Sunday, June 29, 2008

The Aftermath.....

Kesakitan yang dialami oleh tubuh badan tidak begitu ketara seperti pada hari Khamis lepas. Walaubagaimanapun, sengal² tetap terasa di segenap sendi. Malam tadi pun tidur awal. Hajat untuk menonton LOTR:T3 (Lord of The Ring: The Two Towers) tidak kesampaian kerana kantuk terus berbuai di kelopak mata. Cuba juga untuk digagahi, tetapi gagal dan diri terpaksa tunduk akur kepada keperluan diri yang rasanya kurang rehat sejak hari Jumaat yang lepas kerana pesta sukan YPJ. Sekejap kecik, sekejap besar bila tgk smeagol nih. Last² gelap! Bila sedar balik, nampak tulisan jek pada kaca televisyen nih! Sah dah abis! Ish....melepas aku nak tgk. Citer ni bukan tak pernah tgk, dah berkali² aku tgk. Siap ada dvd extensionnya lagi. Tapi sebab peminat setia (sikit lagi nak fanatik) kat citer ni, tu yang tak boleh miss tuh.

Bila sedar je, susah plak nak tido balik, terpaksa la layan tv. nak layan game, mcm malas plak. Last² layan citer kat tv3, citer Shanghai Knight. Layan je la, layan mata nih. Nak buat mende lain pun mcm malas campur dengan penat. Penat sebab sukan YPJ la nih. Tak de la banyak mana sukan yang diceburi. Cuma disebabkan keadaan 'body' yang mcm ni, masuk 1 sukan pun dah penat. Pasukan KPYPJ (cek punye la tu) berjaya menggondol tempat pertama untuk kategori keseluruhan. Hehehehehe....diri sendiri pun dapat 3 pingat, 2 gangsa untuk bola & futsal serta 1 perak untuk acara feveret - ping pong yang bajet mcm boleh dapat emas. Tapi....dah ditakdirkan oleh Yang Menentukan yang team kami akan dapat perak, kami pasrah dan bersyukur. Mungkin penat ini berpunca daripada banyak menggunakan tenaga untuk menjerit dan terpekik bagi menyokong pasukan sendiri yang bertanding. Rasenya mcm dewan tu ana yang punye. hehehehe....jerit mcm nak terkeluar anak tekak dan 'uri' perut nih. Sempat gak la bergaduh dengan che pah (musuh ketat yg juga antara sahabat paling baik) yang berada di pihak lawan. Gaduh mcm mana pun, kami tetap baik coz sedikit sebanyak masing² dah paham perangai masing². (ye ke che pah? hehehehehe)

Sedar pagi tadi pun disebabkan oleh bunyik sms dari rakan bertanyakan tentang kepingan cd game yang ingin dipinjamnya. Ape lah pagi² dah citer game....hehehehehe, yang ckp ni pun lebih kurang mcm tu. Selepas menjawab lebih kurang, terus bingkas bangun kerana mengingatkan kerja OT yang perlu dibuat pada hari ini (Ahad, 29 Jamadil Akhir 1429 / 29 Jun 2008). Ni kena kijer ni, boleh dapat double. Ikutkan hati, nak je sambung tido dalam bilik sebab rasenya masih awal lagi ni. baru 9.30! (awal......ye ke?) Nanti kalau lambat datang, sikit pulak dapat. Dalam keadaan mamai² kambing tu, capai tuala, masuk bilik air....laaa....tak basuh lagi baju yang aku rendam semlm nih. Ni nak kena basuh ni. Kalau tak basuh sekarang, nanti dah malas, silap² boleh berulat baju yang aku rendam nih! Itu mak aku punya ayat la tu, pinjam mak ek! hehehehe.

Kijer bang kijer......! Banyak duit sok boleh kahwin! Kwah kwah kwah! (kemaruk tol budak ni!) :p

Wednesday, June 25, 2008

Sekali lagi

Nampaknya hari esok diramalkan 'mendung' dibeberapa tempat pada tubuh badan ini. beberapa tempat dijangkakan 'ribut petir' dan 'hujan' di beberapa tempat di bahagian pinggang ke bawah.

Ni lah akibatnya bila main futsal. Fikiran positif terus ditujahkan ke bahagian² yang sakit dan kepada minda yang mengeluh. "Inilah masanya nak bakar lemak, tak gitu badan?" Ngomel mulut pada tubuh yang terkulat² kepenatan! (hehehe...sesekali rasenya mcm orang giler pulak berckp sensorang).

