Wednesday, June 18, 2008

Hari yang agak penat.

Sejak kebelakangan ni, kantuk sentiasa bertandang. menjadikan diri kurang bermaya, kerap tidur dan mudah terlelap. Kerap pula ia menjenguk pada sebelah pagi, hingga tgh hari. Menjadikan rezeki yang ingin disemai terasa tidak diberkati. Kerap juga meminta pada yang Esa, agar diangkatkan sedikit nikmat kantuk yang kini dirasa seperti satu batu penghalang untuk mencari barakah di dalam sesuap nasi yang dicari.

Alhamdulillah, hari ni perasaan kantuk ini kurang. Kemungkinan besar disebabkan aktiviti hari ini (13 Jamadil Akhir 1429 / 18 Jun 2008) yang agak penuh.....dengan sukan (kot!). Pagi, latihan ping pong sehingga 10.00 pg, tgh hari dipelawa memenuhi lorong bowling yang kosong dan insya Allah petang nanti, bola sepak dan futsal selepas maghrib menjadi agenda penutup untuk hari ni.

Masya Allah, larat kah tubuh yang sarat dengan lemak ini berlari? (untuk bola dan futsal). Hehehe....ni lah masanya nak membakar lemak. Harapan hati, jgn la pensan di tgh padang nanti. Pesanan dah diberi pada rakan². "Kalau aku pensan, gulingkan je la aku ketepi. Tak payah la nak angkut stretcher, hanya buat penat diri. Silap haribulan, boleh patah setiap sendi. Hehehe! Well....kita tgk je la nanti!

No comments: