Friday, August 1, 2008

Nasyid.....

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Ummati.....ummati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

(Ya Rasulullah : Raihan)



Sedang asyik menekan butang di papan kekunci komputer menyiapkan kerja yang tertangguh akibat cuti sakit semlm (28 Rejab 1429 / 31 Julai 2008), terlintas di hati untuk mendengar lagu nasyid di petang² jumaat ni. Lagu² kumpulan Raihan pantas menjadi pilihan untuk dimuatkan ke dalam senarai untuk diperdengarkan. Satu persatu nasyid dihayati, sehingga lah sampai ke lagu di atas, "Ya Rasullullah". Tarian jari di atas papan kekunci lantas terhenti, kaku. Lagu ini perlu dihayati, bisik hatiku. Tetikus lantas dicapai, mencari lirik lagu tersebut didalam folder peribadi. Sekurang²nya 3 kali lagu ini diulang. Pada aku lagu ini adalah antara salah satu lagu yang terindah kumpulan Raihan. Melodinya, dan liriknya begitu memukau dan mampu memberikan gambaran jelas betapa rindunya seorang ummat kepada nabi junjungannya! Satu helaan nafas dilepaskan, sebak!

Sekiranya gunblade mempunyai earthly wish, so do I! Cuma not so earthly. Aku selalu mengangankan, kan bagus kalau aku hidup zaman Rasulullah, zaman kebangkitan dan kegemilangan Islam! Kerana aku hanya akan ikut sahaja ape yang dilakukan oleh Baginda agar tidak tergelincir dari landasan Islam. Maybe my wish is quite selfish, tapi aku memang selalu memerlukan bimbingan dan takut mendapat bimbingan dari yang terpesong. Mungkin juga my wish seems like aku tak redha dengan apa yang dah ditentukan, tapi...itu lah namanya keinginan! Keredhaan tetap juga dipahat, cuma angan² dibiar terbang di langit khayal.

Ape pun.....hakikatnya, aku merindukannya sabagaimana baris² yang terdapat dalam lagu tersebut!

8 comments:

Unknown said...

bagusnya 'earthly wish' kau tu..tak pernah plak aku fikirkan...nampak sangat aku ni tak alim kan..huhu

Nanie Harris said...

aku menyanyi dgn kedua tangan aku dirapatkan & diletakkan dhadapan pusat

asuhara sue said...

semenjang aku kat sini, lagi byk lagu nasyid yg aku kenal. Alhamdulillah...bile mu nak maghi?

artakus said...

kaff: ish...tak de la mcm tu, mungkin ko lebih alim dari orang bernama 'halim'! heheheheh

reds: nak letak belakang pusat pun ok gak! :p

asuhara: ni ajak² ayam ke atau ajak² itik? :p

Ahmad said...

bro...

kalau kita hidup di zaman Rasulullah, belum pasti kita dapat jadi kuat dari segi fizikal dan mental sebagaimana sahabat punya kekuatan...

dan bersyukur kita hidup di zaman skarang, sbb kita mendapat kelebihan sebagai UMAT MUHAMMAD s.a.w.. yang mana ianya diberi kepada mereka yang mempercayai Muhammad s.a.w. selepas baginda wafat..

in other words, kalau kita kat zaman tuh, maybe kita dah ikut abu lahab.. tah2 we're screwed hahahaha...

i think u get what i'm trying to say, right?

skarang pon ajaran Muhammad s.a.w. pon ada lagi, kita pon tugasnya hanya ikut mana2 ajaran Muhammad s.a.w.. cume kite taknak atas sebab2 peribadi...

ingat satu mende je.. kalau cintakan Muhammad s.a.w., sesungguh Muhammad s.a.w. hanyalah manusia biasa dan baginda telah kembali, tetapi kalau cintakan Allah (yang Maha Melihat dan Maha Mendengar), maka Allah itu Maha Kekal.. :D

artakus said...

gunblade: thanks mengingatkan pada diri yang selalu terlupa. ape yang ko ckp tu memang betul. mungkin aku akan jadik pengikut abu jahal or abu lahab. cuma what i say, 'if i can', that's mean dapat 'balik' untuk jumpa dengan nabi dan ternyata pada masa aku memang dah kenal islam pun. thanks anyway!

teringat satu citer pasal penghulu wali, nama dia Qais kalau tak silap. masa tu telemovie arab masa bulan Ramadhan. citer pasal cinta beliau pada nabi, tapi dia tak p pun jumpa nabi. dan dia telah menjadi contoh untuk ummat² terkemudian bagaimana nak mencintai nabi walaupun tak jumpa dengan nabi. sedih sungguh citer tuh! T_T

kifahah said...

Sajer nak kongsi nasyid nie... sedap didengar n penuh makna bg kita seorg hamba kepada Nya...

Destinasi Cinta - Mestica

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…

artakus said...

terima kasih kifahah, nanti cek cari lagu tu naa....

p/s: thanks coz still sudi bertandang ke sini: :)