Wednesday, August 12, 2009

Hari ini hari Rabu.......

Hari ini hari Rabu
Semalam hari Selasa
Kelmarin hari Isnin
Lepas kelmarin.....hape ek? Semalam kepada kelmarin ke?
Tak pe lah. Sebelum tu, hari Ahad
Sebelum tu lagi hari Sabtu. Ada majlis Konvo KPYPJ ke 12, Majlis perkahwinan adik Azura, Majlis perkahwinan adik ipar En. Jamal dan Majlis Perbandaran saman kereta aku. Hehehehe!
Esok pulak hari Khamis
Lusa hari Jumaat
Tulat hari Sabtu
Lepas tulat.....hape ek? Yang pernah aku dengar, lepas tulat langkat. Tapi betul ke? Lepas langkat? Mangkat ke?
Tak pe lah, aku anggap minggu depan je lah.
Hujung minggu depan iaitu pada hari Sabtu, diramalkan akan masuk 1 Ramadhan. Dah start pose dah. Rasenya hutang dah setel.
Entah kenapa mata seakan berkabus.
Entah kenapa dada terasa sebak.
Entah kenapa hati terasa sayup.
Entah kenapa jari sejuk. Eh, pendingin hawa aku bukak sampai maksimum. Patut lah sejuk banget.
Tapi.....mata yang berkabus itu benar,
Dada yang terasa sebak itu benar,
Hati yang terasa sayup itu juga benar.
Semakin meningkat angka yang berada di dahi aku ini, semakin berdebar aku menanti bulan suci ini. Namun, perasaan itu hanya sebagai perasaan. Mungkin naluri aku sahaja yang bertindak balas secara rohaninya terhadap Ramadhan. Tetapi tidak diri aku sendiri. Jasad aku seakan menafikan apa yang cuba dinikmati oleh rohani. Seperti orang kelaparan yang melihat hidangan lazat tetapi terkurung di dalam sangkar yang menegahnya dari menggapai juadah tersebut.
Hmmm.....rekod dua bulan sebelumnya begitu teruk. Adakah ia merupakan petanda bahawa Ramadhan aku juga semakin dipinggir? T_T

6 comments:

Pendekar Laut said...

insyaallah...ramadhan tidak akan pernah di pinggirkan kerana ia termasuk dalam entri rukun Islam yang ketiga....cuma amalan dan tanggungjawab pada bulan itu yang harus di bimbangkan adekah ia di pandang remeh atau di anggap sinis...

Anipah Ahmad said...

Waa...nape cik lim...cam pilu jer. Selamat esk hari Khamis.

Unknown said...

puasa tahun lepas dah ganti belum?

cinta said...

en.halim ade utang posa jugak ke???ape2 pn selamat myambut kedatangan ramadhan al-mubarak....bulan yg penuh ngn 1001 fadhilat

The Sleeping Sheep said...

pergh... giler emo en halim ni... apa yang berlaku.... asyik2 muram durja jer.... ini latest posting tajuk "hari ni rabu"... kadangkala saya jumpa en halim terfikir pula , nak tanya segan.. ok ke en.halim ?
anyway selamat berposa .... jgn takbur.. kami benci belia takbur hahahaha....

ps: aku duduk dekat pun buat dek jer... bila en halim nak notis aku nih

artakus said...

pendekar laut: terima kasih incik pendekar

che pah: kui kui kui, selamat juga untuk che pah!

kaff: aaa....aaa.....dadh kot! hehehehe

cinta: terima kasih incik cinta!