Friday, August 29, 2008
Cuti semalam......
Monday, August 25, 2008
Konvo KP
"In some Universities, the term "convocation" refers specifically to the entirety of the alumni of the university, which function as one of the university's representative bodies. Due to its inordinate size, the Convocation will elect a standing committee, which is responsible for making representations concerning the views of the alumni to the university administration." Di atas adalah beberapa istilah tentang Konvokesyen. Tu je lah yang boleh aku paparkan tentang konvo ni. Penerangan dan sejarahnya, terlalu panjang untuk dinyatakan di sini. Saje je carik sedikit sebanyak maksud konkesyen ni sempena meraikan majlis konvokesyen KPYPJ yang ke 11 pada Sabtu lepas (21 Sya'aban 1429 / 23 Ogos 2008). Try to be as resourceful as kaff kat kedai gula² nya. Tapi.....tak pe la. Let the expert (bab² fakta ni) do the job! hehehehehe.
Kami sampai di Rumah Alumni UTM, lokasi untuk pengambilan jubah dalam pukul 7. Dan pada waktu itu, tak ramai lagi staf selaku AJK yang telah hadir. Sempat gak la balun sepinggan dua nasik goreng Pn. Zue yang digorengnya dengan resepi turun temurunnya tuh. Tempat dah dikemas, cuma tunggu lori yang membawa jubah yang masih dalam perjalanan. Operasi pengagihan bermula sekitar jam 8.30 pagi setelah semua bungkusan² yang berisi jubah diturunkan dari lori dan disusun mengikut saiz kelonggarannya iaitu S untuk 'singkat', M untuk 'mcm ok', L untuk 'labuh' dan XXXL untuk 'labuhnyeee'. (Spesifakasi tersebut tidak terdapat dalam mana² buku panduan ukuran metrik, hanya imaginasi penulis)
Janji pukul 9.30. Oleh kerana kekurangan staf dan akibat leka dengan 'keseronokan' mengagihkan jubah, aku mengakhiri tugas sebagai salah seorang AJK jubah pada jam 11.30. Sebagai penghargaan di atas bantuan kami (aku, kaff dan eizul), En. Ruhi, selaku 'king of jubah' telah menyumbangkan sedikit saguhati kepada kami yang mana saguhati tersebut telah habis kat Tujuh Sebelas (7 Eleven) sebagai penawar keroncong perutku. Huhuhuhuhu....nasik yang diperuntukkan telah habis di makan oleh 'bos²' yang tak bertugas. T_T
Ape pun...aku seronok pada hari sebelum konvo tuh! Dah lama tak kijer dalam keadaan 'enjoy'! :p
Thursday, August 21, 2008
Kahwin....?
Monday, August 18, 2008
Bas gak....
Panggilan pada maghrib itu, sedikit mengecewakan aku. Aku sangka, panggilan tersebut memberitahu yang dia sudah dalam perjalanan untuk ke rumah aku. Sangkaan ku meleset kerana panggilan tersebut untuk memberitahu yang dia tidak dapat balik pada hari yang dijanjikan kerana mendapat panggilan kecemasan dari kampungnya (Parit Yob) memberitahu yang ayahnya dimasukkan ke hospital. Kesiaaaaan.....! Dalam keadaan diri yang keciwa, lupa pulak nak bertanya tentang sakit ayahnya itu. Balik esok la nampakanya. Perasaan kecewa yang meluap² cuba aku injak² dengan perasaan kesian pada Hanapi dan fakta "ni semua kerja Allah"! What did i mean bukan aku menyalahkan Allah, tapi nak memujuk diri bahawa ada hikmahnya aku tak balik pada malam tuh! Tak pe lah, daripada memikirkan kekecewaan, baik aku fikirkan langkah yang harus aku ambil untuk sampai ke JB. Lepas solat maghrib, aku terus ke pekan Pagoh untuk membeli tiket ke JB.
"Pukul 7.45 pagi punye tiket sudah abis adik, pukul 8.30 punye ada banyak lagi" jelas penjual tiket bas yang berbangsa india, merangkap tokey capati kat pekan Pagoh nih. Tanpa banyak soal, terus aku membelinya. Pulang ke rumah, jari terus menekan butang² di telefon bimbit untuk menghantar sms pada bos aku untuk memaklumkan kelewatan aku hadir ke pajabat esoknya. Nak call takut ganggu plak. Hehehehe. Dan malam ni, dapat la aku tido lagi kat kampung sambil 'mendengki' kucing² yang ada kat rumah ni! Hahahaha....siap la korang malam ni! Korang ingat korang dah selamat!? ^_^
Alhamdulillah....aku selamat sampai ke JB hari ni, dan 'sempat' untuk 'thumb in' pada jam 11.37 pagi! Tak sampai tgh hari lagi kan, so...tak yah la amik cuti kot. Hehehehehe!
Friday, August 15, 2008
Cuti.....
But look at the bright side bro! Bila cuti, ini bermakna aku ada masa lapang pada waktu malam selama seminggu! Aku boleh habiskan masa dengan membuang masa depan PS dan PC, aku boleh keluar dengan kengkawan - merayap n minum dengan diorang, aku boleh rehat puas² supaya tak keletihan esoknya di tempat kerja dan kalau perangai aku tiba² terjadik baik, boleh la baca² kitab suci yang dah lama aku tinggal (tapi harapan agak tipis untuk buat yang last ni >_<). So...moralnya, every single thing yang berlaku kat kita ada baik dan buruknya! Sebagaimana kata pepatah cina yang dah di'translate'kan ke bahasa omputih; "Eveything that happen is just like a piece of coin. It's up to u, to look upon which side that u want!"
Jadik.....selamat bercuti (malam) lah untuk aku dan juga kepada semua student UiTM cawangan badaraya JB! :)
Monday, August 11, 2008
Halaqah
Sebagai seorang yang tak berapa tgk rancangan tv (kerana banyak masa habis kat PS dan PC :p), aku amat tertarik dengan rancangan Halaqah ni. Untuk aku ia adalah ruang untuk aku melembutkan hati yang telah memejal selama seminggu. Sebab kata ustaz, hati yang tidak didengarkan dengan kata² nasihat, akan menjadi keras. Berbalik citer Halaqah tadi. What can I see, rancangan Halaqah ini membincangkan ayat² yang ada dalam Al-Quran. Tak banyak mana pun diorang ambik, biasanya sepotong ayat je dari kitab suci nih untuk satu² episod. Daripada sepotong ayat, di rentangkan menjadi hampir 1 jam penjelasan dan perbincangan. Selain daripada menerangkan tentang asbabul nuzul tentang ayat tersebut, ia juga memperjelaskan sesuatu ayat Al-Quran dengan seperinci mungkin. Apa lagi yang menarik dengan rancangan ini, selain ianya diterangkan dari sudut agama bagi yang memang untuk kita yang beragama islam, ia juga memperjelaskan dan mengaitkannya dengan sains bagi menyokong setiap fakta di dalam Al-Quran untuk memberikan logik pada akal manusia yang terhad lagi kerdil ini.
Sebagaimana kata salah seorang ahli panel dalam rancangan ini;
".....bila kita bercakap tentang mu'jizat (ayat Al-Quran) dikaitkan dengan sains, kita bukan nak mengatakan mu'jizat ini kerdil, tapi kita nak cuba faham, cuba tenangkan jiwa, terutama yang ada keraguannya dan kita nak menyatakan ada munasabahnya, walaupun sains tak dapat nak terangkannya secara seratus peratus."
(Dr. Danial Zainal Abidin - Halaqah, episod 29 : Buraq)
Demikian lah kata salah seorang ahli panel yang agak kerap dijemput untuk memberi kupasan tentang tujuan dikaitkan antara islam dan sains. Lagipun, aku rase memang lebih menarik dan cantik jika Islam ini sentiasa dikaitkan dengan sains, malah apa² saja yang berkait dengan kehidupan. Dan sememangnya apa yang ada dalam Islam itu merupakan jalan atau landasan untuk kita hidup kat dunia nih. Tidak seperti sesetengah pihak yang sentiasa mahu memisahkan antara agama(islam) dengan kehidupan. Teringat juga pada kata² penceramah majlis ilmu masa aku belajar dulu. Katanya;
"Semasa kita di jalanraya, kita perlu ikuti papan tanda yang dipasang oleh JKR (Jabatan Kerja Raya), kerana JKR la yang buat jalan tu dan supaya kita tak 'eksiden'( maaf, bahasa pasar :p). Jadi, kita sebagai manusia yang dicipta oleh Allah, Dia telah memberikan Al-Quran sebagai 'papan tanda' kepada kita untuk kita berjalan di muka bumi ni. Jadi kalau tak nak 'eksiden', kena la ikut 'papan tanda' yang Allah bagi tu!"
Tuesday, August 5, 2008
Mcm mane ni....
Tapi bukan aku sorang je yang bergelut dengan masalah berat badan ni kan. Ramai lagi kat luar sana tuh. Bukan ape, bila badan ni mengembang, pergerakan agak terbatas. nak beribadat pun mcm kurang selesa. Dari segi penampilan, jgn ckp la!
Masing² dengan masalah sendiri. If im striving to lose weight, (tak striving mana pun!), kawan aku pulak, berhempas pulas nak tambah berat badan! Pelik kan? Pada aku, tak de masalah mana pun nak naik kan berat badan ni! Makan, tido....confirm naik! Hahahaha! (ketawa jahat) Sedangkan dia, kalau hilang fokus pada pemakanan, berat badan boleh jatuh. Berlainan dengan aku, hilang 'fokus' pada pemakanan, berat badan membuak² naik! Hehehehe! Cuba mintak petua dari dia. Tapi mcm tak membantu jek.
Ada gak kawan suruh amalkan yoga, tapi mcm tak berapa minat jek (sori ek! :p). Berdasarkan kepada artikel² yang aku pernah baca, pengurusan berat ni banyak bergantung pada ketabahan diri sendiri. Hmm....kena bina ketabahan diri dulu ni baru boleh maintain berat. Gambatte to me! T_T
Friday, August 1, 2008
Nasyid.....
(Ya Rasulullah : Raihan)
Sekiranya gunblade mempunyai earthly wish, so do I! Cuma not so earthly. Aku selalu mengangankan, kan bagus kalau aku hidup zaman Rasulullah, zaman kebangkitan dan kegemilangan Islam! Kerana aku hanya akan ikut sahaja ape yang dilakukan oleh Baginda agar tidak tergelincir dari landasan Islam. Maybe my wish is quite selfish, tapi aku memang selalu memerlukan bimbingan dan takut mendapat bimbingan dari yang terpesong. Mungkin juga my wish seems like aku tak redha dengan apa yang dah ditentukan, tapi...itu lah namanya keinginan! Keredhaan tetap juga dipahat, cuma angan² dibiar terbang di langit khayal.
Ape pun.....hakikatnya, aku merindukannya sabagaimana baris² yang terdapat dalam lagu tersebut!