Monday, October 5, 2009

Yang sedap dan berkhasiat........

Pagi tadi secara tiba² bos aku menyarankan aku untuk minum madu dan menjadikan ia sebagai amalan harian. Mungkin kerana dilihatnya keadaan akau yang kerap keletihan dan tidak bermaya. Memang benar, sejak akhir² ini badan begitu lesu sekali. Jangkamasa aku tidur setiap hari meningkat dari waktu normal lelaki biasa kepada hampir menyamai waktu tidur bayi! Cis, tak senonoh sungguh.
Apa yang diperkatakan oleh bos aku itu ada benarnya. Maksud aku menjadikan madu sebagai satu kelaziman yang perlu diambil setiap pagi. Ditambah lagi ianya merupakan diet yang diamalkan oleh Rasulullah, aku rase memang perlu aku melakukannya. Disamping meningkatkan mutu kesihatan tubuh ini, ia juga sebagai mengikut sunnah baginda yang mengamalkannya.
Sempat juga mencari² beberapa perkara yang berkaitan dengan madu ni. Di sini aku nak kongsikan apa yang telah aku baca yang sering dikaitkan dengan madu, yang mungkin kita salah mendapat info tentang madu nih. Cekik Daud! (check it out!)
1. Madu boleh disimpan bertahun-tahun lamanya, malah akan menjadi lebih baik. Mengikut sejarah, madu yang tertua ditemui berumur 10,000 tahun yang tersimpan di dalam sebuah piramid di Mesir.
2. Madu asli tidak semestinya terhindar daripada semut. Hanya madu yang 'panas' sahaja yang tidak didatangi semut. Madu 'panas' atau tempatan ini tidak dihinggapi oleh semut kerana kandungan sulfur dan kuprumnya adalah tinggi. Berbanding dengan madu yang diimport, seperti dari Iran kandungan kedua² bahan ini tidak tinggi.
3. Kedua² bahan ini jugalah yang menyebabkan kuning telur masak ketika dicampurkan madu. Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu lebah tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman!
4. Madu tidak boleh terlalu terdedah kepada matahari ataupun berada dalam keadaan suhu yang terlalu rendah seperti di dalam peti sejuk. Ini kerana enzim yang berada di dalam madu akan terjejas dan mati menyebabkan madu tidak lagi mempunyai khasiat.
5. Dari segala bentuk gula yang ada, madu merupakan yang paling mudah ditangani oleh ginjal. Selain itu ia memiliki nilai sedatif yang menenangkan tubuh.

6. Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:

- Asma - Haid - Resdung
- Alahan - Jerawat - Rambut gugur
- Barah - Letih - Sakit kepala
- Buasir - Lendir kahak - Sakit pinggang
- Batuk kering - Lemah jantung - Sakit sendi
- Batuk - Mata - Sukar tidur
- Darah Tinggi - Pening
- Gastrik - Penyeri muka

(Sumber dari khasiat-madu-lebah.com dan maduiran.tripod.com)

8 comments:

Unknown said...

perkongsian info yang menarik

apa lagi..g la beli madu yang berumur 10,000 tahun tu..confirm kau perlu tidur satu jam je setiap hari..:P

asuhara sue said...

nak tambah,

8. jangan gunakan sudu besi untuk menceduk madu kerana boleh meneutral sifat madu tersebut.

9. madu+ lemon = ubat kurus yang sihat.

sekian terima kasih.

Mohd Sabar & Rafieah said...

aku plak balik mesia beli weight gain ko...hehehe...lain2 cara nak tambah berat badan, cik...

malkomal said...

ooooo.. gitu kaaaa.. banyak yg aku tatau rupanya.. arigatou..

artakus said...

kaff: hahaha...tu silap² tak tido langsung!

asuhara: terima kasih cikgu! yang sudu besi tu memang kompom ke sue?

iman: aaa....aaa...kalau ikut cara aku, makan tido je la! hehehehe

eves: sama la sai, kalau tak baca...aku pun tak tau.

asuhara sue said...

hait!honnnnnto!( betullll)
aku ada baca and dengar dlm ikim.fm (perghh..mcm ustazah plak aku rasa..)

Cikgu Zam said...

Madu memang banyak khasiat. sbb tu sekarang ramai orang duk ambil kesempatan untuk gune title madu sebagai produk baru dieorang,macam jambu madu, limau madu, ayam madu dan termasuk gak zaman dulu punye story,"madu tiga" hehehe. K lah, Salam perkenalan. Selamat menjenguk ke blog saya. wslm

artakus said...

asuhara: hehehehe....bukan tak percaya, just tak kepastian! Sebab bos aku ckp cara paling baik adalah dengan hanya menggunakan tapak tangan.

cikgu zam: terima kasih! :)