truuut.....truuuut "hello!"
"abang halim, kak nora mintak call dia" "kak nora? ada ape?" "entah, dia sms saya tadi, mintak abang call dia balik. no dia abang ada kan?" "aaaa.....ada kot, thanks" Sempat juga aku melirik jam di bahagian bucu bawah pada paparan monitor. Dah 11 suku rupanya. "Hoh, ada apa pulak la pompuan ni suruh call, Menyibuk jek! Tak de orang lain ke dia nak kacau? Rilekss.......jangan prejudis!" Emosi aku meledak namun dapat dimendak dengan 'kepercayaan' dan rasional. Butang telefon terus ditekan. "012 758........" "Hello, puan nora ke? Saya halim. Puan ada mintak saya call puan ke?" "Hah halim, maaf la kredit akak tak banyak ni. halim ada buat permohonan pinjaman kan? Akak ada kat bank ni. Nak cuba 'push'kan permohonan halim. Pegawai kat sini kata halim punya permohonan macam ada masalah. Alang² akak dah kat sini, akak tolong pushkan yang halim punya sekali. Sebab akak kenal pegawai yang meluluskan permohonan nih." "Waaaah....terima kasih banyak² la puan, saya memang harap sangat permohonan pinjaman tu berjaya. Hari tu ada kawan cakap yang permohonan saya macam ditolak." "Haah, memang pun. Tapi.....boleh diusahakan. Mcm ni, akak perlukan beberapa dokumen sokongan lagi. Boleh tolong fakskan tak dokumen tu ke nombor ni, 07 223......." "Boleh, boleh! Puan sebut je apa dokumen yang diperlukan. Saya akan usahakannya!"
Dan aku terus mencatat segala dokumen yang diperlukan. Dan aku tak kisah pun sekiranya aku perlu balik ke rumah sewa untuk mendapatkannya.
.....................
Helaian terakhir dokumen berjaya difakskan pada jam 2.47 petang waktu Malaysia selatan. Kelegaan menerpa hati yang dihurungi kecemasan sebab risau urusan lambat diselesaikan. Setelah selesai menghantar segala dokumen yang diperlukan, aku terus meng'sms' akak tadi.
Sms aku: [Puan, saya dah fakskan semua dokumen yang puan perlukan. Terima kasih banyak² ye.]
Sms balas: [Akak cuma usaha je. Dah kebetulan akak ada kat sini tadi. Doa je la ye banyak² semoga permohonan tu lulus.]
Sms aku: [Insya Allah puan. Ape pun, terima kasih sekali lagi kerana membantu. Saya memang amat² memerlukannya, terima kasih banyak²!]
Setelah itu, aku duduk bersandar di kerusi. Seketika itu, adrenelin yang telah dirembeskan ketika aku menguruskan dokumen² tadi mula lenyap. Dan letih mula mencakar batang tubuh ini dari bawah kaki mengunjur hingga ke tenggorok. Di saat itu juga tekak mula berasa kontang. Tubuh diangkat dan kaki terus dihayun. Ke bahagian pantry arah dikemudi. Secawan air punca motivasi. Setelah cawan penuh berisi, kerusi terdekat aku hempaskan punggung. Walaupun hanya air kosong, ianya begitu nikmat. Terasa seperti minum jus tembikai. Hehehehe.
Dalam pada itu, minda mula menyorot ape yang telah berlaku tadi. Dimulakan dengan ngomelan berbaur kebencian ketika di suruh menelefon kembali sehingga terucapnya rasa terima kasih yang paling tulus kepada insan yang aku paling tidak berminat untuk berkomunikasi. Betapa tuhan menyampaikan sesuatu melalui cara yang paling kita tak suka sedangkan ada hikmah yang pastinya ramai dari kita tidak tahu, tak nak ambil tahu dan buat² tak tau.
Di situ juga aku membuat kesimpulan sendiri yang tuhan memang memberi aku ruang untuk tidak terus membenci sesama manusia. Kerana setiap manusia ada kelebihannya untuk diambil dan keburukannya yang boleh direnungkan. Haaaaai......aku masih lagi 'common' muslim! T_T p/s: Cerita di atas telah diolah dari segi watak dan kesnya. Namun situasinya tidak diubah dan 97% peratus penceritaannya adalah benar.