Monday, June 21, 2010

Sedikit berita karut.......

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki yang dipercayai salah seorang daripada ahli kumpulan Geng Seluar Baju Melayu berjaya ditahan geng lain (Geng Seluar Slack) ekoran kerana tidak puas hati atas tindakan lelaki tersebut yang menyamar sebagai penembak tepat yang nyata tembakannya tidak tepat ketika sesi menembak diadakan di lapang sasar PULADA, Ulu Tiram.
Beliau yang di tahan ketika menaiki kereta yang dipercayai miliknya sendiri di 'block' oleh dua buah basikal BMX milik geng lain ketika balik dari sesi fotografi bertema 'Mari Bergambar Dengan Senapang Walaupun Tak Kena Sasaran' bersama ahli² Geng Seluar Baju Melayu tersebut, yang mana juga telah lama menjeruk rasa akan tingkah laku lelaki itu yang menjengkelkan.
Menurut salah seorang ahli geng lain yang memberi maklumat menggunakan surat layang kepada pihak media menyatakan, individu yang dikenali sebagai 'Babart' ini telah lama di perhatikan oleh geng² lain yang berasa kurang senang dengan teknik penyamarannya yang begitu mudah dikesan oleh pihak luar dan sekaligus merosakkan profesion panyamar profesional di samping kelakuan kurang senangnya yang kerap ditonjolkan seperti melempar pinggan sembunyi tangan, menangguk di air sirap, melepaskan 'angin' di tangga dan alang² makan biar pengsan.
Rahim (bukan nama sebenar) berkata lagi di dalam surat layangnya, sehubungan itu pihak geng² lain tidak perlu risau lagi kerana dengan tertangkapnya 'Babart' ini atau nama sebenarnya Ku Botak bin Ku Lop, akan memudahkan pergerakan penyamaran ahli² geng yang lain dalam melakukan aktiviti separuh bermoral itu.
Beliau juga yang mewakili ahli Geng Bas Sekolah amat berterima kasih kepada geng yang telah berjaya menangkap lelaki itu.

7 comments:

Unknown said...

nak kata kelakar macam tak kelakar lim...nak kata tak kelakar macam kelakar..ketawa jelah lim..hehe..jgn mare lim..babart rock!

cheekongsejuk said...

huahua.. baikkk punyaaa..

Zaidah said...

sape yang berlakon babart tu...memang rocklah..

Nanie Harris said...

Ni cam ada kisah benar disebalik citer ni jer...hahaha...

little lady in red shoes said...

berita karut paling best diabad ini!!!!

artakus said...

semua: saje je nak buat posting. dah lama sangat rasenya.

p/s: sebelah tu senapang betul tau! hehehe

anak rantau said...

aku rase masuk kan aje budak dalam gambaar ne dalam hutan ...aku tembak ngan senapang biji terung pipit hahaha...