Thursday, January 7, 2010

Dr. Azizan kata........

Dr. Azizan cakap, kalau nak sesuatu tu kita kena bagi dulu pada orang. Baru lah kita dapat balik ape yang kita nak. Contohnya kita nak kaya, kita kena la bagi 'kaya' kat orang dulu, baru kita boleh dapat kaya. Tak kisah lah kaya duit ke, kaya kat roti tu ke.
Tapi.....
Hukum tu tidak berfungsi secara 'tunai', dan biasanya hukum tersebut kerap diaplikasikan pada perkara² yang tidak boleh disentuh. Contohnya kasih sayang, ketenteraman, gembira dan beberapa lagi perkara yang dikira sebagai abstrak.
Ia juga tidak la bermaksud, not rm5 yang kita campak di tabung masjid pukul 1.30 tgh hari tadi, boleh kita cashkan di ATM terdekat pada sebelah petangnya dengan nilai yang telah berganda! Hukum ini juga tidak berlaku secara tunai (sekali lagi aku nyatakan). Ia akan kembali pada kita pada waktu² yang tak dijangka atau pada waktu yang amat kita perlu.
Contoh termudah ketika kita tidak berkira sewaktu membayar bil makanan rakan yang semeja makan dengan kita pada awal bulan. Kemungkinan besar, makanan kita pula akan ditaja oleh rakan kita semasa hujung bulan, diwaktu secara lazimnya kandungan poket atau dompet lebih cenderung berisikan habuk dan kertas resit berbanding not² yang beraneka warna.
Jadik...pendek cerita, kalau nak perkara baik sentiasa berlegar² di sekeliling kita setiap hari, sebarkan lah juga perkara² baik sebanyak yang mungkin pada orang sekliling kita. Perkenalkan kegembiraan kepada setiap insan di sekeliling, insya Allah, kegembiraan juga la yang akan menyapa kita setiap hari.
Begitu juga dengan bende² yang negatif. Jangan salah kan orang lain yang memberi benci jika kita sendiri yang menghulur benci sebagai orientasi.

5 comments:

malkomal said...

aku setujuuuuuu.. menarik kupasan iitu..

cheekongsejuk said...

sebelum tido maafkanlah segala kesalahan org2 di sekeliling kita & bila bangun pagi plak sentiasa mulakan dgn mood +ve. insya allah hari2 kita akan lebih baik dari hari sebelumnya.. mudah2an..

asuhara sue said...

betul tu, aku sangat setuju! dan lagi, kata dr. fadillah kamsah, kalau kita berfikiran positif, akan berlegar2lah aura positif disekeliling kita.

err...tapi apesal ko suka buat contoh makan jek lim? lain2 tak de ke?eheh

Cikgu Zam said...

salamm,
setujuuu sangat. setiap insan wajar menhayati sedalam dalamnya nukilan dia atas

artakus said...

malkomal: thanks...

cheekongsejuk: shukran.... :)

asuhara: arigato neh...sebab makan antara elemen yang sentiasa 'berlegar' di sekeliling aku, hehehe

cikgu zam: terima kasih juga....