Thursday, July 9, 2009

Mana dia..........?

"Mana pulak perginya fail kulit keras aku nih? Sape pinjam yek?" Gerutuku sendirian.
Dalam minggu ni, aku baru sedar yang fail paling penting di bawah jagaan aku tak ada dalam simpanan. Kali terakhir ianya aku ingat, aku meminjamkannya pada seseorang. Tapi tak jelas individunya. Segalanya terlalu kabur. Pada hal peminjam yang sebelumnya aku boleh ingat sampai sekarang. Tetapi tidak yang ini.
Telah beberapa orang aku tanyakan fail tersebut. Semunya memberikan jawapan yang negetif. Kalau ada unsur sabotaj, mati lah aku!
Sedang aku membongkar memori berkenaan fail tersebut, telefon aku pulak berdering.
"Lim, dah ada lom buku yang kau nak kasik aku tuh?"
"Aaaa....aaa.......lom lagi la. Jap lagi aku carik. Ke ko nak tunggu aku carik?"
"Aku tunggu ko carik la. Sambil teman²kan ko carik, boleh kau bercakap dengan aku."
"Eh, ye ke? tak abis ke kredit ko nih? Kalau kredit kau abis nanti.........." Dan aku terus mengomel untuk beberapa saat, cuba mengalihkan perhatian.
Setelah beberapa ketika, aku menyerah.
"Tak pe la beb, aku carik dulu. Dah ada nanti aku call ko balik."
Telefon aku letak. Aku terdiam seketika. Tambah lagi satu beban untuk memori aku yang dah bersawang nih. Nampaknya aku semakin pelupa! Adakah kerana umur yang meningkat? Atau sumpahan orang? Hahahahaha......bunyik mcm kelakar! Tapi....mungkin juga. Aduuuuuh....mana lah perginya korang nih? (Fail dan buku)

6 comments:

Mohd Sabar & Rafieah said...

Rileks cik alim...cari pelan2...iman n amien doakan cik alim jumpe fail n buku penting tu dr jauh...

Unknown said...

bukan ke kau bagi aku pinjam tempohari? ..


saje je nak tambah saspens..

Nanie Harris said...

aku kot pinjam...hehe

asuhara sue said...

eh tah2 ada kat aku nih lim...eheheh..
weh sama ada ko termakan semut atau org yg pinjam tu agak kedekut. sebab tu ko susah ingat nama dia! eheh pepandai jek aku ek?

The Sleeping Sheep said...

erghh.. kesah hari ni pasal fail ke?.. cayalah lim.. suspen siot citer... ada mcm citer BioNik kat tv3 tu

artakus said...

iman: thanks! :)

kaff: hoh, ye je ko ni! hehehe

reds: hoh, ko pun sama? hohohoho

asuhara: aik, ko pun nak join gak? kui kui kui! mungkin gak kot makan semut. rase macam cipan plak! :p

toyota: lebih kurang macam tu laaa.