Friday, February 20, 2009

Oh, henpon.......!

Objek merah hitam yang dibalut dengan sarung kulit gelap yang aku pasti menggenggamnya dengan erat, tiba² berada di udara beberapa ketika di dalam hujan sebelum ianya jatuh di dalam lopak air sedikit jauh dari tempat aku berada. Objek itu terus tenggelam di dalam takungan air itu tanpa meninggalkan sedikitpun bahagian yang ada mencungap ke permukaan!
"Aaaaaaa.......henfon aku!"
Beberapa ketika kemudian ayat itu la termuntah dari mulut. Dan dengan segera aku berlari mengambilnya dari dalam lopak air berkenaan dan terus masuk ke dalam kereta kawan aku. Di dalam kereta, aku cuba membelek Nokia 5630-Xpress Music itu yang baru setahun aku miliki. Alhamdulillah....skrinnya masih menyala seperti biasa, cuma aku tak pasti bahagian dalamnya sahaja. Aku cuba mematikannya sebagai langkah keselamatan.
"Jangan buat ape² beb, biar je sampai air dalam tu tus."
Nasihat rafee apabila dia nampak aku cuba mematikan henfon aku yang agak malang tu. Aku yang kebingungan, menuruti sahaja nasihatnya. Dan dalam kereta, beberapa nasihat diberikan dan aku hanya mengangguk dan memikirkan, macam mana la boleh terlepas dari tangan? Terus masuk dalam lopak air pulak tu, tenggelam!
Setelah sampai di terminal larkin, aku terus menuju ke kaunter tiket untuk ke muar dan perjalanan jam 5 petang aku pilih untuk dijadikan waktu yang sesuai untuk aku bergerak. Kaki terus di hayun ke masjid di terminal tersebut untuk solat asar. Ketika aku berada di rakaat terakhir, aku terdengar deringan datang dari henfon yang ku letakkan di dalam bag galas aku. Berkali² ianya berbunyi dan aku seakan berasa lega kerana seperti yakin yang henfon aku masih berfungsi dengan baik. Setelah salam kedua, aku terus mencapai bag dan mengeluarkan henfon dengan niat untuk menjawab panggilan yang datang dari bos aku.
Cuak lantas melekat di hati apabila butang henfon yang aku tekan tidak memberikan sebarang respon terhadap sebarang tindakan yang aku buat! Terasa pasti yang litar henfon di dalamnya telah mengalami litar pintas! Huhuhuhu.....waaaaaa! Aku simpan semula henfon di dalam bag walau ianya masih berdering. Terus melangkah ke luar, pakai kasut dan mencari tempat yang sesuai untuk aku usahakan apa yang boleh terhadap henfon tersebut. Tanpa membuang masa, aku terus membuka bahagian belakang henfon tersebut dan mencabut baterinya. Kembali aku masuk kan di dalam bag. Termenung seketika sambil berkira bajet untuk membeli henfon baru. Duit lagi........huhuhuhuhuhu!
Ape pun keputusan akan aku buat setelah aku pulang dari KL, melawat anak bongsu abang aku yang dikhabarkan berada di dalam ICU. T_T

Wednesday, February 11, 2009

Pak cik........

Sedang aku melayan kisah Karpal Singh cuba menyaman Sultan Perak di Bulietin Utama TV3, datang seorang student UiTM ke meja aku (meja cashier).
"Saya nak amik pesanan atas nama nadia."
"Jap ek"
(sambil membelek beberapa bungkusan polestrin kat atas meja)
"Wokeh, nadia punya dah siap!"
"Berapa semua pak cik?"
Hoh, pak cik? Aku merentan dalam hati. Namun aku gagahi jua panggilan tersebut disarungkan pada aku.
"Sembilan hinggit lima puluh sen jek."
Setelah transkasi di buat...."terima kasih pak cik!"
Dan sekali lagi aku menahan ketidak puashatian dalam hati aku ni. Pak cik? Tua sangat ke aku pada pandangan budak ni! Huhuhuhuhu.....T_T
Esoknya aku bercerita pada kawan dengan hajat meraih simpati. Rasional aku menyatakan yang aku tak kisah kalau orang panggil 'pak cik' sekiranya aku dah berkahwin. Tapi situasi sekarang ni, aku belum kahwin, dah kena panggil pak cik.
Habis sahaja aku bercerita, kelihatan muka kengkawan aku yang berkulit cerah bertukar merah, menahan gelak. Dengan bermodalkan sedikit sengih dari aku, terlepas lah gelak besar dari diorang!
"Kah, kah, kah.....Hahahahahaha......pak cik!!!!!"
Aku hanya mampu senyum, tersengih dan akhirnya turut sama melepas gelak. Dan tak dinafikan cerita tu kelakar pada aku dan kengkawan aku! Namun, hakikat tetap aku kena terima, 'aku dah semakin tua!'

Thursday, February 5, 2009

"Kau sape hah?"

"Kau sape nak tegur² aku ni? Kau ingat kau tu dah bagus sangat! Diri sendiri pun lintang pukang, ada hati nak tegur orang!"

