Monday, July 28, 2008

My weekend...huhuhu

Hujung minggu cuba dihabiskan dengan berehat. Hajatnya nak berhibernisasi dengan penuh kemalasan setelah 4 hari berkursus di Tanjung Balau. Tetapi nyata tidak berjaya kerana hari Jumaatnya (22 Rejab 1429 / 25 Julai 2008) kepala di serang migrain. Sakitnya tak terkata! Sepanjang dua hari tersebut, Jumaat dan Sabtu kepala dirasakan dicengkam dengan apit G. Tak mampu digerak bebas. Cukup dengan bersin sahaja, menyebabkan keseluruhan komposisi kepala bergegar dan rasa nak berguling je kat lantai menahan kesakitan. Jadik, setiap kali bersin atau batuk je, bahagian kepala pantas dipegang, seakan jika tidak dipegang kepala ini boleh jatuh berguling². Alhamdulillah...sakit beransur hilang bila kepingan koyok ditampal dipelipis setelah sebiji panadol yang ditelan tidak menghasilkan sebarang perubahan. Panadol ni bukan boleh makan banyak². Pernah terbaca artikel, sebiji panadol yang ditelan akan kekal didalam tubuh badan selama 5 tahun! Tu yang kita nampak sesiapa yang biasa makan panadol, setakat sepapan dua tu, dah tak de kesan pun pada diorang.
Pada hari Ahad juga hajat yang ditanam gagal, kerana memenuhi permintaan dari rakan untuk menggantikan tempatnya sebagai urusetia untuk program ibu tunggal kerana beliau ada urusan lain yang lebih penting. Tak susah mana pun, cuma kena bangun awal jek kerana program tersebut bermula seawal jam 8 pagi dan beberapa perkara perlu disediakan sebelum program tersebut bermula. Alhamdulillah.....segalanya berjalan lancar. Dan program berakhir sebelum waktu zohor.
Sedang leka mengemas tempat program, masuk seorang peserta program tersebut, meminta bantuan kerana kereta yang dipandunya mengalami masalah. Bateri habis!
"Akak terlupa matikan lampu tadi".
"Kena cari jumper nih", getus ku. Beberapa orang kawan cuba dihubungi untuk bertanyakan tentang jumper tersebut. Akak tu pun turut berusaha dan nasib menyebelahinya apabila adiknya menyatakan yang dia memiliki jumper dan akan ke tempat akaknya. Alhamdulillah....kalau tak jenuh jugak nak mencari bende tuh.
Sementara menunggu adiknya sampai, sempat juga bercerita serba sedikit tentang hidupnya sebagai ibu tunggal. Dia pun bersyukur kerana dia mempunyai perkerjaan sebagai pelukis pelan di salah sebuah syarikat seramik. Tidak lah terlalu 'tersepit'. Cuma masa yang sahaja yang tidak mencukupi padanya. Sebab sebelum ni, segala²nya diuruskan berdua dan sekarang hanya tinggal seorang. Dengan kerja hariannya, dengan menghantar anak²nya ke sekolah, dengan tiusyen dan macam² lagi lah. Kesian pulak aku mendengarnya. Dulu masa umur tengah muda, dengar jugak orang cakap yang ibu tunggal ni atau panggilan popularnya 'janda' ni mudah dipandang serong oleh masyarakat. Sampai sekarang aku masih kurang faham dan mengerti kenapa janda ni mudah dipandang serong! Sedangkan mereka lah antara yang perlu diberi perhatian kerana kesusahan yang mereka hadapi. Lagilah ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dah la hidup susah, kena caci dan hina pulak tu. Hmm...masyarakat....masyarakat! Lumrah manusia, mudah mencari kecacatan dari kesempurnaan! Moga kita yang sedar ni tak dijangkiti penyakit² yang sebegitu. Amiiiin....!!!

7 comments:

Unknown said...

everyone has their story...

Nanie Harris said...

Ibu tunggal tu x tergoda ngan kau ke?

asuhara sue said...

migrain ke ko? member aku kata ( doktor ler) minum air masak yang berkualiti byk2.supaya toksid dlm badan boleh dinyahkan.kalau semuanya ok, kuranglah penyakit tu, Insya Allah. Kioskete ne! (take care)

malkomal said...

ahahaha.. apit G.. ingat seyyy.. klako jek.. sori sori bukan ketawakan sakit kepala ko tu ek.. eh aku ada dok tbaca kat email apa nak buat kalo sakit kepala.. baca fatehah kat air 3 kali ke surah apa ek.. xpe karang aku carik balik email tu aku fwd kat ko.. cuba la mana tau berkesan..

artakus said...

kaff: yup!

reds: aku yang tergoda dengan diorang! kweh!8x

asuhara: thanks, insya Allah aku buat nanti. air tu mcm air dr sukida ke?

eves: hmm...petua baru ni. kalau ada email tu, jgn lupa fwd ek! ku setia menanti! :p

Ahmad said...

sakit kepala..

ubat yang paling mujarab adalah...

rukuk dan sujud lama sikit.. baca tasbihnya 7 kali instead of 3 kali..

insyaAllah.. baik...

tuh pon, dengan izin Allah, dan itu pon, kalau nak buat.. ader orang, dah dapat petua, tapi taknak buat.. lepas tuh merungut sakit2 lagi hahahah *merujuk kepada diri sendiri*

artakus said...

thanks gunblade. n sorry coz tak perasan ko ada bagi petua! gomen!