"Lelaki ni nak masuk syurga susah, nak masuk neraka pun susah."
Semcm tak faham maksud ayat tu.
"Berbanding dengan perempuan, nak masuk syurga mudah, nak masuk neraka pun mudah."
Lagi la aku bertambah pening! Waktu tu aku hanya mampu mengangguk je la. Nak di tanya, malu pulak dengan kengkawan sekelas. Tapi bila dan semakin lama aku hidup, memang jelas apa yang diperkatakan oleh ustaz aku dulu. Memang benar la kata orang² tua, Pengalaman itu mendewasakan! Rasenya tak perlu diperjelaskan. Semua yang baca blog aku ni pun tahu maksud ustaz aku nih.
Cuma terkadang rase kesian pada perempuan melayu yang mengaku mereka ni muslimah. Ye la...punye la mudah masuk syurga dengan hidup sebagai wanita muslimah, nak jugak memperjuangkan sesuatu yang pada aku sia² yang kononnya hak asasi mereka. Ntah lah! Mungkin mereka lupa yang dunia ni sementara. Dan mcm nak hidup menongkat langit selama²nya. Alangkah beruntungnya wanita² bergelar muslimah jika mereka tahu hakikat sebenar fungsi mereka di dunia ni. Tak perlu nak cari nafkah, tak perlu nak tanggung dosa orang lain, tak perlu nak fikirkan mcm² lagi la. Sampai solat 5 waktu tu pun Yang Maha Pemurah kasik cuti. Lelaki mana pernah ada cuti! Ponteng ada la. Cuma, ape yang para muslimah ni perlu buat hanya taat pada agama dan lelaki yang menanggungnya saje!
Tapi....tu lah. Dah namanya akhir zaman. Perempuan nak jadik lelaki, lelaki pun nak jadik perempuan. Mcm mana la perempuan sekarang nak jadik baik, kalau lelaki pun berperangai pelik. Sebagaimana kata pepatah, "kayu yang bengkok tidak akan menghasilkan bayang² yang tegak!" Tgk tu, lelaki jugak yang kena. Tu yang ckp lelaki ni susah nak masuk syurga. Mana taknya, sorang perempuan masuk neraka, dia akan tarik 5 orang lelaki lain: Ayahnya, suaminya, abangnya, adik lelakinya dan.....sape sorang lagi ek? Tak ingat pulak. Tapi yang penting, lelaki jugak! Tapi kalau lelaki yang masuk neraka, tak de plak dengar dia tarik mana² perempuan masuk sama. Maaf la kalau ape yang ditaip ni ada kesilapan. Tapi rasanya mcm betul.
Kemudian...dalam nak carik nafkah untuk diri dan keluarga tu pulak, kena tgk jugak. Rezeki yang diperolehi tu dari sumber yang halal atau haram. Kalau halal, insya Allah....isteri jadik baik dan anak² pun boleh membesar jadik 'orang'. Tu yang kenkadang kita nampak dan dengar, bapak tukang sapu sampah la, tukang kebun la, menoreh getah la, tapi anak² ada yang jadik doktor, peguam, lawyer(eh, mcm same je dengan peguam) dan mcm² lagi la kerja yang best². Tapi bila rezeki yang diperoleh tu, haram atau kurang keberkatannya, dah la dosa dapat, keluarga pun hancur sama. isteri kurang hajar, anak² jadik 'penyamun'. Berat tau jadik lelaki a.k.a suami ni! Tu yang kadang² takut nak kahwin nih! Tapi kalau tak kahwin plak, nanti orang kata aku gay! Nauzubillah....!!!
Apa pun hidup kat dunia sebagai muslim dan muslimah ni kena lah sentiasa memperbaiki diri dan tak sombong bila ditegur. Teringat juga pada sebaris madah. "Jgn la jadik seperti kerengga. Nak makan buah tak mampu, malah menggigit pula jari yang bertamu." Kalau tak paham, tanya la pada yang tahu. Dan sebagai penutup coretan minda ni, kalau rajin, hayati lah sepotong lagu kat bawah ni. Nak dengar yang penuh, carik la sendiri ek. hehehehe......
"As my soul heals the shame,
I will grow through this pain,
Lord Im doin all I can,
To be a better man...."
Better Man : Robie William
No comments:
Post a Comment