Telah hilang minatku kepada sebilang perkara yang pernah menyebabkan aku teruja
Telah tawar kemanisanku pada hampir semua benda dalam setiap senyum dan tawa
Telah tohor akalku tika cuba menjana kata² untuk melontar jenaka
Pedih hatiku kerana ia
Longlai jasadku kerana ia
Bungkam minatku kerana ia
Sesat keruanku kerana ia
Ingin sahaja ku biarkan angan ini teroleng di lautan itu
Terapung mengikut tarian ombak yang kelihatan mesra
Bersama sisir angin yang sepertinya selesa
Sehingga tiba saatnya aku terdampar di pantai nyata
Mengutip kembali jasad
Untuk kembali berjalan memamah usia
Satu persatu munasabah dihitung
Mencari kebarangkalian tindakanku maksom
Mencari kemungkinan benakku disokong
Kerana setiap kali kaki waras dicecah di laut itu
Perit masinnya menjalar segenap sendi
Akibat calar segar disebat sang sepi
Yang memenuhi tubuh di setiap inci
Arrrghhh.....kenapa aku mesti jatuh
Ke lautan yang jelasnya fantasi
Yang memang tidak boleh diadaptasi
Menjadi sesuatu yang boleh dikecap
Di dunia realiti!
I think, I need a long vacation where there's nobody there to nagging me, bugging me, ask me to do so and so. Just me, myself and Allah....of course!
14 comments:
mungkin sume tu telah disedut oleh anak krok.. hehehe..
ya lah halim.. makin emo lak ko akhir2 ni.. g la amek cuti 4 5 ari.. tenangkan pkiran..
Awat jd camni? citerlah mana tahu boleh tolong...
sepi...
saat ini,tika ini..ku rasa kosong..
ku sujud..munajat padanya..
Ya Allah berilah jalan keluar untuku..
dan kini...
jiwaku masih sepi...kosong..
moga diberi pertolonganNya..
Amin..
sepi...
saat ini, tika ini...jiwaku kosong..
ku sujud padaMU..minta pertolongan..
tapi masih sepi...
buntu..kosong..
Ya Allah, munajatku padamu
berilah jalan keluar pada hambaMU ini...
Amin..
kena g vacation sebulan ni...
ryokohsha/vacation? Atarimaija/of course! memang sangat2 baik untuk kau yg makin2 emo plak aku tgk skrg...
eves: anak krok? ape tuh? hmm...tu la, tak tau nak buat ape dah!
reds: hmmm...berat rase eden nak citer.
in: thanks in!
kaff: cukup ke sebulan tu? huhuhuhu
asuhara: tu la, rase nak buat je mcm tu! tinggal terus semua kijer² nih! ko perasan emo untuk entri ni je kan?
Releks lim, jangan bunuh diri guncap banyak-banyak, ingat tuhan tak guna kau nak bunuh diri, jangan terjun laut tu, ingat mak bapak kau kat kampung olak sp..... tu. astaga.... tulis wasiat dulu. paling tidak pun terjun sugai cukupla. cari awek dulu yek baru tenang....he..he..he..
betul juga kata kawan2 ko tu lim, gi lah amik cuti sekali sekala...aku selalu nengok ko asyik keje sampai lewat malam...take a good rest, bebeh!
maybe u need someone...or...vacation...and the last word...sujud kepada yang ESA....
iman: terima kasih, dan amat dihargai!
cinta: ketiga²nya betul! terutamanya yang ketiga tuh, huhuhuhu! T_T
kumpul duit, beli PS3...
aku tak rekemen ko beli Xbox 360, pasal aku tau ko memang minat ke arah RPG dengan RTS..
RTS yang best kat Xbox 360 satu aje iaitu Tom Clancy's End War. Best sebab kita boleh bagi arahan pakai mulut, verbal command, nnt dia terus paham.. konon2 kita macam general bagi arahan kat telefon lah gitu...
kalau pegi cuti, balik cuti dah tensi, kalau beli PS3, balik keje hari2 boleh pukul orang kat PS3... hehehehe...
gunblade: thanks bro! tapi aku tak mampu memiliki semua, apatah lagi WII! hehehehe
sepi kadang2 boleh jadi indah....so...enjoy it n dont eva think of others.....
Post a Comment