Thursday, August 21, 2008

Kahwin....?

"Kelembutan dan kehalusan yang disulam dengan Iman dan ilmu, sungguh merupakan satu kekuatan yang paling hebat bagi seorang isteri untuk memberi nafas kepada kebahagiaan dan keutuhan rumahtangganya. Ia merupakan kekuatan yang boleh merobohkan benteng batu, melembutkan besi, dan menenangkan taufan yang menggila. Tegasnya, akhlak seorang isteri sangat berperanan di dalam menjamin keutuhan rumahtangganya. Ia menghembus nafas ketenangan di dunia dan menghirup keredhaan Ilahi dan kebahagiaan di akhirat.
Kegagahan Suami bukan bermakna tadbirnya dalam kekerasan sikap. Tetapi menjurus kepada keampuhan jiwa menahan badai hidup berumahtangga dengan tenang , sabar dan tidak hilang pedoman. Di saat gawat, sang suami bagaikan sauh kapal yang kekal tegar menahan sendi rumahtangganya dengan sabar dan teguh."
Di atas adalah sinopsis salah satu buku yang aku terbaca kat internet. Nak beli mcm......hehehehe...lari bajet plak nanti. Tapi sinopsis di atas rasa mcm dah cukup untuk memberikan panduan kepada mereka² yang dah berkahwin, akan berkahwin atau yang berangan² nak kahwin (mcm aku le tu ^_^). Cuma nak tambah sikit, dari perspektif yang lain, sebenarnya pompuan ni perlu 'gagah' dan lelaki ni perlu 'cantik'. Bunyi mcm pelik.....kan? Tapi tolong jgn direct 'translate' (<= maaf guna bahasa pasar sikit :p) kan terms tuh! Tak tau, tanya pada yang tau, dah yang dah tau, jgn pulak lokek. Hehehehe.....
Soo....boyz n girlz out there, dah ready lom dengan 'persiapan' yang disebutkan dalam sinopsis buku ni?

5 comments:

asuhara sue said...

err..ko dah ada calon ke beb? ehehehe....

p/s: check out my blog ada something utk korang

Ahmad said...

tapi tak ramai yang fikir macam nih..

ramai lelaki fikir dengan kuku besi makan dia dihormati..

pmpuan pulak, makin cantik, makin bergetah, makin disayangi....

lelaki lupa bahawa hitler dulu kuku besi tapi last2 di buru seperti binatang..

pmpuan pulak lupa cantik macam mana pon, bergetah macam mana pon, kalau jogging ketiak busuk jugak...

artakus said...

asuhara: lom lagi la beb, hehehehehe

gunblade: memang betul la gunblade!

Mohd Sabar & Rafieah said...

Kawen lah lim...Kang tak sempat aku nak nengok ko kat jinjang pelamin...Hehehe

artakus said...

iman: kalau tak sempat tuh, maknanya tak de rezeki! hehehehe :p