Kebelakangan ni, aku kerap terfikir pasal parent aku. Dengan keadaan diorang yang semakin uzur. Kerap diserang penyakit yang kalau masa muda dianggap penyakit² celah gigi. Kurang selera makan. Yang terbaru bapak aku plak di'tegur' makhluk halus.
"Kenapa la dia nak tegur orang² yang semakin dan yang memang dah tak berapa sihat mak ek? Tegur la orang kaya nuuun!"
Antara ayat yang sempat aku keluarkan ketika aku menelefon mereka di kampung. Dan kemudian disusuli dengan gelak kecil mak aku. Tenang rasa hati dengar tawanya.
Dalam pada itu, aku ada gak terfikir untuk duduk kat kampung jek. Jaga diorang, tengok² kan diorang. Paling tak pun, bila malam ada la jugak 'orang muda' kat rumah.
Pernah juga aku terfikir lebih jauh....bila bapak aku tak de, ape plak nasibnya mak aku nanti. Siapa la yang aku selalu jenguk dia. Kalau mak aku yang tak de dulu, aku tak risau sangat. (bunyik mcm kurang hajar ek?) Maksud aku, aku kena fikir juga la, apa yang akan berlaku pada masa depan, dan apa pulak tindakan aku sebagai salah seorang anak yang tidak mahu dicop 'si tanggang'.
Bila fikir lame² pasal kemungkinan susana rumah kat kampung, bila diorang dah tak de, sayu pulak rase hati ni. Kalau tak kerana cover macho, dah meleleh air mata nih! Huhuhuhu!
Fuh, tetiba pulak sebak!
*sob, sob*
T_T
7 comments:
terharunya baca..
bagusnyaaa...anak sapa ni ekkk?
semoga kau dapat berikan yang terbaik beb! gambatte neh!
anor pun rasa sedih.. lama gak x blk. nk kene blk gak ni b4 raya..
sayangi dan jenguk mereka selalu selagi mereka masih ada di dunia :)
reds: huhuhuhu.....
sue: anak pak hamid laaaa....insya Allah!
cheekong: balik beb, jgn tak balik
iman: insya Allah....same² la kita
mentaati kedua ibu bapa itu wajib. menjaga mereka ketika mereka tua juga wajib. Alhamdulillah, rata-rata kita masih ingat kat kedua ibubapa kita.
tapi bro, jangan fikir sangat tentang hakikat kematian. setiap yang bernafsu pasti akan merasa maut. lambat atau cepat je.
lagipun, maut itu perpisahan sementara, kalau kita sentiasa mendo'akan mereka, pasti Allah akan satukan kita dengan mereka di sana, insyaAllah.
be strong bro!
kalau ada masalah, calling2 lah. nih senyaaaaaaaapp je...
p/s theme baru yang awesome! background chantek tapi rasanya warna font yang kat tepi tuh kene tukar kepada yang gelap sikit.. skarang punya kaler susah mau baca lah kaawan!
ahmad: thanks bro!
pasal theme tu, tu la. aku pun penat adjust. tapi tak berhasil gak. nanti ada masa, aku godek lagi.
Post a Comment