Thursday, September 18, 2008

Pose....

Rasenya puase kali ni adalah bulan pose yang paling jimat untuk aku. Mana taknya.....seingat aku, tiada event berbuka pose secara berpoya² dengan kengkawan seperti tahun² yang sudah. Kalau tahun lepas la.....paling tidak 4-5 kali aku berbuka secara mewah² kat luar, yang mana memang confirm tak kurang dari RM 20 mesti keluar dari poket. Lepas tu makan mcm nak pecah perut dan kalau boleh pinjam perut kawan sebelah untuk extend perut, rase memang dah buat! Hahahahaha!
Tapi tahun ni......hingga ke saat ni memang tak de aktiviti tersebut. Mana taknya, pukul 6 je dah masuk kerja kat cafè yang mana dah memang confirm tak perlu keluar untuk berbuka (dah nama cafè.......memang la ada makanan, free plak tu!). Dan for sure gak aku tak perlu risau pasal makanan untuk sahur gak. Sebelum balik, makan je la puas². I mean makan untuk kenyang je la, tak de la makan sampai 3-4 kawah! Anak jin pun tak buat mcm tu! Hehehehehe.
Cuma ape yang aku rindukan ialah air katira yang biasa jual kat bazar Ramadhan tu. Kalau tahun lepas, memang tak miss. Boleh dikatakan hari² minum air katira. Siap beli untuk stok kalau esoknya hari cuti. Tapi tak semua air katira yang kat bazar tu sedap. Yang hanya jadi langganan aku ialah air katira abu bakar.......slurp....sedap sungguh. Sekadar teringatkannya sudah cukup membuatkan aku menelan air liur. Pergh....tgh² hari ni boleh plak terbayangkan air tuh! Huhuhuhuhu....!!
Tahun lepas RM 2.30 - 2.50. Dan tahun ni dia naik lagi 20sen, selaras dengan kenaikan harga minyak konon²nya. Pada hal, aku rase tak jejas sangat pun kalau diorang nak tetapkan harga mcm tahun lepas. Biasa la....manusia ni pantang tengok barang diorang laku. Cepat je hati dicucuk dengan nafsu. Tapi oleh kerana aku ni kipas-susah-mati air ni, dia naik RM3 pun aku beli.....kot!
Pergh.......teringat lagi kat air katira ni. Confirm petang ni aku pasti dapatkannya.....slurrrrrp!!!

4 comments:

Unknown said...

sedapnya air kathira abu bakar..tahun ni tak pernah beli lagi...hari2 minuam air suam je..sedap gak tau..try la :P

malkomal said...

iyer?? abu bakar jual kat mana air katira tu?? meh aku test beli tgk sedap ke x atau ko propah je lim.. hehehe..

asuhara sue said...

alamak katiira best nyerrr...
kat sini x de larrrr...

artakus said...

kaff: hehehehe....air suam aku layan gak, tapi nak katita gak. setahun sekali je tuuuuuh!

eves: sedap eves.....tak tipu punye!

asuhara: tu la pasal. kat tempat lain tak de, kat JB jek. dah la tu, setahun sekali je plak tu!