Thursday, March 19, 2009

Latihan yang 'Meriah'........

Selasa, 20 Rabiul Awwal 1430/17 Mac 2009, malam. Hari kedua latihan dalam minggu ini yang dijangkakan akan berlaku dan diharapkan tidak kesampaian apabila lokasi latihan di Kampung Seri Serdang keterputusan bekalan elektrik akibat kehadiran bintang² ping pong di persada KPYPJ. Hahahahaha.....perasan sendiri je tuh! Tak bintang mana pun. Cuma mungkin che pah je la yang boleh dianggap bintang di kalangan perserta wanita untuk kategori 'lightweight'. ^_^
Acara yang aku nanti² kan sepanjang minggu ini untuk membakar lemak² tepi di bahagian 'spare tyre' ini menjadi acara untuk aku manambah kadar kepadatan lemak tepu di bahagian² yang boleh dimuatkan lagi dengan bendasing tersebut.
Acara dimulakan dengan perbualan oleh ahli² ping pong dan badminton (kaff, reds, che pah dan gue) yang mana acara terbut diadakan bagi memastikan kebosanan berada di tahap yang sederhana bagi memangkin tahap kesabaran dalam menunggu jurulatih kami men'transform' kan dirinya kepada juruelektrik kurang bertauliah di samping dipantau oleh juruelektrik bertauliah yang kami tak pasti ada ke tidak pada masa tersebut.
Semasa perbualan ringan tersebut berlangsung, beberapa lagi individu yang berminat untuk berkecimpung dalam acara ini turut serta bersama kami. Antaranya haji peramah (quote dari kaff) dari surau Taman Tampoi Utama dan rakan se'pingpong'annya yang dikenali sebagai brader razak. (ye ke?) Namun kehadiran mereka hanya dilayan oleh kaff kerana kami bertiga (gue, reds n che pah) seperti tidak sealiran dengan cerita yang beliau bawa.
Selepas beberapa ketika, timbul idea untuk minum (walau telah beberapa kali di sebut). Kami berempat (tanpa mempelawa Haji peramah dan rakannya) lantas keluar dari kawasan dengan kereta kaff. Terus menuju ke restoran berdekatan (Habib) dan lantas memesan tosey sebagai pembuka selera kerana ura² untuk ke taman U di sarankan untuk menikmati nasi ayam penyet pula jika bekalan elektrik masih lagi terputus sejurus tosey di'setel'kan.
Setelah hampir setangah jam mengomel dan berceloteh, kaff lantas menghubungi En. Us untuk bertanyakan perihal elektrik. Harapan terus berbunga apabila kaff memaklumkan yang bekalan elektrik masih tiada selepas dia menghubungi En. Us, selaku pengurus kami. Dan tanpa berlengah, kami ber4 menuju ke lokasi latihan untuk mengambil kereta reds dan terus ke lokasi seterusnya iaitu Taman U.
Dipendekkan cerita, aku begitu kekenyangan malam tu kerana sepinggan nasik ayam penyet sedangkan mereka bertiga telah berkongsi makan sepinggan jek. Dan ianya merupkan hidangan nasik yang ketiga aku pada hari tersebut! Hahahaha.....bertambah gendut la perut ku ini! T_T
ps: Foto² mangsa (ayam penyet) dan suspek (kami) pada malam kejadian boleh didapati di kedai gula² yang berhampiran. ^_^

5 comments:

malkomal said...

ooo kata nak kurgkan selulit di badan.. tp dewan xde letrik ko berbunga2 harapan yek.. dasar pemakan!! hehehe.. halimmmm kat mana weh ayam penyet tu? tmn u dah dekat ni.. mmg cara ke?

Nanie Harris said...

ingtkan hr tu kitaorg nk order 1 pinggan lg utk ko..hehe

asuhara sue said...

weh hello....sila jaga pemakanan anda kalau nak terus jadi pemain ping pong pesaya

Unknown said...

dah terlebih makan kenalah terlebih exercise plak lepas ni ye tak?

artakus said...

eves: waaah....mcm nak p gak jek! kedai tu kat area² mama chop papa grill. tapi nak map yang lengkap, tanya kat tokey kedai gula² ^_^

reds: kweh kweh kweh. kalau ko ada order, aku bungkus jek! hahahaha

asuhara: baik la coach! T_T

kaff: baik la pengurus pasukan! T_T