Wednesday, March 10, 2010

Esok adalah harinya........

Selesaikan lah segala urusan mu hari ini wahai teman
Kerana esok terlalu tohor masa untuk mu
Pesankan segala wasiatmu hari ini wahai rakan
Kerana esok dikhuatiri kesempatan itu telah tiada di sisi mu
Sebarkan tentang peribadimu hari ini wahai taulan
Kerana esok dirimu akan terlontar di tanah asing yang berdebu
Persiapkan lah dirimu sesiaga mungkin pada hari ini
Kerana esok tiada bantuan selain apa yang kamu persiapkan!
Kerana esok adalah harinya
Kerana esok adalah masanya
Kerana esok adalah ketikanya
Untuk kita berjuang!
Sajak ringkas ini ditujukan kepada meraka yang akan ke PROGRAM GERAK GEMPUR SPM pada 11 Mac 2010.....'Gerak Gempur' kan bunyik mcm nak perang tuh! hehehe

3 comments:

asuhara sue said...

Gambatte!

Anipah Ahmad said...

iyer la cik lim. ni ktorang pn tengah sebukk dgn bahan2 yg nak dibawak. serta gak menunggu duit myk n sedikit elaun. moga pengempuran akan terlaksana dgn jaya n membuahkan hasil.

Unknown said...

selamat menempuhi kegempuran