Thursday, February 5, 2009

"Kau sape hah?"

"Kau sape nak tegur² aku ni? Kau ingat kau tu dah bagus sangat! Diri sendiri pun lintang pukang, ada hati nak tegur orang!"

Begitu panas telinga bila dihambur dengan kata² tersebut. Seakan telinga dicurah dengan air rendaman lada. Panasnya telinga tidak kurang dari kepanasan yang hinggap di ulu hati. Pedih, pijar! Perlukah aku menjadi Yang berhormat untuk menegur? Perlukah aku bergelar 'Al-Fadhil' untuk berbicara. Perlukah aku berada di puncak pangkat untuk berkata²? Telah jelas keegoan pada diri, walau 'title' apa sekalipun yang kau dokong, tetap ayat itulah yang akan diterima sekiranya yang ditegur mengenderai ego sebagai tunggangan, menyuap sombong sebagai makanan dan menyarung megah sebagai pakaian.

Teringat aku kepada kata² hikmah yang aku kurang pasti dari mana aku perolehi.

"Permata tetap dipanggil pemata walau keluar dari mulut anjing sekali pun!"

Jelas sekali, kita tidak perlukan sebarang pangkat pun untuk menegur atau ditegur. Cukup sekadar kesedaran itu timbul bagaikan sabut dan rase segan tenggelam di dalam kabut. Sekiranya apa yang diperkatakan itu benar, nasihat dari penjenayah sekalipun perlu diamati, dan kata² dari anak kecil sekalipun perlu diberikan teliti.

Minda lantas menyorot pada salah satu dari babak dalam 'Ayat² Cinta', ketika mana Fahri, watak utama dalam cerita tersebut dipersenda pada mulanya oleh seorang lelaki yang memegang watak orang gila di dalam sel tempat Fahri dipenjarakan apabila beliau difitnah merosakkan kehormatan seorang wanita. Namun watak lelaki tersebut menegur Fahri akan sikapnya yang menganggap dirinya suci dan tidak sepatutnya berpendirian menyalahkan pencipta. Lantas lelaki gila tersebut telah memperingatkannya tentang kisah Nabi Allah Yusof yang difitnah dan dimasukkan penjara, seiras dengan apa yang telah berlaku pada Fahri.

"Allah sedang berbicara dengan mu Fahri, Allah sedang mengingatkan mu untuk tidak sombong!"
-selang beberapa babak-
"Istighfar Indonesia.....istghfaaaar! Ingat lagi siapa dirimu (ketawa). Apa yang telah ku lakukan selama ini....hah? (ketawa) Tidak kah kau sombong Fahri! Kau rasa paling benar, kau merasa paling suci...bahkan di hadapan isteri mu sendiri! (ketawa)"
"Kau ingat, kisah Yusof a.s. dan Zulaikha........"(kisah nabi Yusof dan Zulaikha)
Dan babak ketika Fahri di 'tarbiah' oleh orang gila tersebut merupakan antara babak dalam cerita tersebut yang menjadi minatku untuk diulang beberapa kali. Betapa benar kata² yang dilontarkan oleh 'orang gila' tersebut pada Fahri, seorang penuntut cemerlang Universiti Al-Azhar yang mana jika dihitung dengan akal cetek manusia ego, babak tersebut tidak mampu ditelan lumat oleh mereka.
Namun ape yang aku perkatakan di dalam coretan ini masih tidak mampu merungkai sombong pada manusia berhidung tinggi. Selagi mana keegoan, kesombongan dan bangga diri masih diletak di singgahsana hati. Fikiran lah sendiri, kerana kita mampu jadik seperti mana entri aku yang lepas bertajuk 'Budaya Ketuanan Yang Tinggi' jika kita benci dengan teguran dan jijik dengan kritikan! Jika dua hidangan minda di atas tidak mencerna sifat keji, cuba pula hayati kata² dari Saidina Ali:
"Jangan kamu melihat siapa yang berkata, tetapi dengarkan lah apa yang diperkatakan!"

4 comments:

Nanie Harris said...

sekurang2nya kita dh cuba menegur...kalau org x blh terima nk buat camna kan...

napi.... said...

buat bodo aje......

artakus said...

reds: betul tu reds, tindakan dah dibuat...tgk je la hasil.

napi: asyik buat bodo je....bila nak pandai! hehehehe

Ahmad said...

cakap kat orang macam tuh...

Nabi s.a.w. berpesan dalam hadith baginda yang bermaksud :

"Jangan melihat siapa yang berkata, tetapi dengar apa yang dikatakan"..

lepas tuh cakap kat dia "nih Nabi s.a.w. yang sabda, kalau kau taknk ikut cakap Nabi s.a.w, takpe.. aku tak kesah"

lepas tuh senyum manis dan blah daripada situ...