Tuesday, January 6, 2009

Budaya ketuanan yang tinggi.....

Budaya : 2. membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dll) yg baik supaya berbudaya atau beradab;kebudayaan keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir)
Ketuanan : hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dll),
dipetik dari Kamus Dewan Edisi Ketiga
_______________________________________________________________
Tajuk posting aku kali ini merupakan ungkapan yang dilontarkan oleh kawan aku terhadap satu syarikat MELAYU yang merasakan yang diorang ni dah best giler! Aku juga beranggapan bahawa 'kejatuhan' adalah sesuatu yang mustahil bagi mereka sehingga mereka² ni tergamak mengeluarkan kata² yang berunsurkan penghinaan dan memijak maruah orang lain. Dan tidak keterlaluan aku rase bila aku mengatakan bahawa mereka ini berlaku khianat di atas amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka, lantaran keluarlah istilah ber'tonggeng'jawab yang pada aku lebih sesuai dilabelkan kepada mereka ini! Maka benarlah kata² ustaz aku dulu yang menyatakan bahawa kebarangkalian manusia yang gagal diuji dengan kesusahan adalah lebih rendah berbanding dengan kebarangkalin manusia yang gagal diuji dengan kemewahan!
Memang benar apabila diuji dengan kesusahan manusia tersebut mudah kufur. Tetapi cuba kita lihat pula implikasi kegagalan manusia yang diuji dengan kemewahan. Kat sini aku sebut individu je lah:
1. Tsa'labah dengan kambing²nya,
2. Qorun dengan harta²nya dan paling teruk adalah
3. Fira'un dengan kerajaannya sehingga dia mengaku yang dirinya tuhan! Na'uzubillah!
Kalau dilihat kembali kepada syarikat MELAYU yang disebutkan kawan aku tadi, kemungkinan untuk dia menjadi seperti individu yang telah aku sebut tadi adalah tinggi. (tidak merujuk kepada fira'un) Semoga mereka² ni cepat sedar dan bertaubat dan tidak melayan orang lain ni seperti sampah atau najis! Kerana walau setinggi mana pun kedudukan korang, tetap akan diletakkan 7 kaki lebih rendah dari tapak kaki akhirnya!

5 comments:

KP ADMIN said...
This comment has been removed by the author.
little lady in red shoes said...

serius nih!!!

asuhara sue said...

mudah-mudahan aku tak akan langsung tergolong dalam orang2 spt itu.

Ahmad said...

well, sometimes orang tak tahu bahawa kekayaan itu juga adalah satu ujian..

samada kekayaan itu boleh membantu dan memudahkan perjalanan kepada Tuhan, atau ianya menjadi satu tiket ke Neraka, itu terpulang kepada kebijaksanaan si penerima ujian..

tapi kebanyakkanya bodoh dan bangang. (termasuk aku) muahahahah..

artakus said...

lil lady: hmmm...memang serius nih, seriously serius!

asuhara: amiiin....sama lah dengan aku!

gunblade: betul tu incik gunblade!

waaah....dah lama tak nampak incik gunblade!! ^_^