Sedang aku melayan kisah Karpal Singh cuba menyaman Sultan Perak di Bulietin Utama TV3, datang seorang student UiTM ke meja aku (meja cashier).
"Saya nak amik pesanan atas nama nadia."
"Jap ek" (sambil membelek beberapa bungkusan polestrin kat atas meja)
"Wokeh, nadia punya dah siap!"
"Berapa semua pak cik?"
Hoh, pak cik? Aku merentan dalam hati. Namun aku gagahi jua panggilan tersebut disarungkan pada aku.
"Sembilan hinggit lima puluh sen jek."
Setelah transkasi di buat...."terima kasih pak cik!"
Dan sekali lagi aku menahan ketidak puashatian dalam hati aku ni. Pak cik? Tua sangat ke aku pada pandangan budak ni! Huhuhuhuhu.....T_T
Esoknya aku bercerita pada kawan dengan hajat meraih simpati. Rasional aku menyatakan yang aku tak kisah kalau orang panggil 'pak cik' sekiranya aku dah berkahwin. Tapi situasi sekarang ni, aku belum kahwin, dah kena panggil pak cik.
Habis sahaja aku bercerita, kelihatan muka kengkawan aku yang berkulit cerah bertukar merah, menahan gelak. Dengan bermodalkan sedikit sengih dari aku, terlepas lah gelak besar dari diorang!
"Kah, kah, kah.....Hahahahahaha......pak cik!!!!!"
Aku hanya mampu senyum, tersengih dan akhirnya turut sama melepas gelak. Dan tak dinafikan cerita tu kelakar pada aku dan kengkawan aku! Namun, hakikat tetap aku kena terima, 'aku dah semakin tua!'
9 comments:
sib baik dia panggil pakcik... klu dia panggil panda ke cipan ke lagi sedih...bersyukurlah...hehe
artakus akan kelihatan kinky kalau dipanggil panda..hehe..ops..sori
pakcik tak bermakna tua halim....tu makne nye halim dh semakin matang...ke dh tlebih matang hehehee jgn mare...tak kisah pakcik ker abang ker yg penting kite enjoy!!!(kate nora danish)
muahahahahhahahha!
relax 1 corner la bebb!
tak pe, pakcik2 pun ko kiut aperrr..keskeskes
aku selalu panggil ko pan cik, lim??? hehehe pakcik tuk iman :p
reds: panda he....cipan hee....! tu mcm ko yang nak penggil jek!
kaff: wah, banyak la ko punye kinky!
cinta: hahahaha...ye la tu cik cinta! :p
asuhara: ye ke kiut? malu ah! ^_^
iman: hahahaha....memang betoi tuh! eh, ni mcm nak mintak duit raye jek! ;p
haha seriusss.. ko muka ke'anak-anak'an pun leh dpt gelaran pakcikk.. :p
keanak²an heeee.....! kan senang kalau ko ckp cute jek! hahahahaha!
eves, lama tak nampak? dah abis bertapa? :p
alaaa banyak la bertapa.. keje melambak laaa.. nak bertenet pun xsempat.. tp skang dah ok laaa.. heheh
Post a Comment