Alhamdulillah la petang ni tak de training ping pong. kalau tak......tak tau la cek naaa. tadi masa lalu kat depan surau, beberapa ahli 'qaryah' memanggil mengajak singgah untuk pekena se'round' dua tamparan bat ping pong. tapi ditolak dengan alasan ada kerja di pejabat. Memang betul pun, malam ni ada OT. OT tu la antara harapan untuk menampung hidup di bandaraya JB ni. dengan minyak naiknya lagi, dengan beban makanannya lagi, duit sewa rumah, minyaknye lagi (eh, bukan dah sebut ke? heheheheh) dan mcm² lagi la yang nak kena bayar. Tu la...mak suruh balik kg (olak sepam) ko tak nak.. nak gak duduk kat JB ni. sayang benar ko kat KP (syarikat tmpt aku kijer ni ler) ni. "Bukan best sgt pun KP ni....". ayat hujung tu kengkawan aku yang tambah la. Tapi tu la aku (mohd halim bin hamid). Sekali dah sayang pada sesuatu, susah nak lekang dari diri, apalagi ingatan. saja mencipta pepatah sendiri, "kita tak perlukan sesuatu yang istimewa untuk setia. cukup lah sekadar setia itu sendiri." Kalau ada yang baca blog aku ni, then tak paham, tak pe la. Coz kenkadang aku sendiri pun tak paham ape yang aku ungkapkan! hehehehehe......

Hmmm....berdering lagi fon aku nih, mesti makcik² se'OT' dengan aku panggil ni. Gerak dulu na...solat asar pun lom nih. ja, mata ne! (bahasa jepun tuh, hehehehehe)

Monday, June 23, 2008

Semakin pulih

Alhamdulillah......keadaan kaki semakin pulih selepas menghadapi kekejangan akibat menjalani latihan yang ekstreme pada minggu lepas. memang terlalu penat dan terpaksa mengambil cuti rehat untuk hari berikutnya (khamis, 15 Jamadilakhir 1429 / 19 Jun 2008) akibat kehabisan sumber tenaga. heh, mcm cerita² komik pulak rasenya. dan hari tersebut memang dihabiskan dengan berehat (tido). walaubagaimanapun kenangan manis tersisip di ingatan apabila berjaya menjaringkan gol ketika main futsal. hehehehehe, dah la jarang dan boleh dikatakan tak pernah main. tiba² boleh pulak menjaringkan gol. hehehehehehe.

Hari ini juga dimulakan dengan latihan ping pong sekali lagi. di mana latihan pada hari ni kurang mendapat sambutan dari ahli pasukan ping pong. rase nak tuuuut (perkataan yang diguna tak sesuai untuk tatapan umum) je mereka² yang tak hadir ni. tapi...nasib baik pengurus pasukan ping pong ni tak mcm yang menaip ni. kalau tak, dah lama kena pecat mereka² tu. hehehehehe. Tu la nasib orang baik, asyik kena pijak n abaikan jek. sabar je la kafi ek. hehehehehe

Wednesday, June 18, 2008

Hari yang agak penat.

Sejak kebelakangan ni, kantuk sentiasa bertandang. menjadikan diri kurang bermaya, kerap tidur dan mudah terlelap. Kerap pula ia menjenguk pada sebelah pagi, hingga tgh hari. Menjadikan rezeki yang ingin disemai terasa tidak diberkati. Kerap juga meminta pada yang Esa, agar diangkatkan sedikit nikmat kantuk yang kini dirasa seperti satu batu penghalang untuk mencari barakah di dalam sesuap nasi yang dicari.

Alhamdulillah, hari ni perasaan kantuk ini kurang. Kemungkinan besar disebabkan aktiviti hari ini (13 Jamadil Akhir 1429 / 18 Jun 2008) yang agak penuh.....dengan sukan (kot!). Pagi, latihan ping pong sehingga 10.00 pg, tgh hari dipelawa memenuhi lorong bowling yang kosong dan insya Allah petang nanti, bola sepak dan futsal selepas maghrib menjadi agenda penutup untuk hari ni.

Masya Allah, larat kah tubuh yang sarat dengan lemak ini berlari? (untuk bola dan futsal). Hehehe....ni lah masanya nak membakar lemak. Harapan hati, jgn la pensan di tgh padang nanti. Pesanan dah diberi pada rakan². "Kalau aku pensan, gulingkan je la aku ketepi. Tak payah la nak angkut stretcher, hanya buat penat diri. Silap haribulan, boleh patah setiap sendi. Hehehe! Well....kita tgk je la nanti!

2nd post

This is 2nd post after my 1st post yang ntah ape² ntah tu. heh!

Secara tak sengaja blog ni dibuat kerana pada asalnya nak hantar soalan pada satu blog tu(muaturun.blogspot) untuk tanyakan lagu seperti pada post asal tu. Then bila tgk ramai plak kengkawan yang dah buat blog sendiri, tu yang cuba² buat blog gak.

Hehehehe....anyway, kalau ada sape² yang jumpa blog ni, cube la baca ek. :)