Monday, February 2, 2009

Another me.......

Akibat gangguan emosi yang melampau beberapa minggu yang lepas, seperti mana yang aku sebutkan dalam entri yang lepas, blog yang sepi ini terus menyepi dari sebarang catatan. Terniat di hati untuk menukil beberapa perkara yang berlaku dalam beberapa hari - minggu yang lepas. Namun, entah kenapa jari yang cuba ditarikan di atas papan kekunci ini seakan canggung. Menyebabkan niat itu terus tergantung di langit akal.
Aku penat....entah kenapa. Aku lesu.....juga tak pasti. Tahap kesihatan juga di tahap yang membimbangkan. Adakah kerana emosi? Mungkin! Faktor umur? Juga mungkin! Cara hidup yang tak sihat? Seaakan pasti pulak aku dengan faktor ketiga nih!
Setelah dicongak dan dihitung, ketiga² kemungkinan tadi adalah berkaitan. Umur dah semakin meningkat, hidup dengan cara hidup yang tidak sihat (membadak, ngadap PS2 n dan PC) dan gangguan emosi memburukkan lagi keadaan yang telah sedia parah!
Rindu mengajak aku menonton layar memori yang pernah aku lakonkan di pentas silam. Aku tersenyum melihat diri sendiri yang begitu berbeza dari aku yang kini. Namun minda rasional segera menyeret aku ke bangku realiti. Lantas tawar menyulam bibir hingga hilang manisnya rasa yang baru ku hirup tadi.
Bila la akan kembali aku merasai keseronokan seperti dahulu. Bila mana badan ini lincah, bilamana semangat ini tabah dan bilamana tenaga ini gagah. Aku dah penat dengan 'kepenatan' ini. Aku dah letih dengan 'keletihan' ini dan aku dah bosan dengan 'kebosanan' ini! Please God, help this humble and low-life servent of yours to improvise himself to greatness!

4 comments:

little lady in red shoes said...

halimmmmm...sounds so sorrow....
kena gak la gi jogging petang2 n hentikanlah menyulam kenangan2 indah yang lama tu....

Unknown said...

kau masih muda lim..mulakanlah sesuatu sebelum betul betul terlambat..

p/s: first step: kuruskan badan

napi.... said...

apa apa aja la lim... penat beb

artakus said...

lil lady: waaah....time kasih la littel lady!

kaff: muda ke? kui kui kui

napi: hahahaha....sama la dengan ko napi, ape² aje la!