Thursday, April 30, 2009

Tak yah pikir laa......

Macam mane kita nak tau yang tindakan kita bodoh dan terburu²?
Pernah terbaca dalam satu buku. Dalam buku tersebut menyatakan jika implikasi dari tindakan kita itu lebih banyak risiko dan keburukannya, jelas tindakan tersebut adalah terburu² + bodoh!
Macam mane pula bila kita membeli sesuatu barang yang kita suka sangat dan memang dalam senarai mesti-beli tapi mahal tahap gaban? Adakah kita akan menyesal lepas membelinya kerana duit abis? Terburu² ke tindakan kita beli barang tu?

Yang ni, kawan aku pulak ckp.....dah ada, just enjoy it while it last! Nak cakap ape pun, memang dah beli! Well......aku akan gunakan ungkapan beliau tu kot! Nikmati je la ke'best'annya!!! ^_^

p/s: Jangan ditanya kaitan antara entri ni dengan hidup aku! Aku takkan jawab!

Monday, April 27, 2009

Yang Sedap Dan Kiut........

Aku tak pasti sejak bila aku amat meminati (hampir menggilai) hampir semua yang bercirikan jepun. Mungkin minat aku bermula dengan gadis²nya yang comel kot! Kwah kwah kwah! Then diikuti dengan anime² nya yang kreatif, cantik dan yang paling best cukup beremosi! Seterusnya...lagu² yang diorang hasilkan. Terutamanya lagu² untuk opening atau ending theme sesuatu anime (animasi). Mungkin aku telah terkenan dek perangai asuhara chan : jawa yang gila jepun. ^_^. Jangan marah ek sue! hehehehe.

So.....entri kali ni, aku nak kongsikan satu klip video yang baru je aku jumpa. Baru je dengar sekali dah terus minat. Mungkin kerana lagu yang pada telinga aku best. Tambahan pula penyanyi pompuan dan mengaksikan beberapa gaya yang kiut pada mata aku! (Kawaiii.......!)

Kimagure Romantic (Capricious Romantic) oleh Ikimonogakari

Tuesday, April 14, 2009

Citer best.......


Di atas adalah cerita di wayang yang aku letakkan di tangga teratas senarai filem yang tak akan aku pergi tonton untuk tahun 2009. Tajuknya 'Coming soon'. Sesiapa yang baca blog aku ni pun dah boleh nampak akan ketakutan yang terpamer di wajah penonton poster untuk filem Thai tersebut. Tu baru tengok poster tu. Belum tengok ceritanya lagi.
Dan aku tak kan mengulangi lagi sejarah ketika aku menonton cerita 'Unseeable', juga cerita seram dari Thailand. Walaupun aku menontonnya pada siang hari dan pergi bertiga, tidak cukup untuk menawarkan ketakutan kesan dari cerita tersebut, sehingga aku seram sejuk selama seminggu bila balik ke rumah arwah Cikgu Shaharom yang persekitaran rumahnya lebih kurang seperti suasana rumah dalam filem tersebut! Siot sungguh!
Kepada sesiapa yang nak testing, testing 1, 2, 3.....cerita 'Unseeable' (seperti poster di atas) boleh cuba dapatkan filemnya dari kedai² vcd, dvd pirate yang berhampiran. Walaubagaimanapun, ke'thrill'annya tak sama seperti korang tengok kat wayang. Seram wooooo....!!!

Monday, April 6, 2009

Team Wonderpets......

"Ape yang penting, kerjasama!"

Demikian lah antara moto yang tersarat di dalam lagu tema rancangan kanak² Wonder Pets! Aku bukan suka pun rancangan ni, dan tak pernah tengok pun! Cuma biasa dengar orang kerap menyanyikan baris lagu yang kat atas tadi tuh.
Moto ini juga lah yang mungkin di bawa oleh pasukan Pentadbiran KPYPJ ketika menyertai Futsal Extravaganza yang diadakan pada hari Sabtu yang lepas (8 Rabiul Akhir 1430 / 4 April 2009). Dengan semangat juang yang agak tinggi di kalangan warga pentadbiran yang suam² kuku keveteranannya dan disulami semangat kesukanan yang membara, pasukan pentadbiran telah berjaya meletakkan diri mereka di tempat yang ke-3 di dalam senarai carta Fullamak - Feewiiit pasukan futsal terbaik di dalam KPYPJ. Pasukan aku la tuuuuh! Hehehehehe!
Acara pertandingan futsal ini memang telah diwujudkan setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan antara jabatan, bahagian, unit dan kolej di dalam KPYPJ dan merupakan acara tahunan selain daripada aktiviti² riadah yang lain. Tak kisah la staf tu dari bahagian mana pun, yang penting ianya merupakan staf yang berada di bawah kelompok yang sama iaitu KPYPJ. Bukan nak menang sangat pun. Just nak hepi² jek. Dan apa yang penting? KERJASAMA! ^_^
Untuk liputan yang lebih berfotojenik untuk acara tersebut, boleh lah melawat di kedai tokeh gula² yang dah mula menyinar sebagai tokeh kedai foto Ah Leong. Cekik daud! (check it out!)