Friday, February 20, 2009
Oh, henpon.......!
Wednesday, February 11, 2009
Pak cik........
"Saya nak amik pesanan atas nama nadia."
"Jap ek" (sambil membelek beberapa bungkusan polestrin kat atas meja)
"Berapa semua pak cik?"
Hoh, pak cik? Aku merentan dalam hati. Namun aku gagahi jua panggilan tersebut disarungkan pada aku.
"Sembilan hinggit lima puluh sen jek."
Setelah transkasi di buat...."terima kasih pak cik!"
Dan sekali lagi aku menahan ketidak puashatian dalam hati aku ni. Pak cik? Tua sangat ke aku pada pandangan budak ni! Huhuhuhuhu.....T_T
Esoknya aku bercerita pada kawan dengan hajat meraih simpati. Rasional aku menyatakan yang aku tak kisah kalau orang panggil 'pak cik' sekiranya aku dah berkahwin. Tapi situasi sekarang ni, aku belum kahwin, dah kena panggil pak cik.
Habis sahaja aku bercerita, kelihatan muka kengkawan aku yang berkulit cerah bertukar merah, menahan gelak. Dengan bermodalkan sedikit sengih dari aku, terlepas lah gelak besar dari diorang!
"Kah, kah, kah.....Hahahahahaha......pak cik!!!!!"
Aku hanya mampu senyum, tersengih dan akhirnya turut sama melepas gelak. Dan tak dinafikan cerita tu kelakar pada aku dan kengkawan aku! Namun, hakikat tetap aku kena terima, 'aku dah semakin tua!'
Thursday, February 5, 2009
"Kau sape hah?"
Begitu panas telinga bila dihambur dengan kata² tersebut. Seakan telinga dicurah dengan air rendaman lada. Panasnya telinga tidak kurang dari kepanasan yang hinggap di ulu hati. Pedih, pijar! Perlukah aku menjadi Yang berhormat untuk menegur? Perlukah aku bergelar 'Al-Fadhil' untuk berbicara. Perlukah aku berada di puncak pangkat untuk berkata²? Telah jelas keegoan pada diri, walau 'title' apa sekalipun yang kau dokong, tetap ayat itulah yang akan diterima sekiranya yang ditegur mengenderai ego sebagai tunggangan, menyuap sombong sebagai makanan dan menyarung megah sebagai pakaian.
Teringat aku kepada kata² hikmah yang aku kurang pasti dari mana aku perolehi.
"Permata tetap dipanggil pemata walau keluar dari mulut anjing sekali pun!"
Jelas sekali, kita tidak perlukan sebarang pangkat pun untuk menegur atau ditegur. Cukup sekadar kesedaran itu timbul bagaikan sabut dan rase segan tenggelam di dalam kabut. Sekiranya apa yang diperkatakan itu benar, nasihat dari penjenayah sekalipun perlu diamati, dan kata² dari anak kecil sekalipun perlu diberikan teliti.
Minda lantas menyorot pada salah satu dari babak dalam 'Ayat² Cinta', ketika mana Fahri, watak utama dalam cerita tersebut dipersenda pada mulanya oleh seorang lelaki yang memegang watak orang gila di dalam sel tempat Fahri dipenjarakan apabila beliau difitnah merosakkan kehormatan seorang wanita. Namun watak lelaki tersebut menegur Fahri akan sikapnya yang menganggap dirinya suci dan tidak sepatutnya berpendirian menyalahkan pencipta. Lantas lelaki gila tersebut telah memperingatkannya tentang kisah Nabi Allah Yusof yang difitnah dan dimasukkan penjara, seiras dengan apa yang telah berlaku pada Fahri.
-selang beberapa babak-
Monday, February 2, 2009
Another me.......
Aku penat....entah kenapa. Aku lesu.....juga tak pasti. Tahap kesihatan juga di tahap yang membimbangkan. Adakah kerana emosi? Mungkin! Faktor umur? Juga mungkin! Cara hidup yang tak sihat? Seaakan pasti pulak aku dengan faktor ketiga nih!
Setelah dicongak dan dihitung, ketiga² kemungkinan tadi adalah berkaitan. Umur dah semakin meningkat, hidup dengan cara hidup yang tidak sihat (membadak, ngadap PS2 n dan PC) dan gangguan emosi memburukkan lagi keadaan yang telah sedia parah!
Rindu mengajak aku menonton layar memori yang pernah aku lakonkan di pentas silam. Aku tersenyum melihat diri sendiri yang begitu berbeza dari aku yang kini. Namun minda rasional segera menyeret aku ke bangku realiti. Lantas tawar menyulam bibir hingga hilang manisnya rasa yang baru ku hirup tadi.
Bila la akan kembali aku merasai keseronokan seperti dahulu. Bila mana badan ini lincah, bilamana semangat ini tabah dan bilamana tenaga ini gagah. Aku dah penat dengan 'kepenatan' ini. Aku dah letih dengan 'keletihan' ini dan aku dah bosan dengan 'kebosanan' ini! Please God, help this humble and low-life servent of yours to improvise himself to greatness!