Kita merancang, tuhan yang tentukan
Kita punya asa, tuhan punya kuasa
Kedua² ungkapan di atas perlu dijadikan penawar apabila apa yang berlaku tidak seperti yang dirancang. Sikap menyalahkan bukan satu pilihan untuk menghadapi saat kekecewaan. Sebaliknya alternatif perlu dicari untuk menyelesaikan masalah yang telah sedia terhidang didepan mata.
Kalau cakap kat orang kebanyakan ada yang kena sembur balik: "setakat cakap, memang la senang. Nak buat tu, boleh terjojol bijik mata." Tapi pada aku, the hardest part of the journey is on the first step. And you will never go anywhere if the first step was never made! Perkara yang senang memang datangnya dari perkara yang susah. Kalau tak pernah mula dan memang tak dibiasakan, sampai bila² la sesuatu benda tu susah. Jauh pulak aku melarat, hehehe!
Ape pun, pegang aje la pada mafhum kalam Allah:
Mereka merancang, dan Allah juga merancang, dan Allah lah sebaik² perancang.
(Al-Imran 3:54)
p/s: Nasib baik la ada kengkawan yang boleh membantu bila apa yang dirancang tak menjadi, hehehe!
2 comments:
mcm best je perancangan tu
apeler perancangan ko tu limm.....tak akan ada yang melangkah kalau tak ada langkah pertama!
akira menaiide!
Post a Comment