Objek merah hitam yang dibalut dengan sarung kulit gelap yang aku pasti menggenggamnya dengan erat, tiba² berada di udara beberapa ketika di dalam hujan sebelum ianya jatuh di dalam lopak air sedikit jauh dari tempat aku berada. Objek itu terus tenggelam di dalam takungan air itu tanpa meninggalkan sedikitpun bahagian yang ada mencungap ke permukaan! "Aaaaaaa.......henfon aku!" Beberapa ketika kemudian ayat itu la termuntah dari mulut. Dan dengan segera aku berlari mengambilnya dari dalam lopak air berkenaan dan terus masuk ke dalam kereta kawan aku. Di dalam kereta, aku cuba membelek Nokia 5630-Xpress Music itu yang baru setahun aku miliki. Alhamdulillah....skrinnya masih menyala seperti biasa, cuma aku tak pasti bahagian dalamnya sahaja. Aku cuba mematikannya sebagai langkah keselamatan. "Jangan buat ape² beb, biar je sampai air dalam tu tus." Nasihat rafee apabila dia nampak aku cuba mematikan henfon aku yang agak malang tu. Aku yang kebingungan, menuruti sahaja nasihatnya. Dan dalam kereta, beberapa nasihat diberikan dan aku hanya mengangguk dan memikirkan, macam mana la boleh terlepas dari tangan? Terus masuk dalam lopak air pulak tu, tenggelam! Setelah sampai di terminal larkin, aku terus menuju ke kaunter tiket untuk ke muar dan perjalanan jam 5 petang aku pilih untuk dijadikan waktu yang sesuai untuk aku bergerak. Kaki terus di hayun ke masjid di terminal tersebut untuk solat asar. Ketika aku berada di rakaat terakhir, aku terdengar deringan datang dari henfon yang ku letakkan di dalam bag galas aku. Berkali² ianya berbunyi dan aku seakan berasa lega kerana seperti yakin yang henfon aku masih berfungsi dengan baik. Setelah salam kedua, aku terus mencapai bag dan mengeluarkan henfon dengan niat untuk menjawab panggilan yang datang dari bos aku. Cuak lantas melekat di hati apabila butang henfon yang aku tekan tidak memberikan sebarang respon terhadap sebarang tindakan yang aku buat! Terasa pasti yang litar henfon di dalamnya telah mengalami litar pintas! Huhuhuhu.....waaaaaa! Aku simpan semula henfon di dalam bag walau ianya masih berdering. Terus melangkah ke luar, pakai kasut dan mencari tempat yang sesuai untuk aku usahakan apa yang boleh terhadap henfon tersebut. Tanpa membuang masa, aku terus membuka bahagian belakang henfon tersebut dan mencabut baterinya. Kembali aku masuk kan di dalam bag. Termenung seketika sambil berkira bajet untuk membeli henfon baru. Duit lagi........huhuhuhuhuhu! Ape pun keputusan akan aku buat setelah aku pulang dari KL, melawat anak bongsu abang aku yang dikhabarkan berada di dalam ICU. T_T
7 comments:
Hmm...sebab tulah aku x beli hp yg mahal2 ni sbb pikir perkara2 camnilah... huhu
aku pun sama seperti reds...huhu. yang penting boleh call dan sms...tapi memory selalu je penuh..huhu lagi
sabo jelah halim...
reds: hehehehe....sesekali nak merasa.
kaff: ye ke....bila nak beli fon baru? :p
cinta: haah, memang tgh sabor la nih. T_T
letak kat dalam beras laa... nanti dia kering...
ko mesti ingat aku bedek kan...betul beb! gua tak tipu.. aku ada dapat email pasal kalau hp jatuh dlm air nih.. dia masukkan dalam beras jer.. n biarkan dlaam 2 hari gitew
try aaaa
percaya....percaya....aku memang percaya mama cool! sungguh...tak tipu punye kepercayaanku pada mu! ^_^
ayoooo.. seksa wo jiwa raga tepon kalu kong.. aku paham aku paham.. my empathy is with u..
Post a Comment