Begitu panas telinga bila dihambur dengan kata² tersebut. Seakan telinga dicurah dengan air rendaman lada. Panasnya telinga tidak kurang dari kepanasan yang hinggap di ulu hati. Pedih, pijar! Perlukah aku menjadi Yang berhormat untuk menegur? Perlukah aku bergelar 'Al-Fadhil' untuk berbicara. Perlukah aku berada di puncak pangkat untuk berkata²? Telah jelas keegoan pada diri, walau 'title' apa sekalipun yang kau dokong, tetap ayat itulah yang akan diterima sekiranya yang ditegur mengenderai ego sebagai tunggangan, menyuap sombong sebagai makanan dan menyarung megah sebagai pakaian.

Teringat aku kepada kata² hikmah yang aku kurang pasti dari mana aku perolehi.

"Permata tetap dipanggil pemata walau keluar dari mulut anjing sekali pun!"

Jelas sekali, kita tidak perlukan sebarang pangkat pun untuk menegur atau ditegur. Cukup sekadar kesedaran itu timbul bagaikan sabut dan rase segan tenggelam di dalam kabut. Sekiranya apa yang diperkatakan itu benar, nasihat dari penjenayah sekalipun perlu diamati, dan kata² dari anak kecil sekalipun perlu diberikan teliti.

Minda lantas menyorot pada salah satu dari babak dalam 'Ayat² Cinta', ketika mana Fahri, watak utama dalam cerita tersebut dipersenda pada mulanya oleh seorang lelaki yang memegang watak orang gila di dalam sel tempat Fahri dipenjarakan apabila beliau difitnah merosakkan kehormatan seorang wanita. Namun watak lelaki tersebut menegur Fahri akan sikapnya yang menganggap dirinya suci dan tidak sepatutnya berpendirian menyalahkan pencipta. Lantas lelaki gila tersebut telah memperingatkannya tentang kisah Nabi Allah Yusof yang difitnah dan dimasukkan penjara, seiras dengan apa yang telah berlaku pada Fahri.

"Allah sedang berbicara dengan mu Fahri, Allah sedang mengingatkan mu untuk tidak sombong!"
-selang beberapa babak-
"Istighfar Indonesia.....istghfaaaar! Ingat lagi siapa dirimu (ketawa). Apa yang telah ku lakukan selama ini....hah? (ketawa) Tidak kah kau sombong Fahri! Kau rasa paling benar, kau merasa paling suci...bahkan di hadapan isteri mu sendiri! (ketawa)"
"Kau ingat, kisah Yusof a.s. dan Zulaikha........"(kisah nabi Yusof dan Zulaikha)
Dan babak ketika Fahri di 'tarbiah' oleh orang gila tersebut merupakan antara babak dalam cerita tersebut yang menjadi minatku untuk diulang beberapa kali. Betapa benar kata² yang dilontarkan oleh 'orang gila' tersebut pada Fahri, seorang penuntut cemerlang Universiti Al-Azhar yang mana jika dihitung dengan akal cetek manusia ego, babak tersebut tidak mampu ditelan lumat oleh mereka.
Namun ape yang aku perkatakan di dalam coretan ini masih tidak mampu merungkai sombong pada manusia berhidung tinggi. Selagi mana keegoan, kesombongan dan bangga diri masih diletak di singgahsana hati. Fikiran lah sendiri, kerana kita mampu jadik seperti mana entri aku yang lepas bertajuk 'Budaya Ketuanan Yang Tinggi' jika kita benci dengan teguran dan jijik dengan kritikan! Jika dua hidangan minda di atas tidak mencerna sifat keji, cuba pula hayati kata² dari Saidina Ali:
"Jangan kamu melihat siapa yang berkata, tetapi dengarkan lah apa yang diperkatakan!"

Monday, February 2, 2009

Another me.......

Akibat gangguan emosi yang melampau beberapa minggu yang lepas, seperti mana yang aku sebutkan dalam entri yang lepas, blog yang sepi ini terus menyepi dari sebarang catatan. Terniat di hati untuk menukil beberapa perkara yang berlaku dalam beberapa hari - minggu yang lepas. Namun, entah kenapa jari yang cuba ditarikan di atas papan kekunci ini seakan canggung. Menyebabkan niat itu terus tergantung di langit akal.
Aku penat....entah kenapa. Aku lesu.....juga tak pasti. Tahap kesihatan juga di tahap yang membimbangkan. Adakah kerana emosi? Mungkin! Faktor umur? Juga mungkin! Cara hidup yang tak sihat? Seaakan pasti pulak aku dengan faktor ketiga nih!
Setelah dicongak dan dihitung, ketiga² kemungkinan tadi adalah berkaitan. Umur dah semakin meningkat, hidup dengan cara hidup yang tidak sihat (membadak, ngadap PS2 n dan PC) dan gangguan emosi memburukkan lagi keadaan yang telah sedia parah!
Rindu mengajak aku menonton layar memori yang pernah aku lakonkan di pentas silam. Aku tersenyum melihat diri sendiri yang begitu berbeza dari aku yang kini. Namun minda rasional segera menyeret aku ke bangku realiti. Lantas tawar menyulam bibir hingga hilang manisnya rasa yang baru ku hirup tadi.
Bila la akan kembali aku merasai keseronokan seperti dahulu. Bila mana badan ini lincah, bilamana semangat ini tabah dan bilamana tenaga ini gagah. Aku dah penat dengan 'kepenatan' ini. Aku dah letih dengan 'keletihan' ini dan aku dah bosan dengan 'kebosanan' ini! Please God, help this humble and low-life servent of yours to improvise himself to greatness!