Monday, April 6, 2009

Team Wonderpets......

"Ape yang penting, kerjasama!"

Demikian lah antara moto yang tersarat di dalam lagu tema rancangan kanak² Wonder Pets! Aku bukan suka pun rancangan ni, dan tak pernah tengok pun! Cuma biasa dengar orang kerap menyanyikan baris lagu yang kat atas tadi tuh.
Moto ini juga lah yang mungkin di bawa oleh pasukan Pentadbiran KPYPJ ketika menyertai Futsal Extravaganza yang diadakan pada hari Sabtu yang lepas (8 Rabiul Akhir 1430 / 4 April 2009). Dengan semangat juang yang agak tinggi di kalangan warga pentadbiran yang suam² kuku keveteranannya dan disulami semangat kesukanan yang membara, pasukan pentadbiran telah berjaya meletakkan diri mereka di tempat yang ke-3 di dalam senarai carta Fullamak - Feewiiit pasukan futsal terbaik di dalam KPYPJ. Pasukan aku la tuuuuh! Hehehehehe!
Acara pertandingan futsal ini memang telah diwujudkan setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan antara jabatan, bahagian, unit dan kolej di dalam KPYPJ dan merupakan acara tahunan selain daripada aktiviti² riadah yang lain. Tak kisah la staf tu dari bahagian mana pun, yang penting ianya merupakan staf yang berada di bawah kelompok yang sama iaitu KPYPJ. Bukan nak menang sangat pun. Just nak hepi² jek. Dan apa yang penting? KERJASAMA! ^_^
Untuk liputan yang lebih berfotojenik untuk acara tersebut, boleh lah melawat di kedai tokeh gula² yang dah mula menyinar sebagai tokeh kedai foto Ah Leong. Cekik daud! (check it out!)

6 comments:

asuhara sue said...

bestnya....
kat opis aku, hampeh, semua org gila kerja, ktb...natsukashiiii ne

Nanie Harris said...

Agak2 kau jd watak yg mana ek dlm wonderpet tu? hehe

Unknown said...

apa ni refer2 i punya blog..segan i tau..:P

Unknown said...

tapi aku memang selalu terperasan anak-anak buah aku tgk wonder pets tu..selalu diaorang sama-sama menyebut "Ape yang penting, kerjasama!"..so cute..

malkomal said...

ha'a la kan kak sue.. masa keje kat ktb dulu memacam aktvt join.. skang ni.. hmpphh...

artakus said...

asuhara: hehehehe.....sian dia. meh la join sekali!

reds: ko tengok la yang paling besar, aku la tuh!

kaff: blog ko kan memang blog rujukan.

hehehehe....ye ke anak buah yang tengok? >_'

eves: sebagaimana jemputan aku pada sue, mai la sekali kalau nak join! ^_^