi di masa hadapan dengan menjadikan aku sebagai AJK lagi. Biarpun penat, aku amat gembira dengan rakan² se'AJK', terima kasih kawan!

4 comments:

Anipah Ahmad said...

sy tetap mencatatkan gimik cik lim sbg bonzer mengheret Mr. Am dari atas pentas sbg kenangan terbest bagi edisi JK 2010. Menarik n meninggalkan kesan. Cik lim mmg bessshh!

Nanie Harris said...

Tahniah lim & geng...sesungguhnya kamu telah melakukan tugas yg baik tempohari...

Kpd yg mminggirkan tu mmg aku rasa amat pelik krn even aku yg bkn staf ni pun terasa terjalin hubungannya dgn staf2 yg lain...

asuhara sue said...

dolu satu masa dolu, aku pernah berada dalam kumpulan yg meminggirkan JK sebelum ni. tapi aku sensorang layan jek la apa pon aktivitinya walaupun ada yang dah dekat doploh kali aku buat, tapi ada aku kesah? janji enjoy! dapat hadiah misteri syampoo plak tu! huahahahhaha

cinta said...

jumpe ke en.halim dgn jodoh yg dicari selama nie.....