Monday, September 5, 2011

Raye 2011

Hari dimulakan dengan keadaan mood yang bercampur². Antara semangat kerja bagai nak hidop 1000 tahun dan kemalasan umpama duit dah ada berkoyan² kat rumah. Tu tak campur lagi dengan kerisauan duit yang dah di perabiskan sebelum raye hati tu. Lagi la bertambah malasnya.


1st day di pejabat selepas cuti raye menyaksikan betapa tidak puasnya kita beraye sehingga suasana di pejabat berada di dalam keadaan lengang umpama esoknya baru nak raye. Yang datang pun dengan semangat yang so-so yang memang lebih kepada tak nak start kijer lagi (termasuklah aku). Hanya ada sorang-dua je yang memang dah betul² nak mula kijer. Namun tidak dapat dilakukan dengan lancar disebabkan beberapa 'orang penting' juga belum naik dari bercuti.


Aku lebih kurang je dengan mereka² yang aku sebutkan tadi. Cuma apa yang lebih aku rasekan adalah nafsu untuk tido je kat rumah. Tidak seperti yang dapat aku lihat di sekeliling aku yang masih bernafsu untuk beraye. Semakin tua ni, mood untuk beraye tu semakin kurang dari tahun ke tahun. Mungkin kerana 'sorang²' kot. Masa 'muda²' dulu, rajin dan berani gak beraya sorang². Bila difikir balik...ajjer giller betul la aku pada waktu tuh, hehehe!


So....selamat berhari raye la kepada semua. Raye² gak, kijer jangan dilupa. Kerana raye yang selamat, datang dari rezeki yang berkat. ^_^

5 comments:

Kaff said...

kalau kat jabatan kerjaraya hari-hari kerja sambil raya (lawak bodoh je sebab tengah bosan) :P

Anipah Ahmad said...

Sebelum tu nak bagitahu...tergelak beso sy dgn komen kaff kat atas tu...ada2 jer lawaknya.

Sy setuju la dgn entry terbaru cik lim ni...raya yg biasa2 jer utk kt yg tak berapa muda n 'sorang2'2 ni...

Ni dah raya ke berapa kan...apa lagi...jgn ngada2 asik mood raya jer...bonus n imbuhan nak, kerja tak berapa nak..apa citer? hehe (poyo)

The Sleeping Sheep said...

en. halim . dah tiba masanya untuk kita maju ke hadapan (dengan cara tersendiri)

Mohd Sabar & Rafieah said...

perjuangan masih belum selesai... teruskan encik halim!

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)