Kulit badan terasa pijar. Gigi mentari seakan masih melekat di bahagian yang banyak terdedah kepada gigitannya. Muka dan lengan paling dirasai akan keperitannya. Keseronokan bercanda dengan sang ombak baru malam tadi dihambat lelahnya. Ketika matahari masih mahu mambakar bumi, aku dengan relanya menyalai diri untuk bermain air laut dengan kaff. Mahu atau tidak, terpaksa lah diterima akibatnya.
Program membina 'motivasi' pada Sabtu dan Ahad yang lepas mengisi program hujung minggu aku. Menjadikan badan terasa longlai untuk hadir ke pajabat. Kepala pula terasa berat. Mungkin terlalu lama terdedah di bawah terik mentari. Aku berharap agar tiada lelehan pekat berwarna merah keluar dari hidung ini. Seperti yang lepas², aku agak alah dengan suhu panas yang tinggi. Pasti pada malam atau keesokan harinya, terpaksa di'stand by' tisu barang sekeping dua untuk menahan lelehan darah dari terus keluar dari corong hidung ini. Masa kecik² dulu, tak pernah pulak kena. Bila dah semakin pasif ni, macam mudah pulak berlaku. Ok la jugak keluar darah. Dibuatnya keluar gajah, mau tak kembang hidung aku nih!
Program 'motivasi' (motivasi ke?) tersebut diadakan di PKPI, Mersing. (nota: Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan). Dan seperti yang sebelum²nya, PKPI menjanjikan suasana yang selesa dan mesra alam malah mesra pengguna. ^_^ Di samping persekitaran dan pemandangannya yang cantik, staf² di bawah pimpinan Tuan Nordin Salleh a.k.a Jason Bourne yang bertugas di situ juga amat ramah, tidak sombong, rajin tahap dewa dan suka bergurau. Jauh sekali jika dibandingkan dengan sebilangan peserta yang hadir untuk program tersebut yang amat kontra karakternya. Berlagak mcm 'dewa', sombong, penting diri, bongkak, perangai macam hang suang.......dan macam² lagi la label yang boleh disinonimkan dengan 'diorang' tuh! Kalau tidak kerana rakan² yang hadir, rasa tak hingin pergi program tuh! HUH! Kalau diingat kembali kejadian yang berlaku depan mata, rase hendak ditenyeh² hujung jari kaki ini ke hidung mereka! Hoh, emosi sunguh aku nih!
Sesuatu terdetik dalam hati, "Diorang ni tak pikir pasal mati ke?"
5 comments:
artakus, ko ni bleh bikin novel kelakar romantik tau dengan penggunaan bahasa dan susunan ayat tu..
PKPI pernah gak aku menjejakkan kaki kat situ sekali dua.. sape yang hang suang tu? gosip gosip (hahah giler kepoh mcm kenal)
Darah kat idung? aku rasa mcm pernah menyaksikannya.. Sila jaga diri anda yer..
amboii aiii manjanya badan hanggg limm...
PKPI- penuh kenangan tu, ada gak tinggalan air tangan akak tuuuu.
jangan lupa mention perangai 'diva' diaraong tu..hehe..
tulah siapa suruh beremdam dlm laut tgh2 hr buta...x pernah dibuat org...
Anyway aku suka pasal org2 yg 'hang suang' & 'diva' tu...aku pun rasa nk cerita skit dlm blog aku nanti...
Slmt sihat cepat....
malkomal: hoh, ye ke? pernah terjadik depan ko dulu ke?
asuhara: hahaha....mana ada manja!
kaff: tak yah mention la, buat sakit hati jek!
reds: tak tahan tgk ayaq laut yang membiru tuh! ^_^
Post a Comment