Monday, August 11, 2008

Halaqah

Pada hari Ahad (8 Sya'aban 1429 / 10 Ogos 2008), sedang asyik melayan sesuatu di PC (main game ler tu), tiba² hati terdetik untuk berhenti. Seperti ada sesuatu yang kurang. langkah terus dihayun ke ruang tamu, lantas jari terus menekan butang di remote. Alhamdulillah.....mujur tak terlepas rancangan Halaqah di TV9....dekat di hati! :)

Sebagai seorang yang tak berapa tgk rancangan tv (kerana banyak masa habis kat PS dan PC :p), aku amat tertarik dengan rancangan Halaqah ni. Untuk aku ia adalah ruang untuk aku melembutkan hati yang telah memejal selama seminggu. Sebab kata ustaz, hati yang tidak didengarkan dengan kata² nasihat, akan menjadi keras. Berbalik citer Halaqah tadi.
What can I see, rancangan Halaqah ini membincangkan ayat² yang ada dalam Al-Quran. Tak banyak mana pun diorang ambik, biasanya sepotong ayat je dari kitab suci nih untuk satu² episod. Daripada sepotong ayat, di rentangkan menjadi hampir 1 jam penjelasan dan perbincangan. Selain daripada menerangkan tentang asbabul nuzul tentang ayat tersebut, ia juga memperjelaskan sesuatu ayat Al-Quran dengan seperinci mungkin. Apa lagi yang menarik dengan rancangan ini, selain ianya diterangkan dari sudut agama bagi yang memang untuk kita yang beragama islam, ia juga memperjelaskan dan mengaitkannya dengan sains bagi menyokong setiap fakta di dalam Al-Quran untuk memberikan logik pada akal manusia yang terhad lagi kerdil ini.

Sebagaimana kata salah seorang ahli panel dalam rancangan ini;

".....bila kita bercakap tentang mu'jizat (ayat Al-Quran) dikaitkan dengan sains, kita bukan nak mengatakan mu'jizat ini kerdil, tapi kita nak cuba faham, cuba tenangkan jiwa, terutama yang ada keraguannya dan kita nak menyatakan ada munasabahnya, walaupun sains tak dapat nak terangkannya secara seratus peratus."

(Dr. Danial Zainal Abidin - Halaqah, episod 29 : Buraq)

Demikian lah kata salah seorang ahli panel yang agak kerap dijemput untuk memberi kupasan tentang tujuan dikaitkan antara islam dan sains. Lagipun, aku rase memang lebih menarik dan cantik jika Islam ini sentiasa dikaitkan dengan sains, malah apa² saja yang berkait dengan kehidupan. Dan sememangnya apa yang ada dalam Islam itu merupakan jalan atau landasan untuk kita hidup kat dunia nih. Tidak seperti sesetengah pihak yang sentiasa mahu memisahkan antara agama(islam) dengan kehidupan. Teringat juga pada kata² penceramah majlis ilmu masa aku belajar dulu. Katanya;

"Semasa kita di jalanraya, kita perlu ikuti papan tanda yang dipasang oleh JKR (Jabatan Kerja Raya), kerana JKR la yang buat jalan tu dan supaya kita tak 'eksiden'( maaf, bahasa pasar :p). Jadi, kita sebagai manusia yang dicipta oleh Allah, Dia telah memberikan Al-Quran sebagai 'papan tanda' kepada kita untuk kita berjalan di muka bumi ni. Jadi kalau tak nak 'eksiden', kena la ikut 'papan tanda' yang Allah bagi tu!"

So....kenapa kita terus berdegil untuk terus memisahkan antara kehidupan dan agama?

4 comments:

Nanie Harris said...

Sekurang-kurang mggu ni aku dh melembutkan hati aku dengan membaca blog kau...harap masa2 mendatang byk lagi artikel2 sebegini akan di pos...untuk santapan rohani kita...

Ahmad said...

... kerana ramai antara manusia (nak2 orang melayu yang dilahirkan sebagai Islam) yang dah terikut dengan budaya2 barat, budaya2 yang dipupuk oleh segelintir golongan yahudi...

betul, Al-Quran tidak pernah bercanggah dengan kemanusiaan, sains, sosial, ekonomi etc...

jadi mari kita belajar tafsir (bukan terjemahan!) Al-Quran... kata guru.. Al-Quran tuh satu ayat ada tujuh lapis.. kita paham sampai lapisan berapa? :p

Unknown said...

aku siap beli lagi buku Dr. Danial Zainal Abidin tu..tapi tak habis-habis bacanya..kui2..syukran jazilan Halim di atas santapan rohani yang diberikan..

artakus said...

reds: insya Allah, i try my best. huhuhuhu

gunblade: betul, betul dan betul! 7 lapis? o_O ilmu baru nih! thanks gunblade!

kaff: buku ape kaff? mcm menarik jek. nak pinjam...nak pinjam! :)