Monday, August 17, 2009

Entri lanjutan..........

situasi 1
Tiba² kau diajak oleh kawan kau berdebat pasal perkara yang dikategorikan dalam sia² (i.e. mana yang ada dulu, ayam atau telur?). Kau sedar perkara tersebut hanya sia² dan memang tujuan kawan kau untuk melakukan perkara tersebut dengan sia². DIAM adalah lebih baik.
situasi 2
Kawan/'lawan' kau tiba² datang dan mengeluarkan kata² yang menyakitkan hati dan memang berniat untuk sakitkan hati. Setelah di'layan' agar dia berhenti untuk menyakitkan hati gagal adalah lebih baik kau DIAM dari terus melayan kerenahnya.
Situasi 3

Kau diarahkan untuk berada dalam satu mesyuarat yang memang kau tidak diberi taklimat awal oleh bos kau. Dan mesyuarat itu pula telah berjalan hampir 1 jam. Apabila kau melangkah ke dalam bilik mesyuarat tersebut, kau terasa aura tegang menyelubungi suasana mesyuarat tersebut. Adalah lebih baik kau masuk ke dalam, cari kerusi yang kosong dan DIAM.
Entri pada kali ini merupakan lanjutan dari entri yang lepas. Di mana pada hari entri lepas diposting emosi agak terganggu dan sekiranya entri panjang dikarang, risau terlalu beremosi dan perkataan² yang tidak diingini turut sama singgah di entri tersebut.

Memang pada entri yang lepas aku beremosi kerana di'hadiahkan' kata² yang menyakitkan hati dan sinis. Oleh kerana tidak mahu melayan kerenah si 'pelontar kata' yang memang suka menyakitkan hati, maka aku DIAM dari pada terus disakiti. Kerana bak kata pepatah, 'makin dilayan makin menjadi'. DIAM bukan kerana aku 'setuju'. DIAM bukan kerana aku salah. Tetapi DIAM kerana pernah terbaca pada satu hadis Baginda S.A.W yang berbunyi
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya" (riwayat At-Tirmizi).
Dan aku rasa hadis tersebut lebih menjurus untuk situasi di mana situasi aku berada ketika itu.

Antara lain hadis berkenaan DIAM adalah seperti


"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (riwayat Abu Naim)
Jadi kepada yang menyakitkan hati aku, adalah lebih baik kau DIAM. Dan sekiranya kau memang sakit hati pada aku, adalah lebih baik kau tidak perlu berjumpa dengan aku atau membuat sebarang tindakan yang berkaitan yang boleh menyebabkan kita berhubung. Aku tidak mengharapkan kau meminta maaf pada aku, cuma adalah lebih jika kau tidak terus menyakitkan hati aku!

5 comments:

The Sleeping Sheep said...

pergh en halim.. entry kali ini menyayat hati... jgn ler begitu en halim... suka duka... kami tetap baca blog en halim...kami ni masih still bersama pucuk pimpinan en halim... jgn give up dan selamat berpuasa... dari saya .. yg dekat dan memerhatikan... fewiittt...

Nanie Harris said...

ada betulnya jugak...klu aku pun aku lbh suka diam klu org byk menyakitkan hati..nk nk jenis yg x nk terima kesalahan diri sendiri...mmg buang masa layan...

Anipah Ahmad said...

Knapa ni cik lim...dah 3hari entri cik lim posting baru sy beri komen. Sebab dlm tempoh 3hari tu sy 'diam'. Hehe...betul la tu...style cik lim kan suka berdiam. Lain la cam sy ni..bl marah tak diam. Msg2 ada style sendiri. Maaf ea kalau sy tak diam membebel kat sini. Samat berpuasa cik lim.

Unknown said...

sape aje budak Toyota tu cik lim ye..mengenali kau mesti kau rasa annoying kan..:P

artakus said...

reds: betul tu reds

che pah: teruskan membebel che pah, memang dialu²kan untuk che pah. hehehehe

kaff: entah lah incik kafi ooooi. ditanya sape empunya diri pun tak pernah nak jawab!