Friday, August 21, 2009

Selamat berpuasa.........

Hari ini merupakan hari terakhir dalam bulan Sya'aban. Dan esok merupakan hari pertama dalam bulan yang penuh keberkatan. Dan Maghrib ini kita bersama² akan memulakan langkah pertama menghadapi bulan yang amat dimuliakan. Buruk atau cantiknya Ramadhan kita nanti boleh kita anggarkan dengan langkah pertama kita. Jika tegap langkahnya, insya Allah lurus lah perjalanannya. Tetapi jika 'terdengkut' kakinya maka hiruk pikuklah juga laluannya. Namun semuanya hanyalah andaian dan persepsi pertama kita. Tidak mustahil juga, permulaan kelihatan membimbangkan tetapi berakhir dengan cemerlang malah sebaliknya.
Sebagai persediaan memulakan langkah dalam bulan yang dihiasai dengan maghrifah ini, aku Mohd Halim Bin Hamid a.k.a artakus5143 memohon maaf kepada semua yang pernah membaca blog aku yang sering berbaur emosi ini. Segala penulisan yang menyinggung dan secara tidak sengaja tersentuh kehalusan hati, aku pohonkan keampunan. Memang juga ada kata² kesat dan sinis yang disengajakan, diharap agar fahamilah ia. Namun kemaafan turut jua aku sisipkan agar ibadah aku diterima olehNya.
Niat aku untuk berehat ketika Ramadhan ini, ku pohon dimakbulkan. Bukan kerana 'mengada²', cuma berharap dosa ketika menulis dapat dikurangkan sebagai menghormati bulan yang penuh kerahmatan ini. Semoga Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun² yang sudah. Dan insya Allah, berjumpa lagi di arena penulisan selepas 1 Syawal 1430H nanti. Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan selamat menjalani ibadah puasa!

7 comments:

asuhara sue said...

Lim selamat berpuasa. moga ramadhan kita kali ini lebih bermakna!

Anipah Ahmad said...

Selamat berpuasa utk cik lim gak. Sama2 kt merebut fadilat yg ada. Tp..jgn la tak menulis dalam tempoh sebulan ni. Tak bererti bl menulis tak menghormati bulan mulia ni. Cik lim blh tulis apa2 jer spt kata2 panduan n pedoman ke... Paling tak pn beri resipi utk berbuka ker.Hehe. Itu pn dah memberi faedah kpd pembaca seterusnya cik lim insyaAllah dapat pahala gak.
Tp kalau tak nak tulis gak, sy tetap menghormatinya.

Mohd Sabar & Rafieah said...

betullah kata anipah tu, lim...tulis yang baik2 kan sedekah, dapat pahala...lagi berganda2 di bulan yg barakah ini...tak gitu?

Unknown said...

yelah..kan bagus bulan-bulan puasa ni En. Halim dapat berkongsikan ilmu-ilmu yang ada dengan para peminat.

The Sleeping Sheep said...

kami dari pasukan peminat en.halim harap dapat lah en.halim post apa2 yg nak post kat blog... kita org ni memang baca dan reply nyer (sbb ni jerlah tmpt port kita, dan kita org jerlah yg baca dan reply).. kompem..
selamat berposa dan selamat merdeka , dari kami peminat setia en.halim.. whatever whenever shakila shakila..

artakus said...

sue, che pah, iman, kaff:
terima kasih semua. ada terfikir gak nak taip mcm tu. tapi....tak pe la! thanks again! lu orang memang rooooock!!! ^_^

~PakKaramu~ said...

Sepi itu indah jika kita fikir kebesaran Allah