Wednesday, June 25, 2008

Sekali lagi

Nampaknya hari esok diramalkan 'mendung' dibeberapa tempat pada tubuh badan ini. beberapa tempat dijangkakan 'ribut petir' dan 'hujan' di beberapa tempat di bahagian pinggang ke bawah.

Ni lah akibatnya bila main futsal. Fikiran positif terus ditujahkan ke bahagian² yang sakit dan kepada minda yang mengeluh. "Inilah masanya nak bakar lemak, tak gitu badan?" Ngomel mulut pada tubuh yang terkulat² kepenatan! (hehehe...sesekali rasenya mcm orang giler pulak berckp sensorang).

Alhamdulillah la petang ni tak de training ping pong. kalau tak......tak tau la cek naaa. tadi masa lalu kat depan surau, beberapa ahli 'qaryah' memanggil mengajak singgah untuk pekena se'round' dua tamparan bat ping pong. tapi ditolak dengan alasan ada kerja di pejabat. Memang betul pun, malam ni ada OT. OT tu la antara harapan untuk menampung hidup di bandaraya JB ni. dengan minyak naiknya lagi, dengan beban makanannya lagi, duit sewa rumah, minyaknye lagi (eh, bukan dah sebut ke? heheheheh) dan mcm² lagi la yang nak kena bayar. Tu la...mak suruh balik kg (olak sepam) ko tak nak.. nak gak duduk kat JB ni. sayang benar ko kat KP (syarikat tmpt aku kijer ni ler) ni. "Bukan best sgt pun KP ni....". ayat hujung tu kengkawan aku yang tambah la. Tapi tu la aku (mohd halim bin hamid). Sekali dah sayang pada sesuatu, susah nak lekang dari diri, apalagi ingatan. saja mencipta pepatah sendiri, "kita tak perlukan sesuatu yang istimewa untuk setia. cukup lah sekadar setia itu sendiri." Kalau ada yang baca blog aku ni, then tak paham, tak pe la. Coz kenkadang aku sendiri pun tak paham ape yang aku ungkapkan! hehehehehe......

Hmmm....berdering lagi fon aku nih, mesti makcik² se'OT' dengan aku panggil ni. Gerak dulu na...solat asar pun lom nih. ja, mata ne! (bahasa jepun tuh, hehehehehe)

3 comments:

Ahmad said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad said...

yeah that's how life goes man...

terpaksa bekerja keras untuk setitik minyak..

bila nak beli PS3 macam nih?? XBOX 360 lagi.. kawin lagi.. sheeshhh...

artakus said...

hehehehe.....tu la pasal. PS3 tu boleh diabaikan. tapi bab kahwin tu memang wajib! hehehehehehe!