Wednesday, July 30, 2008

Zoela...oh, zoela!

Tertarik dengan posting kaff kat blog dia, citer pasal episod akhir citer sindarella mlm tadi. Waktu tu aku sedang melayan beberapa student UiTM cawangan bandaraya JB membayar makanan mereka. Sempat jugak lah menjeling pada citer tu. Ramai penonton² citer tu yang dikalangan student di situ keciwa dengan keputusan puteri Zoela kerana tidak menerima cinta putera Hussien a.k.a bos dia! Ye ke nama dia mcm tu? aku pun bukan ikut sgt. Lebih kurang mcm kaff gak la. Ramai jugak yang mengatakan tindakan zoela tu bodoh! Berkali² juga that 'B' word tu ditujahkan ke peti tv tuh! Aku hanya mampu senyum je dengan telatah diorang.
Pada aku keputusan Zoela dalam citer betul. Dan dia tidak bodoh! Aku setuju dengan alasan yang zoela tu kasi. Plus.....pada aku tindakan dia tepat disebabkan putera Hussein pernah melemparkan ayat yang lebih kurang bunyiknya:
"Walaupun dah tak de pompuan kat dunia ni pun, aku takkan pilih kau!"

Pada aku, ayat tersebut cukup pedih dan hanya dikeluarkan oleh lelaki yang berotak singkat jek! Kalau aku yang kena mcm tu, sampai mati aku dendam! I mean....kalau ada perempuan ckp mcm tu kat aku la! Pada aku perkataan seperti "tak akan", "sampai bila²" atau mana² perkataan yang merujuk kepada sesuatu perkara yang harus tetapi dimustahilkan oleh manusia ni memang tak sepatutnya dikeluarkan. Contoh lain :

"Sampai bila² pun kita tak kan jadi couple"

"Sampai mati pun aku tak kan suka kat kau"
Kerana pada aku juga, segala sesuatu dalam dunia ni berkemungkinan berlaku kecuali perkara² yang dah jelas mustahil. Rase²nya orang² Johor tau kot, sebab masa sekolah agama dulu ketika darjah 4 kalau tak silap, memang diajarkan perkara tersebut. Contoh paling mudah ialah sifat² yang mustahil bagi Allah! Antara yang lain aku ingat, perbuatan duduk dan berdiri dalam satu masa. Perkara² tu memang dah ditetapkan mustahil dan perkara² selain daripada tu adalah harus untuk berlaku! Hehehe....bukak kelas agama pulak aku. Tapi isu ni pada aku perlu diberi perhatian supaya kita² ni boleh beringat bila nak bercakap. Tak la main ikut sedap mulut dan sesedap rase je bila nak melemparkan sesuatu! Dan akibatnya ada hati dan perasaan yang teruk terluka dan yang mengucapkannya pun akan mendapat balasan yang boleh tahan teruk, natijah dari perbuatannya sendiri!
Jadik.....lain kali berfikir la ye sebelum berkata²!

4 comments:

Nanie Harris said...

apsal sume org citer pasal sindarela je ni? aku dulu tgk gak dr mula..tp bila smpi tgh2 dh x tgk..bz je asyik menatap komp..pikirkan bisnes beb!!!

Unknown said...

aku setuju la ngan zoela tu tak pilih si hussien.. dan dia juga tak pilih haidar...yang mana akhirnya zoela cakap.. 'aku pilih untuk menang'..wording itu lah pada aku yang paling best untuk difikirkan dan dihayati....bebudak uitm tpt kau kerja tu mentah mentah ..apa diaorang tahu..chewahh. p/s:pjgnya comment aku ni..

malkomal said...

korang ni apa kena tgk sindarela tu.. aku pun tertengok masa ending tu.. haha.. wah ko memahami hati pompuan la.. ko telah menulis apa yg aku rasa.. dan pompuan2 lain rasa..

artakus said...

reds: aku mcm kaff gak, tertgk. tak tunggu pun, tapi layan gak la citernye.

kaff: komen kaff, jgn tak komen. mungkin gak kot, bebudak...nampak depan mata jek! hehehehe

eves: sama la ko tu eves! kan aku dah ckp, aku memahami pompuan! feewiiit! kui! 8x. tapi tak semua pompuan fikir mcm tu! mungkin hanya pompuan² yang dah 'berakal' je kot! :) maaf kalau ada yg tersinggung!